Memaparkan catatan dengan label santet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label santet. Papar semua catatan

Ahad, 13 April 2014

Setan: Krasue


Sudah lama kita tidak bercakap mengenai cerita hantu. Kali ini, kita bercakap tentang jenis setan jadian di rantau kepulauan India Timur, iaitu Penanggalan. Di sebelah Siam, disebut sebagai กระสือ Krasue manakala di Kemboja disebut sebagai Ap. Di Tanah Melayu pula disebut Penanggal sedang di Sabah dipanggil Balan-Balan. Di Filipina, Menananggal dan di Vietnam, Ma'Lai. Di Pulau Bali, Leyak. Ia berbentuk kepala terbang yang tali perutnya dan isi perutnya tergantung di lehernya.

Menurut Phraya Hanuman Rajadhon, Krasue mempunyai kepala yang terapung selepas tertanggal dengan tali perut semua sekali tercabut dari tubuh dan mengeluarkan cahaya. Penjelasan diperbuat mengenai punca sinaran perut itu mungkin disebabkan oleh kewujudan gas metana di kawasan berpaya bakau. Krasue ini jenis perempuan yang mengamalkan santet sedang yang lelaki disebut, Krahang.

Setan ini berterbangan di udara disebabkan tiada tubuh bawah. Tekaknya boleh kelihatan salurnya saja atau lehernya semua. Yang berikutnya itu anggota dalaman tubuh seperti jantung, perut dan tali perut yang menunjukkan kegelojohan setan itu mencari mangsa.

Dalam wayang Siam terbaru, Krasue Valentine, setan ini turut dipaparkan dengan lebih banyak anggota dalaman seperti paru-paru dan hati tapi ukurannya dikecilkan berbanding kepalanya. Tali perutnya kadangkala kelihatan berlumuran dengan darah dan bersinar-sinar. Paparan semasa menggambarkannya dengan gigi Yaksha atau gigi pontianak. Dalam cerita, Ghosts of Guts Eater, setan ini ditonjolkan mempunyai lingkaran cahaya di kepala.

Krasue menjadi bahan cerita dalam wayang-wayang di Siam dan Kemboja. Contohnya, wayang berjudul Kun Aeuy Madai Ahp di Kemboja pertama kali diperbuat di Republik Rakyat Kemboja selepas ketiadaan wayang-wayang keluaran tempatan serta tekanan oleh pemerintah Komunis ketika samaya Khmer Merah.

Kimvadanti

Cetera

Di Siam, cetera ini melibatkan seorang puteri diraja bangsa Kemboja yang bertukar menjadi setan Krasue selepas dihukum supaya dibakar beberapa kurun yang lalu. Negeri puteri ini kalah dalam peperangan dengan kerajaan Siam lalu baginda tuan puteri dipaksa kahwin dengan seorang orang besar bangsa Siam. Tuan puteri tertekan kerana baginda mencintai seorang tentera Siam tetapi tentera itu cuma hamba tentera biasa saja. 

Kemudiannya, tuan puteri ditangkap sedang bercumbuan dengan kekasihnya itu. Orang besar Siam itu mengamuk sakan dan menjatuhkan hukuman mati kepada tuan puteri menerusi upacara bakar. Sebelum hukuman dilaksanakan, tuan puteri pergi berjumpa dengan dukun santet bangsa Kemboja minta supaya tubuhnya itu kebal tidak dimamah api. Mantra yang diberi itu memang sakti tetapi kesannya lambat bertindak. Ia cuma bertindak bila hampir seluruh tubuhnya terbakar tinggal kepala dan anggota dalaman saja. Semenjak itu, bahagian tubuh puteri itu yang tidak rosak berada dalam sumpahan mantra dukun itu dan menjadi Krasue (Penanggalan). Versi cetera penglipurlara ini pernah dipapar dalam wayang seram Thailand (2002) berjudul Demonic Beauty.

Terdapat juga cetera lain yang berkaitan menyebut mengenai seorang bekas wanita kaya yang sering memakai selempang hitam menutupi kepala dan lehernya dari cahaya mentari. Wanita itu katanya kerasukan semangat jahat sampai bertukar menjadi Krasue.

Di samping itu, ada cetera terbitnya setan ini dikaitkan dengan seorang wanita pengamal santet tersilap membaca mantra sampai tertanggal kepalanya dari tubuh. Karma dosa lampau turut menjadi punca seseorang itu menjadi Krasue, contohnya wanita yang pernah menggugurkan kandungan atau membunuh yang lain di kehidupan lampau. Masa kininya, dia terjebak dengan kehidupan Krasue pula sebagai balasan karma lampaunya.

Cerita rakyat berikutnya pula menjelaskan orang yang makan atau minum bahan yang terkena air liur Krasue atau tercemar oleh setan itu pun akan berjangkit menjadi Krasue. Khayalan terkenal juga mendakwa Krasue cuma berlegar dalam kalangan keluarga terdekat pengamal santet tersebut saja. Pengamalnya digelar แม่มด Mae Mod atau ยายมด Nyai Mod. Mereka menurunkan santet kepada anak perempuan atau cucu perempuan mereka. Selalu di kampung-kampung di Kemboja atau di Siam, perempuan yang pelik perangainya selalu dibimbangi mengamalkan santet Krasue ini dan dicurigai penduduk kampung lain.

Gambaran Penglipurlara Siam

Krasue berada bawah pengaruh sumpahan yang menyebabkannya sentiasa lapar dan cergas di malam hari. Dia akan terbang mencari darah, atau memamah daging mentah. Mungkin dia menyerang lembu atau ayam itik dalam kegelapan malam di samping memamah isi perut binatang-binatang tersebut.

Boleh jadi dia makan bangkai seperti bangkai kerbau di malam hari. Jika darah tidak ditemui, Krasue boleh saja makan tahi atau bangkai membusuk. Pakaian penduduk kampung di ampaian kalau tidak dikutip sebelum malam menjelma, alamatnya nanti jadi napkin mengelap mulut setan Krasue di pagi keesokan hari. Kalau baju di ampaian itu ada darah kering atau tahi kering maka itu kerja tidak lain dan tidak bukan, setan Krasue itu lah. Kerana itu, jika kita dapat lihat semasa berkunjung ke kampung-kampung di pedalaman tanah besar ini, penduduk kampung tidak akan menyidai kain mereka di luar rumah pada malam hari.

Krasue juga suka memburu di rumah wanita-wanita bunting atau rumah yang mempunyai bayi. Dia akan bergentayangan di bumbung rumah tersebut sambil berteriak untuk menimbulkan ketakutan. Lidahnya panjang boleh menjulur masuk ke salur peranakan wanita dan mencapai janin atau kantung berisi bayi dalam kandungan. Tabiat setan ini dipercayai menjadi punca bagi penyakit yang menghinggapi wanita mengandung di pedalaman kerana lidah setan itu kotor. Dalam setengah kejadian juga, janin di perut berjaya dicuri setan itu dan dimakan hidup-hidup.

Jadi penduduk kampung turut menanam pokok-pokok berduri sekeliling rumah mereka atau memasang pagar berkawat untuk menghalang setan Krasue datang menghisap darah atau menyakiti wanita mengandung di rumah mereka. Tali pusat selalunya ditanam sebaik saja bayi dilahirkan. Ia ditanam sedalam mungkin supaya Krasue tidak boleh menguisnya dengan mukanya atau lidahnya.

Krasue menyembunyikan tubuhnya yang tidak berkepala itu di tempat-tempat sunyi yang tidak diganggu sesiapa kerana ia akan bercantum semula dengan kepala menjelang siang. Krasue itu hidup seperti biasa di siang hari. Tubuhnya jika dihancurkan semasa tidak berkepala itu, boleh menyeksanya dan membunuhnya. Kepala itu mungkin terpaksa bercantum dengan tubuh yang lain dan terseksa sampai mati.

Jika kepala itu separuh bahagiannya jatuh di tanah sebelum siang pun memberi bahaya kepadanya. Tali perutnya jika dipotong pun boleh membunuhnya. Tubuhnya pun boleh dikenakan orang semasa ketiadaannya mencari makan. Penduduk kampung-kampung percaya setan itu boleh dibunuh dengan membakarnya. Musuh utama Krasue sebenarnya orang kampungnya sendiri yang merusuh membawa jamung dan senjata. Mereka boleh menangkapnya atau membunuhnya dengan pelbagai cara. Krasue ini bukan jenis makhluk ghaib tetapi lebih kepada manusia yang mengamalkan jenis kedukunan hitam atau santet tertentu.

Khamis, 9 Januari 2014

Perlindungan dari Ilmu Hitam dan Kejahatan


Oleh Saudara Tsem Rimpoche, Penasihat Rohaniah Graha Kechara
Terjemahan ke bahasa Melayu oleh NG

Amalan Ringkas bagi Penganut Buddha Dharma Vinaya bagi Mengelakkan Ilmu Hitam, Roh Jahat dan Gangguan Ghaib

Tabik kepada Yang Mulia Dalai Lama dan dan semua guru agung yang bermurah hati mengajari kita bertahun-tahun lamanya.

Aku sudah melawat Malaysia sebagai salah sebuah negara yang menarik sejak lapan tahun lah pada kali kelapannya itu pada tahun 2000. Aku bersenang hati berjumpa dengan ramai penduduk Malaysia dari segenap latar belakang kehidupan. Banyaklah ajaran Dharma diajari kepada mereka yang berdatang dan yang sepenuh hatinya mau mempelajari Dharma. Aku turut menemui mereka yang tersangkut dengan banyak amalan-amalan yang tiruan dikaitkan dengan ajaran Buddha dan juga mereka yang menjalankan kaedah ajaran Buddha yang luaran sahaja. Sedangkan amalan-amalan tersebut tidak merubah dalaman perseorangan menjadi orang yang lebih baik dan membawanya kepada kebijaksanaan yang benar.

Sebagai penganut ajaran Buddha, sudah menjadi tanggungjawab pula untuk mempelajari dan memakai kaedah-kaedah yang sudah dipelajai dan dijadikan ia sebagai kerangka pula bagi pemikiran. Apabila pemikiran sudah dikeadaankan semula secara baik maka tindakan luaran pun akan menurut secara sendirinya. Yang luaran itu mencerminkan yang dalam. Di samping belajar dan bertapa, seseorang itu mestilah melibatkan diri dalam amalan-amalan membuat pahala dan memurnikan semula karma (perbuatan) buruk.

Setengah orang mungkin terpikir bahawa tindakan mengumpulkan pahala perseorangan itu sebagai mementingkan diri sendiri. Yang ini ada Miccha Drishti atau Pandangan yang Salah. Kerana benar bahawa seseorang itu mengumpulkan pahala bagi dirinya, namun tanggapan ini cuma pada seorang Mahayana atau seorang Bodhicitta. Jika pahala dikumpulkan dengan motivasi seorang Bodhicitta, maka pengumpulan pahala itu membawanya pula kepada Pencerahan dan pencapaian kita. Bahawasanya Pencerahan itu membolehkan kita membawa juga makhluk lain yang berakal masuk ke Pencerahan bersama. Hanya makhluk yang benar-benar Dicerahi sahaja mempunyai kemahiran yang sempurna, kaedah dan kebijaksanaan yang memberi manfaat kepada yang lain.

Jadi, kita mengumpulkan pahala bukan bagi diri kita semata-mata tapi bagi yang lain juga. Apabila seseorang itu membuat kenyataan bahawa pengumpulan pahala itu adalah tindakan yang mementingkan diri, ia cuma menunjukkan bahawa orang itu tak mempunyai pemahaman yang betul sahaja. Pahala ini merupakan punca utama yang membawa makhluk berakal ke Pencerahan sempurna. Mereka yang menyedarinya akan terusan melibatkan diri dalam pengumpulan pahala bagi pihak yang lain. Hakikatnya, lebih banyak seseorang itu nampak makhluk lain kena lalui, lebih lagilah keinginannya itu untuk menambahkan pahala sebagai persediaan buat mencari jalan membebaskan yang lain.

Jadi, belajar Dharma, kemudian bertapa pula dengannya bagi mencapai pemahaman dan merubah diri kita seta pengumpulan pahala itu berkembang pula dari tangan ke tangan. Menerima banyak kenaikan dari Rimpoche yang berkesedaran tinggi pun tak akan memenuhi tujuan ini. Menghadiri ceramah Dharma dan mempunyai pemahaman intelektual Dharma itu samalah saja seperti seorang sakit yang tak ambil ubatnya tetapi cuma memuji keberkesanan ubat tesebut kepada yang lain sedangkan penyakit itu mencarik-caik tubuhnya.

Berlindung dan kenaikan sahaja tapi tidak membiasakan diri dan berpegang kepada sila-sila itu serupalah seperti menerima kot memanaskan badan tetapi tak memakainya pun sambil bedii di tengah jalan dalam kesejukan. Berlindung dengan seorang Guru itu tapi sering pula tenampak ulasan-ulasan "buruk" itu selalu pula memberi kesan seperti seorang yang bertemu dengan seorang yang negatif dan berasa bahaawa nasihat-nasihat negtaif tesebut adalah benar lalu diikutilah pula bersungguh-sungguh nasihatnya! Keadaan ini lantas menjauhkan seseorang itu dai Dharma pula. Jauh dari Dharma itu pula bukannya jarak bejisim. Seseorang itu boleh berada di hadapan Yang Mulia Dalai Lama, tapi jika pikirannya itu adalah kebencian, balas dendam dan sakit hati maka dia jauhlah dari Dharma.

Melawan Guru pun mempunyai banyak kesan negatif. Mempunyai pusat besar dengan ramai pegikut dan kotak derma dana itu bukannya penguku kepada kejayaan. Ia bukannya tanda bahawa Dharma sedang berkembang di pusat anda. Pusat Dhama mestilah dipenuhi oleh pelajar-pelajar yang mindanya berubah dan jiwanya berubah ke arah yang lebih baik sehari-hari. Jika tindakan pelajar pusat Dharma itu adalah Adharma dan pusat keagamaan itu masih lagi berkembang maka itu tandanya kepada malang. Jadi kita mesti muhasabah dalam diri kita dan bertanya, "Apakah motivasi kita?" Apabila kita muhasabah dan telusuri bahawa motivasi kita itu tak baik, maka sebaiknya dipakai pula "penawar" yang diberikan menerusi ajaran paa guru. Jangan lihat pada luaran Dharma, sebaliknya Dharma itu adalah kesedaran dalaman yang dikumpulkan menerusi pengamalan dan pemakaian bersungguh-sungguh.

Ilmu Hitam

Salah satu persoalan yang seringkali aku ditanya dan masalah yang sering aku temui di rantau Asia Tenggara ini adalah mengenai ilmu hitam. Bagaimanakah caranya menangkal ilmu hitam dan roh jahat? Ilmu hitam sudah berada di dunia ini sejak lama lagi. Sebelum timbulnya ajaran Buddha, ajaran Jesus, agama Yahudi dan lain-lain. Ia sudah diperhatikan dan diamalkan beribu-ribu tahun lamanya sejak sebelum timbulnya bahasa bertulisan. Ia merupakan salah satu cara bagi memenuhi kehendak seseoang itu dengan segera dan yang tak boleh dipenuhi dengan cara biasa.

Ilmu hitam boleh datang dalam pelbagai rupa. Boleh jadi ia adalah unsur dari angin, udara, api, tanah atau gabungan kesemua ini. Mungkin juga melibatkan penggunaan roh-roh atau semangat orang yang sudah mati bagi menjalankan upacara. Ia boleh jadi kata-kata atau bunyian yang diadun sampai mengeluarkan getaran tertentu yang boleh pula memberi kesan kepada jisim makhluk lain. Boleh jadi menggunapakai kedudukan bumi, penglibatan bintang-bintang dan juga tenaga alam semulajadi. Boleh jadi juga menggunapakai penjaga semulajadi (penunggu), roh-roh dan makhluk yang mendiami rantau pergunungan, gua, bukit dan pokok-pokok besar di beberapa rantau.

Sama ada ilmu itu hitam atau puteh, bergantunglah kepada motivasi atau "niat" kita menjalankannya. Tapi jika kita berniat memperguna roh lain untuk menyakiti yang lain dan jika selepas itu ia menjalaninya menurut kehendak kita, maka bolehlah kita simpulkan bahawa roh tesebut adalah negatif. Kalau ia berpotensi menyakiti yang lain, pastinya ia pun boleh menyakiti kita dan akan menyakiti kita! Jadi, sebaiknya tak payahlah buat sebarang amalan tersebut.

Baginda Siddhartha Gautama Buddha tak pernah mengajarkan kaedah ilmu sihir atau kaedah menyakiti orang lain. Kalau anda bertemu bhikkhu atau penganut Buddha yang membuat sihir atas orang lain, kemungkinan besarnya mereka itu bukan penganut ajaran Buddha atau bhikkhu yang sebenar tapi cuma berselindung. Jika kita mengamalkan sihir untuk memenuhi kehendak sementara kita, nanti pastilah ada libasan semula dan kesan-kesan tak menyenangkan timbul. Jika selesai pun masalah itu cuma sementara sahaja, nanti akan timbul masalah lain pula.

Tanda Ditundukkan

Tanda terkena penunduk...
  • Jadi sewel.
  • Peribadi tiba-tiba berubah.
  • Perangai pelik tiba-tiba.
  • Kemalangan yang tak dapat dijelaskan penyebab.
  • Tak bertindak untuk kebajikan orang yang disayangi seperti keluarga sebaliknya ikut orang asing tanpa sebab.
  • Tertarik bersangatan tehadap orang lain yang baru dikenali tanpa diketahui sebab (penunduk cinta).
Yang ini antara petanda seseorang dibomohkan. Yang lain-lain temasuklah roh jahat itu sendiri mengikuti kita dan menjelma, maka kita rasa seperti ada orang melihat kita, atau rasa tak selesa di beberapa bahagian di rumah. Mungkin juga kesan daripada seseorang menghanta makhluk itu kepada kita atau menghanta sesuatu, mungkin kita menyinggung perasaan makhluk di sesuatu tempat, penunggu tempatan tak suka dengan kita atau kita mengamalkan ilmu dengan menghambakan makhluk itu maka ia mencari semula demi meminta pembalasan.

Cara Mengelakkan Masalah


Dalam ajaran Buddha, ada banyak pula cara mengelakkan masalah ini. Setiap aliran Buddha ada cara yang sah untuk melawan pekara ini. Tapi disebutkan ini cuma yang ringkas-ringkas bagi upasaka (orang awam) serta bekesan kepada mereka yang tak ada guru kerana selamat diperbuat.

Jika anda tersinggung penunggu tempatan, bolehlah berikan pasemah bungaan, colok, buah-buahan, lilin dan kuih-kuih di tempat tersebut. Di tempat tersebut, letakkan barang baik-baik dan minta maaf kerana menyinggung perasaannya. Kemungkinan anda telah mencabut pokok tempat makhluk halus tersebut berteduh atau mengorek tanah di situ tanpa memberi amaran kepadanya lalu menyebabkannya meradang. Kebanyakan orang seperti orang Cina mempunyai sanggar kecil di balkoni, tepi-tepi jalan atau di luar kawasan rumah. Begitu juga dengan orang Siam membuat sanggar di tepi jalan untuk memberi barangan kepada semangat-semangat alam sekitar di situ. Penganut ajaran Buddha bukannya berlindung dengan makhluk-makhluk tersebut atau sembahyang kepadanya. Sebaliknya cuma memberikan saguhati atau hadiah kepada sesama makhluk yang tersinggung sahaja. Sikap ini yang sepatutnya diambil oleh penganut ajaran Buddha, kalau tidak anda sudahlah melanggar perjanjian sebagai penganut ajaran Buddha. 

Kalau semangat jahat mengganggu kita atau ilmu hitam disudikan ke kita maka ada empat cara pula antara banyak-banyak cara berguna yang boleh dijalankan upasaka tanpa kehadiran bhikkhu....

Kejadian Ringan-Ringan

Bolehlah ambil perlindungan dengan Trairattana. Bukan hanya dibaca di mulut tapi mesti dihayati dengan hati engkau. Lepaskan segala ketakutan yang mencengkam hati dan letakkan kepercayaan kepada Guru Dicerahi, Dharma Vinayam, dan Sangha masyarakat yang dicerahi. Mestilah dijaga segala sumpah dan jangan dibiarkan putus. Sekali terputus, haruslah mengakuinya dan segera menyesal seikhlas hatinya! Bepegang teguh dengan sumpah dan perjanjian itu merupakan perlindungan melawan semangat jahat dan kegelapan sekeliling kau.

Dengan meletakkan kepercayaan dengan Trairattana, berpegang dengan pancasila, maka bacalah pula mantrakata dalam bahasa Sanskerta kalau reti....

नामो गुरुवे : नामो बुद्धय नामो धर्मय नामो संघय

Bacalah yang ini sekurang-kurangnya dengan satu japamala sehari itu, perlahan-lahan sambil dihayati pengertiannya sampai 100,000 kali. Tapi penting sekali untuk berhubungan murni (samaya) dengan Phra Guru (para Buddha), atau ia tak akan berkesan. Hubungan buruk dengan para guru pula akan mencetuskan karma buruk yang akan menghapuskan dasar kepada perlindungan kau dalam perjanjian jadi macam mana bacaan engkau akan membuahkan hasilnya? Semua amalan Dharma Vinayam dan penyempurnaan akan menurun apabila samaya kau terputus dengan Phra Guru dan amalan Dharma Vinayam anakotra tak akan mengeluarkan buah lagi sampai kau seikhlas hati memohon ampun pada Guru engkau.

Bagi kejadian parah pula, kenalah dibaca mantra kata Trairattana itu digabungkan dengan bacaan Pajna Paramita Sutram. Sutra itu diajari oleh Avalokitesvara menyebutkan mengenai hakikat alam semesta selepas diminta ajaran oleh Brahmana Shariputra. Seusai penyampaian sutra tersebut, ia dipujilah oleh baginda Sakyamuni sebagai sah atas Puncak Gridhra. Sebab sutra tersebut merupakan ajaran Dharma mengenai persepsi mengenai kewujudan yang menyebabkan samsara, maka ia menjadi penangkal ampuh pula melawan kejadian-kejadian buruk (fenomena negatif) yang tecetus sebab samsara (putaran kehidupan dan kelahiran).   

Jadi, boleh dibaca dengan japamala sebagai mantra minta perlindungan semoga akal menjadi cerah senantiasa dalam gelap, diikuti dengan bacaan Prajna Paramita Sutra. Kemudian bacalah dengan japamala peringatan dari Prajna Paramita Sutra....

तयथ ॐ गते गते परगते परसंगते बोधी स्वहः

Buat tujuh bejana air semahan pula kepada salah satu Yidam (Ishta Devata) atau baginda Buddha setiap hari selepas bacaan bagi membuat pahala. Jika buat lebih pun tak apa. Prajna Paramita Sutra itu kau nak baca dalam bahasa apa pun tiada dosanya.

Bagi kejadian lampau parah atau ilmu hitam atau gangguan semangat halus yang mengganggu maka libatkan diri dalam amalan Dakini Muka Singa. Ia merupakan jelmaan Sang Padmasambhava garang penghancur ilmu hitam. Mula sekali baca mantra kata trairatna 12 kali. Kemudian, baca mantra Je Tsongkhapa (Guru Lembah Bawang, China) atau Guru Rimpoche 21 kali. Dengan menganggap beliau itu salah satu daripada guru anda. Sebab Tsongkhapa atau Guru Rimpoche itu merupakan jelmaan dalam rupa Guru, jadi mudahlah hendak mengenalpasti mereka menerusi salah satu guru daripada guru-guru. Jika tak ada guru peribadi pun, bolehlah dibaca jua dengan kepercayaan diletakkan kepada para Buddha yang masih berada dalam dunia.

Mantra Tsongkhapa

ॐ अः गुरू बेनश धार सुमति कीर्ति सिद्धी .... हुं .... हुं ....

Mantra Guru Yang Mulia (Rimpoche)

ॐ अः हुं बेनश गुरू पेम सिद्धी .... हुं ....

Kemudian puja pendek menerusi dewi Dakini Simha Mukham yang merupakan jelmaan garang Tara Hijau timbul buat menghapuskan sihir, semangat jahat dan membuang halangan. Kemudian bacalah berikut...

कडा देवी यशास्वि दाखिनी सिंह मुख प्रकोप मुर्क अपीञ आत्मीक ज्ञान सीनार्कान छाय ... दाखिनी सिंह मुख देवी नामो नामाः ॥

Diikuti mantra...

आः ख सामरंश शंदरास मराय  फेत्॥

(Baca 21 x 108 kali atau lebih setiap hari)

Dakini Simha Mukam, kerana tenaga dan sakti bacaan mantra seru kau, biar seteru yang menyeksa kami, guru-guru, anak siksha, dan pengasuh, semangat-semangat penghalang yang menyakiti kami, keadaan menghalang dan pendeknya, setiap benda tak bertuah menimpa itu kembali ke tempat terbitnya semula!

Kepala bala tentera dalam rupa wanita yang membara! Hentam sampai jadi debu tubuh dan vacana segala ciri dari seteru penghalang, dan bebaskan kesedaran mereka dalam Dharma Dhatu!

Menerusi bacaan mantra kata seru engkau, biarlah aku menyembuhkan kesakitan segala, mencapai segala tujuan sebagai dikehendakkan dan menyebarkan Dharma dalam ajaran dan perbuatan!

Bacaan yang ini adalah bacaan pendek daripada salah seorang Guru yang mengikuti ajaran Dakini Simha Mukam dan mantra seruan buat memanggil makhluk ghaib dewi bagi menangkal hadang ilmu hitam orang jahat. Mantra ini dibaca dalam 100,000 kali atau sampai masalah tersebut berhenti sendiri. Cara disebutkan itu boleh diperbuat oleh penganut ajaran Buddha bila masa sahaja dan di mana pun. Tak ada tempat tetentu atau masa tertentu untuk membacanya. Paling penting, amalan ini semua merupakan perbuatan yang tidak menyakiti atau merosakkan perasaan yang lain. Amalan yang menyakiti makhluk lain akan memberikan hasil buruk sahaja.

Jika masalah berlarutan juga maka perlulah pergi berjumpa guru bertauliah bagi upacara lanjutan dan penangkal lain pula.

Maka aku sudah menulis ringkasnya amalan bagi penganut ajaran Buddha bagi menghalang gangguan makhluk halus, semangat jahat, santet dan gangguan tidak semulajadi. Jika diikuti perbuatan tersebut bersungguh-sungguh maka berkesanlah ia kepada engkau. 

Santet, penunduk dan roh jahat cuma mampu menyakiti engkau jika engkau ada karma (perbuatan lampau) yang menyebabkan perlindungan kau runtuh dengan sendiri. Kesannya datang dalam rupa penyebab, jadi mestilah sedar wahai kakang budiman. Mestilah mempunyai sikap yang betul terhadap Guru Kerohanian tak kira Dharma apa kau pegang, berpegang dengan sila-sila dan marga, jalani sadhana sebagai sepatutnya setiap hari, dan ubahlah pemikiran menerusi pembelajaran dan merenung Dharma. Keadaan ini menjadi dasa benar bagi perlindungan melawan semangat jahat dari lua dan semangan jahat dari dalam yang menjelma dari perangai mementingkan diri sendiri (ego). 

(Diulangi perhatian, laman berbahasa Melayu ini bukan ditujukan untuk bacaan penganut ajaran agama selain daripada agama Buddha, Hindu, dan lain-lain tradisi Hindu. Penganut agama lain dinasihatkan berpegang teguh dengan ajaran agama nenek moyang sendiri dilarang berpindah-pindah agama sesuka hati! Dosa!).

Ahad, 14 April 2013

Hanuman Chalisa


Bagi sesiapa yang belum mengetahui. Hanuman Chalisa mantra boleh digunakan untuk menghalau roh jahat yang menghantui hidup anda selain daripada Skandha Sasti Kavacam. Ia merupakan gita bakti yang menyebut mengenai Seri Hanuman sebagai anak bakti contoh. 

Hanuman Chalisa ini merupakan kawi yang ditulis oleh Empu Tulasidasa dalam bahasa Awadhi. Sastera ini merupakan sastera terkenal beliau selain daripada sastera Ramacaritamanasa dalam bahasa Hindu. Kata chalisa terbit dari kata chalis dalam bahasa Hindu bererti 40 kerana kawiyam ini mempunyai 40 ayat. Seri Hanuman juga dikenali sebagai Seri Anjaneya atau Maruti. Baginda ini adalah anak bakti setia kepada Seri Rama yang merupakan watak utama dalam sastera Ramayana berbahasa Sanskerta. 

Cetera tempatan banyak menyebut mengenai kesaktian Seri Hanuman dan baginda dianggap sebagai awatara pula kepada Betara Siwa. Ciri-ciri Seri Hanuman seperti kekuatan, keberanian, kebijaksanaan, brammacariyam, dan kebaktian terhadap Seri Rama serta nama-nama lain yang merujuk Seri Hanuman ada disebut dalam kawi tersebut. Ada banyak koil yang ditujukan untuk baginda Seri Hanuman jika dibandingkan dengan dewata lain di negara India dan pembacaan Hanuman Chalisa ini merupakan satu istiadat biasa dalam amalan keagamaan.  

Itihasa Kawi

Setengah orang percaya bahawa Hanuman Chalisa ini merupakan karya dari abad ke-18 atau ke-19 M berdasarkan bahasanya, tetapi tiada sebarang dasar kukuh pun bagi hujah ini. Empu Tulasidasa menyebut dalam ayat akhir Chalisa bahawa barangsiapa yang membaca kawi ini dengan penuh kebaktian terhadap Seri Hanuman, maka dia akan menerima karunia dari Seri Hanuman. Dalam kalangan penganut Hindu di India Utara, kepercayaan terkenal adalah membaca Hanuman Chalisa bagi menyeru campur tangan Seri Hanuman bagi menyelesaikan masalah rumit termasuklah menghalau roh jahat dan kepercayaan ini datangnya dari kawi ini sendiri.  

Kawi Hanuman Chalisa

 

Sri guru charan saroja raja, nijamanu mukuru sudhari. Barnau raghubara bimala jasu, ji dayeku phala chari. Buddhihin tanu janikai, sumirau pawana kumara. Bala buddhi bidya dehu mohe, harahu kalesa bikaara.

Terjemahan kepada memurnikan diri dalamanku dengan alas kaki teratai guru, aku menggambarkan jaya gemilang Seri Tama yang memberikan buah empat lipatan. Aku ini kurang bijaksana, aku menyebut Kumara Pawana (Hanuman) supaya memberi aku kekuatan, kebijaksanaan dan pengetahuan bagi membuang segala kekotoran dalam jiwitam ku.

Jaya Hanuman gyaana guna sagara, jaya kapisa tihuna loka ujagara 1 Ramaduta atulita bala dhama, anjani putra pawansuta nama 2 Mahawira wiktama bajrangi, kumati niwara sumati ke sangi 3 Kanchana warana wiraja suwesa, kanan kundala kunchita kesa 4

Pengetahuan Seri Hanuman, kebenarannya, kekuatannya, keberanian dan rupanya disebut dalam ayat kesatu sampai keempat.

Hatha wajra o dhwaja wiraje, kandhe munja janeu saje 5 Sankara suwana kesari nandana, teja pratap maha jaga wandana 6 Widyabana guni ati chatur, rama kaja kariye ko atur 7 Prabhu charitra suniye ko rasiya, rama lakhana sita manna basiya 8 Sukshma rupa dhari siyanhi dikhawa, wikata rupa dhari Lanka jarawa 9 Bhima rupa dhari asura sahare, rama chandra ke kaja sanware 10

Baginda menanggung senjata di bahunya, anakanda Kesari dan Sangkara, keikhlasannya terhadap Seri Rama dan mematuhi arahannya, membakar Langka semasa pertama kali bertemu Sita Dewi, membunuh asura untuk Seri Rama diterangkan dalam ayat kelima sampai ke-10.

Laye sanjiwana lakhana jiyaye, sri raghuwira harashi ura laye 11

Seri Hanuman membawa Sanjiwini, ubat sambung nyawa bagi menghidupkan kembali adinda Seri Rama, Laksamana. Seri Rama memeluk baginda Hanuman menyatakan kesukaan dalam ayat ini.

Raghupati kinhi bahut badai, tum mum priya bharata hi sama bhai 12 Sahasa badan tumharo jasa gawena, us kahi sripati kantha lagawe 13

Seri Rama memuji baginda bersangatan dan menyatakan bahawa baginda itu bagai saudaranya, Bharata dalam ayat ke-12. Seri Rama menambah bahawa 1000 orang akan memuji jayanya Seri Hanuman lalu memeluknya sekali lagi dalam ayat ke-13.

Sankadika bramhadi munisa, narada sarada sahita ahisa 14 Jama kubera digpala jahana te, kawi kowida kahi sakey kahante 15

Orang alim seperti Sankadika, Bramhadi, Munisa, Narada, Sarada, Sahita dan Ahisa semua pun memberi restu kepada Seri Hanuman. Jama Sang Kematian, Kubera Sang Kekayaan, Digapla Sang Penjaga Empat Penjuru, Kawi Sang Penulis Kawiyam, Kowida Sang Biduanda semua tak mampu menggambarkan kirtinya.

Tum upakara sugriwahina kinha, rama milaye rajapada dinha 16

Hanya diperkira dari mu wahai Hanuman, Sugriwa boleh bertemu Seri Rama dan dimahkotakan semula.

Tumharo mantra wibhisana mana, lankeswara bhaye sab jag jana 17

Nasehatmu itu dipatuhi oleh Wibhisana, yang kemudiannya menjadi raja Pulau Langka.

Juga sahastra jojana par bhanu, lilayo taahi madhura phal jaanu 18 Prabhu mudrika meli mukha maahi, jaladhi langahi gaye acharaja nahi 19

Kesaktiannya itu terbit-terbitan dengannya menelan matahari semasa kecilnya dan melintasi segara menghantar cincin Seri Rama ke Sita Dewi.

Durgam kaaja jagat ke jete, sugama anugraha tumhare tete 20 Rama dooare tum rakhware, hoat na aagaya binu paisare 21

Semua pekerjaan dalam jiwitam menjadi mudah dengan kehadirannya dan baginda itu penjaga kepada Seri Rama.

Sab sukha lahaye tumhari sarana, tum rakshaka kaahu ko darna 22 Aapana teja samharo aapaye, tino loka haanka te kaapena 23 Bhuta pishacha nikata nahi aawe, mahawira jab naama sunawe 24 Nasaye roga hare sab pira, japat nirantara hanumat wira 25

Baginda itu penjaga manusia, suaranya menakutkan para hantu dan dukun santet akan ketepi mendengarnya segala penyakit semua pun lari mendengar bacaan nama baginda.

Sankata te hanuman chhodawe, mann krama wachana dhyana jo laawe 26 Sab par rama tapaswi raja, tin ke kaaja sakal tum saaja 27 Aur manoratha jo koi laawe, soi amit jiwan phala paawe 28

Jika Seri Hanuman diingati di hati, karma buatan dan perkataan, baginda akan datang sebagai raja pertapa dalam kebaktian pemujanya dan memenuhi segala kehendak sang pemuja.

Charo juga partaapa tumhara, hai parasiddha jagat ujiyara 29 Sadhu santa ke tum rakhaware, asura nikandana rama dulare 30 Asta siddhi nau nidhi ke daata, us bar din jaanaki maata 31

Kirtinya Seri Hanuman itu melebihi empat yuga, kirtinya Hanuman itu cemerlang jayanya seluruh loka, kebenaran baginda sebagai pelindung pertapa dan penguasaan asta siddhinya itu dijelaskan dalam ayat-ayat ini.

Rama rasayana tumhare pasa, sada raho raghupati ke dasa 32 Tumhare bhajana rama ko pawe, janam-janam ke dukha bisrawe 33 Antakala raghuwara pur jaye, jahana janama hari bhakta kahaye 34 Aur dewata chitta na dharayi, hanumat sei sarwa sukha karai 35

Keserasian baginda dengan Seri Rama, baktinya dengan Seri Rama kepada Seri Rama itu walaupun sesudah mangkatnya dan pergi ke sorgaloka menyerahkan kesukaan baginda kepada Seri Rama sementara yang lain mencari Seri Rama demi kebahagiaan sendiri.

Sankata kate mite sab pira, jo sumiraye hanumat balbira 36 Jaya jaya jaya hanuman gosai, kripa karahuna gurudewa ki nai 37

Barangsiapa mengingati Sang Hanuman yang berani akan dibebaskan dari segala kesakitan dan dikaruniai dengan restu baginda sebagai sang guru.

Jo sat baar paatha kare koi, chhotahin bandi mahasukha hoyi 38 Jo yeh padhe hanuman chalisa hoye siddhi sakhi gaurisa 39

Barangsiapa yang membaca Hanuman Chalisa ini beberapa kali akan menerima kebebasan dan kebahagiaan, mencapai siddhi Betara Siwa dan menjadi rakan-Nya.

Tulasidasa sada harichera, kije naath hridaya mahndera maka Tulasidasa itu selalunya menjadi anak bakti Nya dan memuja Nya menjadikan hatinya sebagai kediaman.

Pawantanaye sankata haran, mangal murti rupa; rama lakhan sita sahita, hridaya basahu sura bhupa.

Anakanda dewa Wayu, pemusnah pertelingkahan antara Seri Rama, Laksamana, dan Sita Dewi dalam hatinya.

Arti Bajrang Bali Ki

Puja untuk Sang Hanuman Bajrang Kali

Arti ki jaya Hanuman lalla ki, dushtadalam raghunatha kala ki jake bala se giriwara kanpai, rogdosha bhaye nikata na janke, anjani putra maha baladahi, santana ke prabhu sada sahai de wira raghunatha pathaye, langka jari siya sudhi laye langka so kota samudra si khai. Jata pwansuta wara na lai lanka jari asura sab mare, siya rama ji ke kaaja sanware lakshmana murcita pare dharni pai, aani sanjiwana prana uware paitahi patala tori yamkare, ahirawana ke bhuja ukhare bhahe bhuja sub asurdal mare, dahine bhuja santjana tare sur nara munijana arti utare, jaya jaya jaya hanuman ji uchare kanchana thara kapura lau chhai, arti karata anjani mai jo hanuman ji aarti gawai, so waikunta amarapada pawai langka widhwansa kiye raghrahi, tulasidasa prabhu kirti gahi....