Tatacara Vajrayana sangat bergantung kepada pelbagai teknik yang timbul dari agama-agama tantra, paribahasa dan lelontar. Tantra itu dinirvacanakan sebagai kesedaran dalaman yang berfungsi untuk menghalang kemunculan-kemunculan biasa dan konsepsi serta untuk menyempurnakan empat kesucian seorang yang dicerahi:
- Persekitaran.
- Tubuh.
- Kenikmatan.
- Perbuatan amalan.
Yoga dan Penunggu
Ciri terpenting sekali dalam jalan tantra itu adalah, "kepenggunaan kesan sebagai Jalan". Ertinya itu, berbanding dengan meletakkan pencerahan sepenuhnya itu sebagai satu matlamat untuk tempoh masa depan yang panjang, seseorang itu mengenalpasti diri dengan trivajra yang tidak terpisah iaitu:
- Tubuh dicerahi.
- Pengucapan dicerahi.
- Pemikiran dicerahi.
Pengamal menumpukan tumpuan terhadap penunggu yoga semasa semadhi serta mengenalpasti diri dengan rupa yang timbil kesan dari kecerahan iaitu Yidam atau Ishtadevata.
Perlambangan
Dalam usaha mencapai penjatian diri dengan Ishtadevata itu, banyak perlambangan, sadhana dan pembayang diperguna. Tatacara ini permulaannya mungkin kelihatan seperti mengarut, namun, ia cuma boleh dijalankan dengan asas-asas yang diperolehi menerusi pemahaman drishti Buddha dan pematuhan tradisi yang ketat.
(Tapak-Tapak Tantri dan Jalan: Cara Masuk, Perjalanan dan Penyempurnaan Jalan Vajrayana; m.s 65; Tharpa Publications)
Rahasia
Rahsia sering menjadi batu penanda simpang ajaran Buddha tatacara Tantra, untuk mengelakkan kecederaan dan orang lain kerana tidak mengguna panduan guru-guru. Penjelasan penuh mengenai perlambangan tantri dan psikologi amalan itu dilarang kepada mereka yang tidak menerima diksha. Larangan ini demi mengelakkan salah faham serta kelompongan amalan kepada mereka yang belum menerima diksha.
Sadhana"Tantra itu terbatas cuma untuk mereka yang belas kasihnya itu agung dan tidak mampu bertahan untuk membuang masa demi mencapai Pencerahan, kerana mereka ingin menjadi tenaga besar untuk membantu dan menggembirakan orang lain dengan segera".
Mengikut tatacaranya seperti:
1. Kepentingan perhubungan guru-shiksha, contohnya menerusi shaktipat atau diksha. Menerusi perkara ini, shiksha memperoleh kebenaran dari guru parampara untuk mengamalkan tantra tertentu.
2. Pemindahan mulut ke mulut menerusi guru tantra. Pengajaran ini diberi secara rahsia dan perseorangan oleh guru ke siksha. Keadaan ini disebabkan oleh guru memerlukan shiksha itu mencapai tahap kematangan tertentu sebelum diberi buah pengajaran. Jika tidak, dibimbangi timbul kesan buruk. Pengajaran begini menggambarkan aspek tertentu minda dan juga cara mencapainya. Ia membantu shiksha menyedari bahawa sadhana tertentu itu sebenarnya berbahaya bagi kesihatan jika tidak mengikut garis persediaan yang betul. Contohnya seperti keadaan minda semasa sedang nazak. Seorang yogi itu "mati" dalam pertapaannya dan kemudian hidup kembali, jadi dia merasai semua tahap minda.
3. Penggunaan upacara dan lambang tertentu berakar-umbi dari prapancavijnana dan kepercayaan tertentu:
- Pengulangan japa mantra dan dharani.
- Penggunaan pelbagai jeins yoga seperti Adhisāra, termasuk Pranayama, Yantra dan Mudra.
- Penggunaan meluas kosa kata bantuan penglihatan seperti peta prapancha mandala yang menunjukkan jalan menuju ke pencerahan rohani. Bija mantra Tibet dan Ranjana pun diperguna.
- Penggunaan alatan seperti vajra dan ghanta, damaru dan pelbagai lagi bahan perlambangan dan bunyian.
Yoga Devata
Ini sangat asas dalam amalan ini. Ia melibatkan sadhaka itu sedang membayangkan dirinya itu sebagai Buddha bersemadhi atau Ishtadevata sadhana itu.
Tujuan
Tujuan yoga ini adalah untuk menyedarkan bahawa devata dan sadhaka itu sebenarnya dalam zat yang sama, ketidakduaan. Ishtadevata itu umumnya muncul dalam mandala dan sadhaka itu melihat dirinya serta persekitarannya itu sebagai Ishtadevata dan mandala bagi yoga mereka.
Cara penglihatan ini menenggelamkan kepercayaan yang sudah bersarang di minda yang melihat hakikat dan jiwa itu sebagai legap dan memang begitu. Sadhaka seterusnya boleh menyucikan pencemaran-pencemaran rohaniah disebut sebagai klesha dan mengamalkan bodhicitta bersama.
Gambaran Penglihatan"Yoga devata memperguna kaedah yang sangat maju dalam cetusan imaginasi, visualisasi dan photisme untuk menjatikan diri dengan rupa diviya dan ciri-ciri devata tertentu sebagai kesatuan kaedah atau cara mahir dan kebijaksanaan. Seperti kata-kata Dalai Lama, 'Ringksnya, tubuh seorang yang cerah jiwanya itu dicapai menerusi semadhi pada ciri tersebut'".
Perwakilan devata, seperti murthi, thangka atau mandala itu sering diperguna untuk membantu dalam gambaran penglihatan dalam Tahap Turunan dan Tahap Penyempurnaan bagi Tantra Anuttarayoga. Mandala-mandala itu merupakan wakil perlambangan bagi ruang suci, binaan suci dalam rumah serta mengandungi zat-zat tidak tercakup Ishtadevata. Dalam buku, Loka Buddhisme di Tibet, Dalai Lama menjelaskan bahawa mandala itu, "Ia merupakan tempat kediaman samawi, kediaman murni devata".
Ishtadevata
Aliran Vajrayāna di Tibet dan sebelah Asia Timur mengikut tradisi Nālandā dari India yang diperkembang di Tibet dan China... Terdapat 15 aliran sādhanā tantrika, yang dihubungkan oleh Ishtadevata tertentu....
- Śūraṅgama
- Sitātapatrā
- Nīlakaṇṭha
- Tārā
- Mahākāla
- Hayagrīva
- Amitābha
- Amitāyus
- Bhaiṣajyaguru
- Akṣobhya
- Guhyasamāja
- Vajrayoginī
- Vajravarāhi
- Heruka
- Cakrasaṃvara
- Yamāntaka
- Vajrabhairava
- Kālacakra
- Hevajra
- Chod
- Vajrapāṇi.
Semua ini turut mempunyai bentuk teks Tibet dan teks Cina serta teks-teks Sanskerta lama....
Mandala
Mandala diperguna untuk membantu sadhaka untu menyedar tapak dalam diri:
Pariṇāmanā
Pemindahan pahala amalan merupakan bahagian yang piawai dalam sādhanā Vajrayana. Pengertian sastera konsep ini adalah perubahan yang membawa kepada perkembangan sempurna. Pahala sadhaka turut tersebar ke makhluk berhati nurani lain di sekeliling.
Ia merupakan salah satu aspek Amalan Tujuh Lapis Tertinggi atau सप्तविधा अनुत्तरपूजा Saptavidhā Anuttarapūjā.
(Gäng, Peter dan Wetzel, Sylvia (penyunting) (2004). Versi Pelbagai Bahasa untuk Sabdavali Buddha. Akademi Buddha Berlin, Brandenburg).
Mandala
Mandala diperguna untuk membantu sadhaka untu menyedar tapak dalam diri:
Sadhana luar dan dalam membentuk keseluruhan yang satu, dan kesatuan ini berada dalam bentuk ungkapan saratnya yang membentuk mandala, ruang tertutup suci itu mengandungi segi-segi terkandung dan bulatan yang dilukis di tanah membentuk lapangan kukuh kejadian yang pencari kecerahan itu ingini untuk dirinya. Peleraian upacara tantra itu bergantung kepada mandala; mandala ini bukan berbentuk legap, tetapi dicetuskan secara mental atau rohani semasa bertapa.(Konsep Sahaja dalam agama-agama Tantri Hindu-Buddha)
Pariṇāmanā
Pemindahan pahala amalan merupakan bahagian yang piawai dalam sādhanā Vajrayana. Pengertian sastera konsep ini adalah perubahan yang membawa kepada perkembangan sempurna. Pahala sadhaka turut tersebar ke makhluk berhati nurani lain di sekeliling.
Ia merupakan salah satu aspek Amalan Tujuh Lapis Tertinggi atau सप्तविधा अनुत्तरपूजा Saptavidhā Anuttarapūjā.
(Gäng, Peter dan Wetzel, Sylvia (penyunting) (2004). Versi Pelbagai Bahasa untuk Sabdavali Buddha. Akademi Buddha Berlin, Brandenburg).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan