Kita semua hidup di dunia yang bersifat dwi-sisi. Seperti sekeping wang syiling, terdapat sisi cerah dan sisi gelap. Ilmu hitam ini merupakan penggunaan tenaga-tenaga dan kuasa negatif oleh minda manusia. Si pengamal ilmu hitam atau mereka yang mencari dukun-dukun ilmu hitam ini bersungguh-sungguh sekali demi satu motif saja iaitu motif yang buruk untuk menyakiti makhluk-makhluk hidup yang lain seperti:
- membuat mereka jatuh sakit.
- melumpuhkan orang yang dibenci.
- membunuh mereka.
Semua manusia mempunyai dua sisi iaitu sisi cerah dan sisi gelap. Peratusan sisi cerah dan sisi gelap dalam jiwa seseorang itu pun berbeza-beza. Sesetengah manusia itu berubah menjadi 99.9% jahat apabila sisi gelapnya memakan habis sisi-sisi cerah dalam jiwanya.
Matahari merupakan pembekal cahaya bagi bumi, namun di sesetengah waktu pula, setengah daripada bumi dilitupi oleh kegelapan dan setengah lagi dicerahi oleh cahaya matahari. Dunia cahaya itu dilayani oleh para dewa (malaikat) serta makhluk-makhluk yang berada di ketinggian, sedangkan, dunia kegelapan pula dilayani oleh para asura (jin), setan, entiti-entiti jahat dan Iblis. Maka, dunia kegelapan digelar sebagai dunia Iblis. Kita, manusia diberi pilihan untuk tinggal dalam dunia kegelapan ataupun untuk berpindah masuk ke rantau cahaya.
Ilmu hitam digunakan untuk menyakiti makhluk lain menerusi upacara-upacara tertentu dengan menjadikan haiwan atau manusia sebagai korban untuk mengampu atau mengawal roh tertentu. Sebaik saja seseorang itu berjaya mengawal dunia roh, mereka pun mampu untuk menyakiti mangsa mereka yang berada beribu-ribu batu jauhnya dari lokasi mereka. Hal ini terjadi disebabkan oleh tiada sekatan ruang dan masa yang nyata di dunia roh. Dengan bertambahnya kedengkian, ketamakan, sifat negatif, kekecewaan, dan ketidakmampuan untuk menerima kegembiraan atau kemajuan orang lain, maka ilmu hitam merupakan jalan mudah untuk memporak-perandakan hidup orang lain serta memuaskan kecenderungan jahat. Perkara ini terjadi di serata dunia seperti di benua Afrika, Asia dan lain-lain. Keluarga sendiri seperti adik-beradik, kawan rapat, kenalan dan saudara-mara sendiri meminta pertolongan dukun-dukun dari dunia kegelapan. Setiap hari, banyak keluarga yang asalnya bahagia dan makmur menjadi hancur dek kerana ilmu hitam.
Ilmu hitam boleh mengucar-kacirkan kehidupan seseorang, memusnahkan segenap aspek kehidupan seseorang seperti dari segi perniagaan, kemewahan, mewujudkan pertelingkahan dalam keluarga, menimbulkan fobia-fobia atau ketegangan tidak semena-mena, merosakkan kesihatan, mewujudkan masalah yang tidak boleh dikesan oleh perubatan moden, merosakkan ketenangan mental, menjadikan seseorang gila, menyebabkan kemalangan, kejadian kematian beragan dan bunuh diri untuk kes-kes yang ekstrim.
Ilmu hitam bukan saja menyebabkan mangsa tidak mendapat hak-hak yang sepatutnya diterima oleh dirinya, menyerotkan kewangan dan kebendaan mangsa sebaliknya turut melemahkan jiwa menerusi kehilangan kuasa kehendak dan tenaga mental untuk keluar dari situasi yang menyeksakan menyebabkan mangsa kehilangan keinginan untuk meneruskan hidup atau mencapai kemajuan. Ilmu hitam turut menyebarkan penyakit menyebabkan minda mangsa terjejas seterusnya menjejaskan rentetan kehidupan yang penting. Akhirnya, kesan buruk berpanjangan itu memaksa mangsa membunuh diri atau memberi kematian kepada mangsa dengan cara misteri.
Ilmu hitam bergerak denga cara yang tidak diketahui oleh mangsa. Tidak kisah bagaimana beragama, atau tinggi kerohaniannya, ilmu hitam tetap boleh menghancurkan kehidupan mangsa. Murid kepada Guru Nanak, Mardana pun turut terkena ilmu hitam. Oleh itu, bodohlah jika kita tidak mempercayai alam roh-roh atau ilmu hitam.
Semua agama membicarakan mengenai kewujudan Iblis atau Syaitan, serta kewujudan dunia kegelapan ghaib yang dilayani oleh asura, dukun-dukun ilmu hitam, roh-roh jahat dan jin-jin. Dunia roh memang wujud dan sentiasa akan wujud. Ilmu hitam merupakan sains zaman purba yang digunakan untuk berhubung dengan dunia roh-roh serta menggunakan kuasa-kuasa gelap untuk menyakiti orang lain.
Inilah masanya untuk kita membuka mata dan melihat kebenaran jika anda terasa dimangsakan. Ambil langkah berjaga-jaga untuk mengatasi masalah dunia roh. Jika isunya serius, segeralah cari bantuan pakar-pakar sebelum terlewat.