Isnin, 10 November 2014

Kandhar Anubhūti

O Svasti Astu



Pengenalan

Bacaan kekawin ini merupakan karya seorang Mahākavi Tamil, Śrī Arunagiri Nātha. Ia dibaca ketika roh Śrī Arunagiri Nātha belum dijelmakan dengan tubuh manusia, sebaliknya dibaca sejak ketika roh tersebut masih berada dalam tubuh seekor burung kakak tua. 

Kekawin-kekawin ini dikumpulkan dan dinyanyikan ketika tahun 1400-1500 M. Semua 51 kekawin ini turut mempunyai bacaan Kappu, iaitu permohonan supaya dewa Ganea memberi restu kepada si pembaca semoga bacaannya itu sempurna. Setiap kekawin ini ditujukan untuk baginda Skandha, dan kebanyakan bacaan itu mempunyai persamaan dua baris, yang memuji Skandha dan baki dua baris lagi pula, berbentuk permohonan supaya si pembaca dan pendengar diberi kebijaksanaan sebenar untuk mengatasi Maya.

Bacaan Kandhar Anubhūti ini merupakan sebentuk lipatan kekawin berfalsafah tinggi serta berbentuk kerohanian dengan nuansa mistik yang jelas dari Śrī Arunagiri Nātha. Beliau ini merupakan seorang pengikut Skandha, dan susuhunan (saint) terkenal di Tamil Nadu.

Kandhar Anubhūti 

Kekawin Kandhar Anubhūti (Sanskrit: Skandha Anubhūti) ini mempunyai 51 ayat. Ia dipandang sebagai sastra mantra yang penting dan merupakan puncak mahkota bagi segala karya Śrī Arunagiri Nātha kerana unsur-unsur kerohanian serta kedalaman falsafahnya.

Ayat-ayatnya sungguhpun pendek-pendek, mungkin yang paling sedikit dalam karya tokoh agung ini, namun mesejnya itu sungguh halus sekali. Ia merupakan karya mengenai pencapaian rohani menurut pengalaman tokoh ini serta pengalaman beliau merasai-Nya. Terdapat beberapa suntingan juga telah diperbuat dalam 100 ayat sebelum ini dengan 49 daripadanya ditolak disebabkan ia merupakan penambahan oleh orang lain. Bukan hasil karya tokoh ini.

Skandha Anubhūti merujuk kepada pengalaman Śrī Arunagiri Nātha dengan pertemuan-pertemuan beliau dengan Sang Skandha, anakanda kerohanian bagi Betara Śiva Śankara. Ia merupakan pengalaman Śrī Arunagiri Nātha sendiri yang memberi petanda bahawa berlakunya kesatuan rohani beliau dengan Tuhan. Sang Skandha turut digelar sebagai, Shanmukha, Kartikei, Guhan, Velayudhan, Murugan, Subramanya dan lain-lain. Baginda merupakan adinda kepada Sang Ganeśa.

Karya ini sebenarnya mempunyai nilai falsafah Vedanta yang tinggi. Ia merupakan bentuk penceritaan Sakatkāra atau pengalaman terus.

Kekawin: Ketik di sini untuk membaca terjemahan
Bacaan: Śrī Dharma Pura Swami Nāth 
Penyebar bacaan: Tuan Varada Rajalu Baya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan