Upanishad segala menganggap bahawa Brahman itu berjantina lelaki. Brahma dalam kedudukan rujukan penamaan, maka Brahma menjadi devata berperibadi sedang Brahman dengan tiada jantina. Jadi Brahma dalam rujukan penamaan pun merujuk Brahman tapi Brahman itu merupakan prinsip loka yang tidak berperibadi.
Upanishad tidak ketat membedakan antara dua kata nama itu. Namun, upanishad semua menjelaskan bahawa Brahma itu mempunyai ciri-ciri seperti:
- Mempunyai sinaran cahaya dan kelipan cahaya lembut.
- Ghaib.
- Tidak diketahui dan mustahil untuk diketahui cirinya.
- Serba tahu.
Upanishad-upanishad lama turut mengaitkan ciri-ciri itu dengan Brahman. Dalam sastera-sastera Buddha, disebut bahawa ada ramai Brahma. Brahma-brahma itu membentuk sebangsa manusia yang jiwa mereka maju lalu jiwa mereka terjelma di alam para Brahma. Jelmaan itu boleh terjadi dengan pengamalan ajaran Buddha. Dalam sastera awal, diceterakan hujah baginda Buddha menolak kewujudan "hanya" seorang pencipta. Sastera suci Pali tak pula menyebut mengenai Brahman yang tidak berjantina itu walaupun Brahma selari dipakai dalam gabungan kata bagi mengertikan sesuatu yang terbaik atau tertinggi. Seperti yang disebutkan sebelum-sebelum ini, pemahaman kebanyakan orang Brahmana berhubung dengan Brahma itu bersesuaian dengan konsep Brahman dalam semua upanishad.
Brahmana yang muncul dalam Tevijja Suttanta dari Digha Nigaya menganggap "kesatuan dengan Brahma" itu sebagai kebebasan jiwa lalu bersungguh-sungguh untuk mencapai kebebasan. Dalam sastera diceterakan bahawa Brahmana samaya itu berkata, "Benarlah setiap Brahmana menguasai Trivedi berkata, 'Kita akan menjelaskan lanjut mengenai jalan untuk penyatuan dengan sesuatu yang tidak kita ketahui dan tidak melihat. Inilah jalan yang benar, yang membawa kepada kebebasan. Jika seseorang itu mengamalkannya, pastilah dia akan mampu masuk bersekutu dengan Brahma'". Upanishad-upanishad awal sering menyebut mengenai "bersekutu dengan Brahma", dan ungkapan "sesuatu yang kita tidak ketahui dan tidak lihat" itu sepadan dengan Brahman dalam upanishad.
Dalam upanishad terawal sekali, Brihadaranyaka Upanishad, Yang Maha Mutlak, yang disebut sebagai Brahman itu "tak pernah pupus" (David Kalupahana; 1975). Sastera Pali mempersembah "pandangan yang secara halus merosak" yang dikembangkan sebagai prinsip mutlak berselari dengan Brahman itu menerusi ayat, "Wahai bhiksu sekelian! Pada samaya baka, Brahma, mengeluarkan pandangan merosak berikut iaitu, 'Ia itu kekal. Ia abadi. Ia sentiasa wujud. Ia berdiri sendiri. Ia mempunyai dharma tak akan pernah pupus. Ia tidak dilahirkan, tak akan tua, tak akan mati, tak akan hilang dan tak akan dilahirkan lagi. Lanjut lagi, tiada kebebasan lain yang lebih tinggi daripadanya wujud di mana-mana pun". Prinsip yang dijelaskan ini selari dengan konsep Brahman yang tersebut dalam Upanishad. Menurut sastera ini, baginda Buddha mengutuk ungkapan ini dengan ungkapan, "Jelaslah Baka Brahma diliputi oleh ketidakbijaksaan" (A History of Early Vedānta Philosophy: Part One; Hajime Nakamura; 1990).
Baginda Buddha membataskan diri baginda kepada perkara yang mempunyai bukti kajian. Bukti kajian baginda pula didasarkan kepada pengalaman yang dialami deria-deria tubuh biasa dan persepsi melampaui deria yang didapati menerusi semadhi (tumpuan) mental tahap-tahap yang tinggi (David Kalupahana; 1977).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan