Khamis, 23 Januari 2014

Zaratosht: Hubungan dengan Agama Lain


Setengah sarjana percaya bahawa konsep alam ghaib ajaran Zaratosht dan juga cetera mengenai setan dalam kepercayaan mereka itu mempengaruhi agama-agama yang terbit dari kepercayaan tokoh Mesopotamia yang bernama Abraham itu. Di samping itu, Boyce (1982) dalam The History of Zoroastrianism II mendakwa bahawa ajaran Zaratosht itu sendiri turut mewarisi buah fikiran dari rupakara kepercayaan lain juga, seperti agama lain yang masih diamalkan, yang memberikan sedikit ruangan kepada persenyawaan kepercayaan.

Banyak ciri dari ajaran Zaratosht boleh dikesan kembali ke kebudayaan dan kepercayaan pra-sejarah iaitu ketika sebelum orang Arya Vartta (India Utara) dan orang Parsi menjadi bangsa berbeda-beda. Ajaran Zaratosht kemudiannya berkongsi unsur-unsur keagamaan dengan agama Vedika yang juga terbit semasa samaya pra-sejarah. Sebagai contoh, hubungan perkataan Ohr Mazda dan perkataan Asura dalam bahasa Sanskerta Vedika. Kata Ohr (Ahura) yang dalam bahasa Parsi Lama bererti obor cahaya, mempunyai pengertian setan, dalam bahasa Sanskerta Vedika, iaitu kat Asura. Dalam kepercayaan Vedika pun, Asura itu merupakan bangsa yang hilang seri cahayanya disebabkan oleh ciri-ciri bayangan gelap menguasai jiva (Bhagavadgitam 16.6). Dalam bahasa Sanskerta kita pun masih disebut juga kata, Devasura. Keadaan memberi penjelasan walaupun tiada rujukannya mengenai kepercayaan yang sama semasa samaya purwa. Manusia dan makhluk sekeliannya masih hidup dalam Jagat Raya yang sama. Apatah lagi, kita ini mendiami buana manusia, maka tak perlu kita hairankan atau nafikan perkaitan sesama sendiri hanya disebabkan oleh semangat kebangsaan negara-bangsa kita.   

Namun, disebutkan juga bahawa ajaran Zaratosht sangatlah terkesan dengan kebudayaan Parsi samaya kemudiannya, dikenali sebagai Samaya Adiwira (1500 SM >). Pengaruh kebudayaan Parsi dari samaya ini tidak pula mempengaruhi agama-agama Vedika di rantau benua India. Tambahan, kumpulan dari budaya lain yang penduduk Parsi berhubung itu pun berbeda juga. Contohnya pada kurun ke-6 sampai ke-4 SM, penduduk Iran Barat dan penduduk dari kebudayaan Bulan Sabit Subur (Arabia) berhubungan, dan mereka pun saling serap-menyerapi buah fikiran masing-masing. Pengaruh antar-budaya ini walaupun terjadi, namun didakwa juga bahawa sastera suci Zaratosht itu merupakan bahan keluaran kebudayaan Iran sendiri, yang mewakili ideologi keagamaan pra-Islam di Iran dan yang tertua dan terbesar. Ia dianggap sebagai cerminan kebudayaan Parsi. 

Bersama dengan Catur Veda, yang mewakili sastera terpurwa dalam cawangan kebudayaan Arya di sebelah India, mungkin juga lah boleh dibentuk beberapa gambaran mengenai kepercayaan purwa orang-orang Caucasia di Asia. Kerana, kedua-dua kumpulan sumber itu mewakili bukti tertua yang bukan percaan bagi bahasa Caucasia di benua Asia. Penelitian bahasa-bahasa ini turut mencetuskan usaha bagi mencirikan keagamaan lama di rantau Parsi dan Arya Vartta, dan seterusnya membawa pengaruh dalam tanggapan awal oleh sarjana seperti Carl Gustav Jung atau James George Frazer.

Walaupun semua ciri-ciri pemersatu itu mempengaruhi kelompok permodenan (ke-19 dan awal ke-20 M) dengan mendalam, namun ia tidaklah disusun dengan baik bawah penelitian ketat dalam pemerhatian semula antardisiplin yang lebih baru. Pengajian Iran semasa samaya pra-Islam melalui perubahan yang mendadak sekali sejak 1950-an, dan bidang itu kini mula berubah menjauhi bentuk spekulasi.

Ajaran Zaratosht sering juga dibandingkan dengan ajaran Mani yang merupakan juga agama orang Parsi tetapi mempunyai terbitannya dari Jñāna Timur Tengah. Sesuai juga lah nak diperbuat perbandingan, kedua-dua ajaran Zaratosht dan Mani pun berciri dvaita dan banyak juga Yazata dalam ajaran Mani itu serupa dengan Yazata dalam ajaran Zaratosht. Gerardo Gnoli dalam The Encyclopaedia of Religion, menyebutkan bahawa, "Bolehlah dipastikan bahawa ajaran Mani itu mempunyai akar dari tradisi keagamaan Parsi dan hubungannya dengan agama Mazda dan ajaran resi Zaratosht itu lebih kurang macam hubungan agama Yahudi dengan agama Kristian".

Dari segi jenis keagamaan, terdapat beda sedikit di sana sini. Ajaran Mani mempersamakan kejahatan dengan bahan manakala kebaikan dengan roh. Pemahaman ini menjadi dasar yang sesuai bagi segala macam pandangan yang berunsurkan bhiksuka serta banyak lagi bentuk pandangan mistik. Ajaran Zaratosht pula sebaliknya menolak segala bentuk pemikiran bhiksuka, tidak mempunyai dvaita bagi bahan dan roh (hanya ada baik dan jahat). Ia melihat bahwa dunia ini tak berbeda dengan yang fitrah, dan kata "sorga" atau pairidaeza dalam bahasa Avestan membawa pengertian "sudut disempadani batu" terpakai bagi dua alam. 

Doktrin dasar ajaran Mani menyatakan bahawa dunia dan segala tubuh berjisim ini terbentuk dari bahan-bahan Setan. Buah pikiran ini bertentangan dengan sebutan ajaran Zaratosht, bahawa dunia ini tercetus oleh Tuhan dan ia pada dasarnya baik sahaja. Pencemaran yang terjadi kepadanya itu adalah kesan daripada kejahatan. Daripada tanggapan yang diperbuat sejarawan menerusi beberapa catitan penganut ajaran Zaratosht dan sastera agama Mani, didapati bahawa penganut kedua-dua agama terutamanya yang memegang kedudukan pedanda dalam agama masing-masing saling bercakaran.

Banyak lagi aspek ajaran Zratosht yang ada dalam kebudayaan dan cetera penduduk-penduduk Persia Raya kerana ajaran Zaratosht pernah menjadi pengaruh yang besar mempengaruhi pemikiran kebudayaan penduduk di rantau itu untuk 1000 tahun lama nya. Walaupun selepas naiknya sinar agama Islam dan hilang pengaruh terusnya, ajaran Zaratosht masih kekal menjadi warisan budaya penduduk-penduduk yang berbahasa Parsi di China, Asia Tengah, Asia Barat dan Asia Selatan. Perayaan dan adat-istiadat berdasarkan pengaruh ajaran Zaratosht pun turut diamalkan. Jati diri Parsi juga didapati daripada tokoh-tokoh yang disebut dalam cetera-cetera Avesta yang dicatatkan dalam Shah Nameh karangan Ferdowsi.

Ajaran Zaratosht ini merupakan tradisi yang mempengaruhi kehidupan penganutnya secara turun-temurun. Ia menggabungkan prapancavijnana dvaita (cosmogonic dualisme) dengan ekesvaravada (monotheisme) yang melibatkan alam ghaib. Ajaran Zaratosht kemudiannya berkembang dari gerakan agama yang dualis kepada gerakan agama yang monotheis pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan