- Tidur sering terganggu.
- Terasa lesu semasa di rumah.
- Takut ketika berada di sudut-sudut tertentu di rumah.
- Tiba-tiba marah dan bertengkar dengan pasangan.
- Murung teruk semasa di rumah, tetapi kemurungan hilang sebaik saja keluar dari rumah.
- Mulut kering di malam hari.
- Lapar dan dahaga teramat sangat semasa di rumah.
- Tiba-tiba seram sejuk.
- Sesak di bahagian tubuh tertentu.
- Mula selalu terlupa.
- Terdengar nama sendiri dipanggil orang.
- Loceng rumah dan telefon berdering.
- Terdengar bunyi seperti orang bercakap.
- Terdengar bunyi di atas bumbung contohnya seperti bunyi pasir atau batu kerikil dibaling ke atas bumbung; bunyi kerusi ditarik, bunyi guli ditabur di lantai dan bunyi berderap tapak kaki atau bunyi orang berlari jika di bangunan bertingkat seperti rumah pangsa.
- Pengaliran kewangan tersekat.
Banyak lagi jenis simptom bergantung kepada kesedaran mangsa serta jenis makhluk yang menghantui rumah mangsa.
Tahap Maju Dihantui Roh di Rumah atau Premis Perniagaan
Tahap Maju Dihantui Roh di Rumah atau Premis Perniagaan
- Bunyi-bunyi yang misteri.
- Pintu, almari, laci dan kabinet terbuka dan tertutup sendiri.
- Lampu berkelip-kelip atau terpasang dan tertutup sendiri.
- Barang-barang hilang atau muncul secara misteri.
- Barang bergerak sendiri.
- Bayang-bayang misteri.
- Haiwan atau peliharaan berkelakuan pelik atau enggan mendekati ruangan tertentu di premis mangsa.
- Rasa seperti diperhatikan.
- Rasa seperti dekat dengan seseorang di rumah.
- Takut gelap dan ketika senjakala.
- Bermimpi ngeri.
- Ternampak kelibat orang yang sudah mati atau bayangan.
- Tangan menjadi merah, unggu, biru atau pucat dan urat biru naik di kulit.
- Ruang tertentu di rumah menimbulkan rasa seram, rasa tidak suka berada di situ tanpa sebab.
- Tempat perniagaan yang sering lingkup dan gulung tikar di situ.
- Tempat yang berlaku banyak fenomena mistik terjadi seperti alat kawalan jauh terbang sendiri di bilik tertentu, bekalan api sering terputus, bunyi tangisan, bunyi benda jatuh, bunyi menderam dan sebagainya.
- Jika seseorang itu sering positif, tetapi tiba-tiba menjadi negatif bila melangkah masuk ke sesuatu rantau, tetapi kemudian segera menjadi positif semula selepas keluar, maka itu petunjuk jelas ada makhluk halus jahat di situ!
- Jika anda perasan, anda baik-baik saja sebelum masuk ke sesuatu tempat, tiba-tiba terasa negatif selepas masuk ke situ, terasa murung, terfikir negatif mengenai diri sendiri, dan tertekan, itu pun petunjuk ada syaitan di situ.
- Mentol lampu sering rosak, statik di talian telefon, barang elektronik di premis anda sering rosak dan berfungsi secara misteri.
- Terasa seperti diri dikuasai oleh seseorang atau sesuatu pada masa tertentu atau setiap masa.
- Terasa seperti diri ditekan oleh seseorang atau sesuatu untuk bertindak dengna tindakan tertentu.
- Terasa seperti seseorang atau sesuatu menyerang, menyentuh atau mencakar mangsa.
- Mendengar bunyi-bunyi suara yang memujuk mangsa untuk bersikap negatif atau mengarah mangsa untuk berbuat sesuatu. Contohnya, mendengar suara untuk menjauhi seseorang atau berkawan dengan seseorang.
- Perubahan perilaku yang menjolok, contohnya seseorang yang ceria dan sering bersosial sebelum ini tiba-tiba mula menyendiri dan sering terperuk di rumah.
- Sering berasa seram.
- Sebarang ceruk di rumah atau kediaman yang sering dirasakan negatif, atau sering dirasakan bersuasana menindas.
- Fenomena pelik seperti bunyi cakaran, benda-benda jatuh dari rak atau dinding. Peralatan keagamaan sering berubah kedudukan.
- Terasa diserang oleh sesuatu yang ghaib. Boleh disertai oleh kesakitan fizikal yang tidak dapat dikesan oleh doktor di hospital atau menimbulkan fenomena psikologi, contohnya perasaan seperti marah atau takut secara tiba-tiba.
- Terasa menyampah dengan amalan sembahyang atau tidak mampu bersembahyang.
- Benci untuk berhubungan dengan bahan keagamaan, contohnya benci ke pura, benci dengan lambang keagamaan dan sebagainya.