Selasa, 5 November 2013

Pranayama - Kepentingan Pernafasan


Salah satu daripada lima prinsip yoga adalah pranayam. Ia mengajarkan kita untuk melakukan senaman pernafasan maka kita akan dapat bernafas dengan betul. Para yogi menyedari kepentingan bekalan oksigen yang mencukupi sejak beribu-ribu tahun yang lampau. Jadi mereka mengembangkan pelbagai jenis teknik pernafasan yang digilap dari masa ke masa untuk membantu menyegarkan pikiran dan jasad. 

Pranayam merupakan sejenis cabang pengetahuan untuk kawalan pernafasan. Mengandungi pelbagai jenis latihan bagi menjaga kecergasan jasad. 

1. Pernafasan yang betul dalam pandangan seorang yogi adalah untuk membawa oksigen lebih dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia kemudian mengawal prana atau tenaga hidup. Patut lah orang tua-tua kata tak larat nak hidup bila nampak orang tak bermaya, hahaha.

2. Teknik-teknik ini juga terbukti membantu menghalang penyakit-penyakit utama dan menyembuhkan penyakit-penyakit yang kecil-kecil.

Sebab Utama Pernafasan Penting

1. Ia satu-satunya cara untuk membekalkan badan kita serta anggota badan kita dengan oksigen yang sangat penting terhadap kesihatan.

2. Bernafas merupakan satu daripada cara menghapuskan sisa buangan dan toksin dari badan.

Kenapa Oksigen Penting?

Oksigen merupakan nutrien penting dalam badan. Ia penting untuk fungsi otak, saraf, kalenjar dan anggota dalaman lain. Kita mampu hidup tanpa makanan selama berminggu-minggu dan tanpa air selama beberapa hari. Tapi tanpa oksigen kita akan mati dalam beberapa minit sahaja. Jika otak tidak mendapat bekalan nutrisi yang mencukup secara betul, ia akan menyebabkan kelemahan anggota penting dalam badan. Otak memerlukan oksigen lebih dari anggota badan lain. Jika ia tidak mendapat bekalan oksigen, maka minda kita akan menjadi lemah, pemikiran kita menjadi negatif, mengalami kemurungan, pendengaran dan penglihatan menjadi lemah. Bekalan oksigen dalam badan akan berkurangan seiring dengan peningkatan umur dan jika kita hidup dengan gaya hidup yang tidak sihat.

Oksigen Membersihkan Saluran Darah

Satu rahsia besar dalam tenaga dan keremajaan ialah saluran darah yang bersih. Cara yang cepat dan berkesan membersihkan saluran darah adalah dengan mendapatkan lebih bekalan oksigen dari udara yang disedut.Senaman pernafasan digambarkan sebagai cara yang berkesan yang pernah dikaji bagi menyaring darah dengan oksigen yang lebih. Jadi, ada beberapa perkara yang diperbuat oksigen terhadap tubuh kita:
  • Oksigen ini mengecas semula bateri tubuh atau pun solar plexus.
  • Kebanyakan keperluan tenaga kita bukannya datang dari makanan tetapi dari udara yang disedut.
  • Dengan menyucikan aliran darah, setiap anggota tubuh itu mendapat manfaatnya dan begitu juga dengan minda kita.
  • Kulit kita akan mula disuburkan.
  • Saintis menemui dasar kimia pada penghasilan tenaga di tubuh itu sebagai Adenosine Triphosphate (ATP). Jika terdapat masalah dengan penghasilan ATP, maka kesannya itu adalah kesuburan yang rendah, penyakit dan juga menjadi berusia pra-matang.
  • Saintis juga menemui bahawa oksigen itu sangat penting bagi penghasilan ATP. Hakikatnya juga ia merupakan bahagian terpenting sekali bagi penghasilan bahan tersebut.
  • Kajian dijalankan di Universiti Baylor di USA menunjukkan bahawa kita boleh menterbalikkan penyakit Arteri dalam monyet dengan membiarkan monyet-monyet yang diserang penyakit arteri itu menyedut oksigen.
  • Yoga membolehkan kita menyedut nutrisi penting menerusi udara sekeliling yang semestinya di tempat yang suci dan murni. Bukannya di tempat tercemar di kota-kota.
Kepentingan Pernafasan Sihat

Kita tahu bagaimana untuk bernafas. Ia berlaku secara automatik sahaja, spontan dan semulajadi. Kita bernafas juga walaupun kita tak sedar. Jadi, nampak seperti bodohlah jika kita pikirkan bahawa kita patut diajarkan untuk bernafas pula. Namun, pernafasan seseorang itu boleh jadi tersekat-sekat atau terganggu dalam pelbagai cara juga. Bukannya kadang-kadang tetapi seluruh hidup kita ini. Kita memperkembang tabiat yang tidak sihat tanpa kita sedari. Contohnya....
  • Kita cenderung untuk berkedudukan seperti bermalasan yang menyebabkan kemampuan paru-paru kita terhapus atau tak boleh berfungsi dengan betul maka nafas pun jadi pendek.
  • Kita juga hidup dalam keadaan sosial yang tak baik bagi kesihatan dan juga rupakara pernafasan kita.
  • Orang selalunya duduk dalam keadaan tak giat, apabila mengalami masalah keraguan atau lengai itu cenderung untuk menopang dagu dan menundukkan kepala. Semua kedudukan tubuh ini menyebabkan paru-paru kurang berfungsi. Namun kita juga selalu mempunyai tabiat buruk yang mengganggu pernafasan kita sendiri.
  • Disebabkan kita ini terperangkap dalam tugasan dan tanggungjawab menyelesaikan tugasan dalam kerja seharian maka kita mengembangkan tabiat buruk terlupa untuk bernafas.
  • Lebih banyak tumpuan kita kepada sesuatu, lebih cekang lah otot-otot di tubuh. Keadaan ini membawa kepada lenguh-lenguh pada otot di tangan, leher dan dada.
Penyebab Lenguh dan Sakit Badan

1. Otot-otot yang menggerakkan toraks dan mengawal sedutan nafas serta kekejangan otot mengunci dan menghalang hembusan nafas.

2. Maka nafas menjadi lebih pendek.

3. Selepas beberapa lama memberi tumpuan bersangatan kepada sesuatu pekerjaan, seluruh rupakara nampaknya menjadi keras pada sesetengah kedudukan.

4. Kita menjadi letih disebabkan kurangnya pengaliran darah dan disebabkan oleh pengurangan oksigen dalam darah kerana kita kita hampir berhenti bernafas.

Pemeriksaan

Cuba buat eksperiman pada diri anda dengan mengikut sarana guru Wisnu Dewananda:

1. Cuba beri perhatian kepada detikan jarum jam yang diletakkan pada jarak sejauh 12 kaki.

2. Jika anda terganggu, cuba beri tumpuan dengan lebih kuat lagi sampai terasa tumpuan anda tak berbelah bagi kepada deitikan itu.

3. Jika anda gagal kali pertama, cuba lagi sampai berjaya dalam memastikan detikan itu berada dalam minda anda selepas beberapa saat.

Lihat apa yang terjadi? Kebanyakan orang yang mengambil bahagian dalam eksperimen ini melaporkan bahawa mereka merasai nafas mereka terhenti. Yang lain, yang kuran memberi tumpuan melaporkan bahawa mereka bernafas tetapi perlahan.

Eksperimen ini menunjukkan dengan jelas bahawa bila ada penumpuan dalam pemikiran, nafas menjadi perlahan dan mungkin terhenti sementara.

Apa yang Tak Kena dengan Cara Pernafasan Kita?

- Pernafasan kita terlalu cetek dan terlalu cepat.

- Kita tak menyedut cukup oksigen dan kita kurang mengeluarkan karbon dioksida. Kesannya, tubuh menjadi kekurangan oksigen dan berlaku pengumpulan toksik dalam tubuh. Setiap sel dalam tubuh memerlukan oksigen dan tahap kesuburan kita ini cuma satu hasil daripada kesihatan semua sel tubuh.

- Pernafasan singkat tak menggerakkan paru-paru secukupnya, jadi paru-paru seolah-olah tak berfungsi maka ia menyebabkan pengurangan kesuburan lanjutan.

- Binatang yang bernafas perlahan-lahan selalunya berusia panjang. Gajah sebagai contoh yang baik. Kita perlu bernafas lebih perlahan dan lebih dalam.

- Pernafasan singkat dan cepat menyebabkan kurang oksigen disedut dari udara. Kesannya kesuburan menjadi kurang, berusia sebelum matang, dan rupakara imunisasi yang lemah nanti akan membawa kepada timbulnya masalah lain pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan