Sebenarnya terdapat punca daripada sastera Brahmana sendiri seperti weda-weda dan upanishad mengenai Dia Yang Esa tapi dalam kerohanian Hindu disebut Dia sebagai Kesedaran Tertinggi bagi jiwa-jiwa dalam Jagat Raya ini. Kejadian daripada pemahaman orang bukan Hindu itu berpunca daripada sikap paranoid mereka yang terlalu rigid dalam pengamalan perundangan agama bangsa mereka serta kejahilan mereka mengenai bangsa sekeliling kerana sibuk hendak berperang dan bermusuh.
Weda-Weda Suci
"Tiadalah rupa bagi Nya itu". (Yajurweda 32:3). "Dia itu tiada tubuh dan murni". (Yajurweda 40:8). "Wahai rakan sekelian, jangan kau puja sesiapa pun kecuali Dia, Yang Maha Esa. Pujilah Dia sahaja!" (Rigweda 8:1:1). "Resi (pedanda terpelajar) itu memanggil Yang Maha Esa itu dengan banyak tak terkiranya Nama" (Rigweda 1:164:46).
Upanishad
"Dia itu Esa hanya, tanpa kedua!" (Chandogya Upanishad 6:2:1). "Bagi Nya itu tiada ibu bapa atau Tuan lagi" (Swetaswatara Upanishad 6:9). "Tiada kesamaan suatu apa pun dengan Nya" (Swetaswatara Upanishad 4:19). "Rupanya itu tidak terlihat (pada mata kasar); tiada siapa pun melihat Nya dengan mata (tubuh mereka)" (Swetaswatara 4:20).
Berkenaan berhala itu, Mahatma Gandhi menyebut, "Saya tidak kata saya kesihan langsung dengan orang Hindu yang menyembah berhala, tapi, sebaliknya, saya menyedari kebijaksanaannya. Dengan menemui jalan pemujaan pada rupa, dia sebenarnya bukan menyekutukan Yang Maha Esa itu dengan makhluk lain, tapi dia menyedari hakikat dan menunjukkannya kepada loka bahawa manusia boleh memuja; dan akan terus memuja; Yang Tertinggi itu dalam pelbagai rupa. Masjid atau gereja pun terlibat dalam sebentuk pemujaan rupa. Membayangkan bahwa seseorang itu akan menjadi lebih suci hanya dengan pergi ke masjid atau gereja itu pun merupakan satu bentuk pemujaan berhala. Tak ada pula sebarang masalah dengan kepercayaan begitu. Walaupun kepercayaan yang Tuhan wahyukan dalam Quran atau Bibel itu merupakan pemujaan berhala dan yang berbentuk naif. Tak ada masalah".
Ajaran Buddha
Sebab ramai pengikut baginda Phra Buddha Chao pun dari jati wangsa Brahmana, disebutkan juga ia di sini memandangkan ia merupakan salah satu ajaran yang diajarkan seorang Hindu. Terdapat sabdawali Karmasthana iaitu tempat bekerja. Ia merujuk kepada tempat minda itu berada dalam pekerjaan melibatkan perkara kerohanian. Lebih legap lagi, ia merujuk kepada 40 bahan tapa semadhi yang disebutkan dalam Jalan Penyucian Jiwa. Tiap-tiap bahan ini diberi oleh mentor atau Kalyana Mitra, Teman Kesukaan kepada yang menjadi anak didiknya. Bahan ini diberikan bukan suka-suka tapi menurut kepada kecenderungan rohaniah dan tahap minda nya yang kini. Ia akan berubah-ubah. Benda ini bukannya berhala! Untuk ini nanti diperbuat masukan lanjut di Bahagian Ajaran Buddha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan