Sebab Nafas Pendek
- Kita selalu nak cepat pada hampir setiap masa. Pergerakan dan pernafasan mengikut corak ini.
- Tekanan kehidupan moden membuatkan kita bernafas lebih cepat dan cetek.
- Kita mudah sangat beremosi dan jenis orang begini nafasnya pendek.
- Kita cepat teruja atau cepat marah, pada kebanyakan masa, kita menderitai kebimbangan dan kerisauan maka kita bernafas cepat dan pendek.
Tahap emosi negatif memberi kesan kepada kadar pernafasan, menyebabkannya menjadi cepat dan cetek. Selain daripada itu, ada sebab lain disebabkan oleh tabiat pernafasan yang tak disedari ramai.
- Teknologi moden dan semua benda memakai jentera mengurangkan keperluan kita bergiat cergas dengan tubuh. Tak ada keperluan lagi bagi kita bernafas dalam-dalam, maka kita pun mengembangkan tabiat buruk bernafas cetek.
- Kita membuat kerja dalam bangunan. Keadaan ini sebenarnya menambahkan lagi pencemaran pada rupakara pernafasan kita. Kesannya, tubuh kita akan sendirinya bernafas kurang bagi melindungi dirinya daripada pencemaran.
- Tubuh cuma menyedut udara yang cukup-cukup sahaja untuk bertahan.
Semasa melalui kehidupan ini, kita turut hidup dengan tabiat buruk pernafasan tak betul ini. Berita baiknya, tabiat ini boleh diubah. Tapi berita buruknya, sebelum berubah itu kita perlu mengenalpasti dan menerima bahawa tabiat kita perlu diubah. Ertinya di sini kita nampak kebaikan teknik pernafasan yang betul cuma sakitnya nak mengubah itu kita kena berdisiplin dan sentiasa malar dalam tindakan.
Pastinya, Yoga bukan satu-satunya cara untuk berurusan dengan tekanan dan kesan kejatuhan bekalan oksigen dalam otak itu pun bukan satu nya penyebab pernafasan tersekat. Merokok, mengambil minuman berkafein seperti kopi, pegi ke tandas, atau ketawa pun boleh merubah corak pernafasan. Yang ini, boleh dianggap sebagai "Yoga Mini" walaupun merokok dan minum kopi itu bukan amalan Brahmana! Kita boleh mendapat sedikit kebaikan daripada berehat, bersiar-siar atau ketawa daripada kelolo.
Tapi orang yang terusan bekerja itu selalunya akan menerima tekanan tinggi, maka dia perlu lebih daripada itu. Pernafasan dalam, senaman dan juga meregangkan otot perlu terutamanya bagi mereka yang baru bermula nak mengawal sedutan dan hembusan nafasnya. Penyertaan dalam kegiatan sukan mungkin berguna. Pergi bersiar-siar pada waktu pagi atau petang pun bagus. Berjalan kaki sangatlah bagus. Bagi sesiapa yang mengalami nafas tersekat semasa malam hari, siang harinya mestilah dia bergiat cergas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan