Isnin, 17 November 2014

Yang Jarang Diketahui

Oleh saudara Vamsi Emani


O Svasti Astu

Masukan ini dikongsi semula oleh Vamsi Emani menerusi Jagadish Venkata, Ajay Chavana, Amandipa Gautama, Vinit Menon, Bhavika Patel dan seterusnya dibawa khusus untuk saudara dan saudari pengikut Sanatana Dharma di Pulau Dewata Bali, Singapura dan lain-lain. Berikut merupakan hal yang jarang diketahui oleh saudara dan saudari nan budiman. 

Perkara ini, sedikit benar diketahui oleh kita-kita namun terkumpul pula dalam Bhavisya Purana. Isi kandungannya kurang diketahui ramai dan panel penulis-penulis Hindu di seksyen tradisi Hindu turut cuba untuk membuka projek-projek terjemahan supaya saudara dan saudari yang tidak berbahasa Sanskrit turut boleh membaca bahan-bahan tersebut.

Bahagian 1

    Diwartakan mengenai ketibaan agama orang-orang di sebelah Barat seperti agama Abraham, Jacob, Jesus dan lain-lain menerusi Bhavisya Purana yang mengandungi ramalan-ramalan awal dalam Kali Yuga seperti yang diberitahu oleh Resi Veda Vyasa hampir 7000-8000 tahun lalu.
    Pengikut-pengikut Dharma, bukan cucu-cicit Adam dan Hawa! Oleh itu, konsep-konsep agama-agama Abraham seperti konsep Dosa Warisan yang terdapat dalam agama Kristian tidak berkesan ke atas umat Hindu terutamanya bagi seorang Hindu yang boleh mengesan Gotra sendiri sehingga ke seorang Resi. Justeru, penting sekali untuk kita mengetahui Gotra kita sendiri!
    Setiap Yuga itu mempunyai seorang Penunggu. Kali Purua atau Penunggu Kegelapan dalam Kali Yuga ini, adalah Iblis yang disebut-sebut dalam agama-agama keturunan Abraham itu.

    Bahagian 2 

    Mengikut beberapa dakwaan, tokoh-tokoh pengikut agama-agama Abraham di Barat seperti Adam dan Hawa, merujuk kepada Adama dan Havyavati. Kedua-dua tokoh ini memperturun pula bangsa Mleccha. Cetera mereka boleh dirujuk dalam Prathisarga Parva dari Bhavisya Purana. Bahagian tersebut membicarakan mengenai penjelmaan mereka, serta sebab-sebab penjelmaan mereka.

    Ketika hampir penghujung Dwapara Yuga, Dharma Vedika, kebenaran hidup abadi, bersinar dengan begitu gemilang sekali. Dharma dalam Kali Yuga ini mencondong ke kebejatan susila, kejahatan dan tidak percaya terhadap Sang Hyang Tunggal. Kali Purua (Iblis), merasai bahawa mustahil untuk menyebarkan kerosakan susila tatkala kebenaran itu wujud dalam diri manusia. Oleh itu, dia menjalani tapa semadhi di dasar laut di sebelah barat selama beribu-ribu tahun. 

    Dia pun bertanya ketika bersemadhi, "Hei Tuhan! Bagaimana aku boleh menjalani Dharmaku untuk menyebarkan kebejatan susila di fikiran manusia apabila Satya Dharma itu bersinar seperti api di setiap penjuru alam?" Lalu dibalas, "Selagi Aku berdiri di muka bumi ini dengan rupa manusia (Krishna), mustahillah untuk engkau menyebarkan kejahatan. Namun, disebabkan yang demikian itu adalah Dharmamu, maka Ku berikan peluang untukmu mempengaruhi jiwa mereka selepas Aku meninggalkan bingkai manusia-Ku itu".

    "Sebagai tambahan, akan Ku ciptakan, dua orang ini, yang dinamakan sebagai Adama dan Havyavati nun jauh di benua sana. Kedua-dua bersaudara itu benar pada jati mereka. Cubalah engkau bertunjal dan mempengaruhi mereka untuk berzina dan bersumbang mahram. Jika mereka menuruti muslihatmu, maka mereka akan terjatuh dari rahmatku kerana berdosa bagi seorang lelaki itu membuntingkan adik perempuannya. Dari itu, mereka akan menjadi nenek moyang bangsa-bangsa Mleccha, yang terbeban oleh dosa turun-temurun. Bangsa ini nanti bukan pengikut veda-veda suci, firman Tuhan. Mereka memakan makanan kotor tanpa sebarang tatacara. Mereka gagal mengawal deria-deria mereka, berhubungan haram termasuk dengan ibu-ibu dan kakak sendiri tanpa berkahwin. Oleh sebab mereka ini berdosa turun-temurun, maka mudahlah engkau menyebarkan kebejatan di Yuga tersebut yang diikuti oleh pengaruh-pengaruhmu di fikiran mereka", jelas-Nya.

    Dia turut memberi amaran, "Namun begitu, Ku beri amaran kepadamu bahawa mereka ini bukan anak-anakku yang ditinggalkan. Aku pasti akan menegakkan kewujudanku pada pelbagai ketika, mewahyukan Dharma Kebenaran, firman-Ku, kepada barangsiapa yang menginginkannya setulus hati tanpa mengira jati berdosanya atau tidak. Mereka yang terpahat Tuhan di hati mereka itu bebas dari godaanmu. Itu sajalah kurnia-Ku untukmu". Sejak ketika itu, muncullah Adama dan Havyavati serta keturunan mereka.
    Kesimpulan

    Sebenarnya terdapat beberapa lagi perkongsian. Namun, pihak kita enggan menyebarkan spekulasi. Jadi, selebihnya itu dikunci dulu sehingga rujukan lanjut ditemui! Rencana ini bertujuan untuk memberi ingat kepada sahabat-sahabat se-Dharma bahawa penganut Dharma mempercayai bahawa tujuh penjelmaan Manu telah pun berlalu dan sedang berlaku. Tuntasnya, Adam dan Hawa dalam cetera Asia Barat bukan nenek-moyang penganut Dharma dan bangsa Hindu sekelian.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan