Dunia Roh

Roh atau makhluk halus yang disebut oleh orang-orang Nusantara sebagai semangat atau hantu sebenarnya wujud di merata-rata tempat, namun mata kasar manusia tidak boleh melihatnya. Sesetengah orang yang chakra mata ketiganya separa terbuka boleh pula melihat makhluk-makhluk tersebut. Bergantung kepada deria tubuh mana yang sensitif, sesetengah orang boleh mencium bau makhluk-makhluk tersebut sama ada yang baik atau buruk, sesetengahnya lagi boleh merasai kehadiran mereka.

Jika anda lahir di negara Komunis yang melarang kepercayaan agama, pihak hikmah Veda masih boleh menimbulkan keraguan mengenai ketidaksedaran anda mengenai dunia roh-roh serta pemahaman anda untuk kosa kata seperti ilmu hitam, santet, santau, vodoo, sihir, jin, setan, hantu, pontianak, kuntilanak, langsuir dan sebagainya mungkin terhad kepada makna-makna di kamus sahaja.

Namun, jika anda mengenalpasti diri anda sebagai seorang penganut agama-agama utama seperti Hinduisme, Buddhisme, Jainisme, Sikhisme, Yahudi, Kristian, atau Islam tetapi masih berfikiran bahawa dunia roh itu tidak wujud serta perkataan-perkataan seperti sihir atau ilmu hitam itu direkayasa untuk sengaja menimbulkan kekeliruan atau ketakutan di minda manusia. Maka, anda pasti terkejut suatu hari nanti. Sedarlah dan periksalah maklumat mengikut agama anda sendiri. Contohnya seperti berikut:
  • Hinduisme menerusi Yajurveda berbicara mengenai dunia roh dengan jelas sekali selain mengajari mantra dan upacara untuk menjalankan ilmu hitam untuk menyakiti atau ilmu putih untuk menyembuh.
  • Judaisme menerusi Torah mereka yang berusia kira-kira 3300 tahun itu berbicara mengenai ilmu kerohanian. Cuba periksa kata kunci, "Kabbalah'. 
  • Kristianiti yang berusia 2200 tahun itu pun turut membicarakan mengenai alam roh dan Iblis disebut sebanyak 30 kali dalam Bibel mereka.
  • Islam dari 1400 tahun dulu turut mengenalpasti kewujudan ilmu hitam dan alam roh. Diketahui umum juga menerusi sejarah nabi Muhammad pun terkena sihir yang dibuat oleh seorang wanita Yahudi. Selain itu, Quran menyebut juga mengenai kewujudan Iblis, Jin dan Syaitan.
  • Sikhisme dari 500 tahun dulu menyebut mengenai kewujudan semangat-semangat jahat di dunia ini menerusi kitab suci "Guru Grantha Sahib". Terdapat juga kisah murid Guru Nanak Ji, Mardana disihir sehingga bertukar menjadi seekor kambing sehingga Guru Nanak Ji menukarnya menjadi manusia semula. Kejadian ini berlaku ketika Guru Nanak mengembara bersama murid-muridnya, Mardana dan Bala melintasi negeri Assam.
Ilmu hitam ini seperti nila setitis, apabila ia dititiskan dalam susu atau kepercayaan seseorang atau rohani, maka rosak habis keseluruhannya. Kecuali, jika kepercayaan seseorang itu terhadap Tuhan tinggi ataupun si penyihir itu sendiri berundur. Namun, jika kesnya saudara atau teman sendiri yang mempunyai motif kukuh serta keinginan menggunung untuk mengenakan anda serta memusnahkan hidup anda, sama ada dengan kepakaran sendiri atau mengupah dukun ilmu hitam, maka anda boleh jadi akan mula menjadi goncang dalam permainan kotor ini. Keputusannya nanti bergantung kepada:
  • sakti karma kita sendiri.
  • kecerdasan sendiri.
  • kerohanian.
  • keazaman.
Begitu juga, keputusannya bergantung kepada berapa sedar anda mengenai isu ini serta bagaimana anda boleh menemui dukun yang sejati yang pakar pula untuk memulihkan kehidupan anda semula.

Sebelum penulis masuk lebih mendalam lagi, beliau menjelaskan bahawa tidak semestinya seseorang itu terkena pengaruh dunia roh jika ia membabitkan ilmu hitam. Dalam keadaan-keadaan tertentu, roh-roh tertentu boleh melekat di tubuh seseorang itu jika tahap auranya atau tenaganya lemah. Mereka boleh juga boleh melekat ke tubuh seseorang itu jika aura seseorang itu terhubung dengan mereka. Hal ini disebut sebagai "membayang". Ia berbeza dengan "merasuk", namun kedua-duanya itu mempunyai kaitan dengan dunia makhluk halus. 

Penulis beranggapan bahawa di tahap ini, tuan-tuan pasti sedang ragu-ragu sama ada untuk percaya atau tidak mempercayai. Untuk lebih meyakinkan, penulis mencadangkan tuan-tuan untuk menonton Discovery Channel dengan menekan kata kunci "a Haunting".

Asas-Asas Alam Mahluk Halus

Penulis memberi beberapa asas untuk pembaca supaya memahami alam makhluk halus serta kesan-kesannya ke atas manusia, lelaki dan wanita:
  • Wanita lebih mudah untuk dipengaruhi oleh alam ghaib berbanding lelaki. 
  • Simptom-simptom pun lebih jelas pada wanita yang dihantui berbanding dengan lelaki yang dihantui. Oleh itu, lelaki sebenarnya lebih mudah untuk kehilangan nyawa berbanding wanita disebabkan oleh mereka lambat sedar. Kecuali jika lelaki itu mempunyai ciri-ciri kerohanian tinggi kerana disiplin dan amalan agama yang tertentu.
  • Wanita cantik atau menawan lebih mudah untuk terjatuh ke perangkap dunia makhluk halus.
Punca Kelemahan Aura
 
Kelemahan aura sama halnya seperti rumah yang tidak berpagar, mudah untuk diserang seteru:
  • Makan produk-produk yang berdaging setiap hari.
  • Mengambil dadah, minum arak berlebihan sehingga mabuk, dan merokok.
  • Kerisauan, tertekan, kemurungan, takut, marah dan benci.
  • Mengunjungi kuburan atau tapak pengabenan (pembakaran mayat).
  • Melintasi hutan, berseorangan, padang pasir dan tempat jin bertandang.
  • Mengunjungi gua, kubu-kubu, tugu-tugu, puing-puing tinggalan purba, piramid atau kapal-kapal lama yang tidak digunakan lagi.
  • Pergi ke tempat-tempat kotor seperti kelab malam, disko, dan sarang pelacuran.
  • Mengamuk dan emosi tidak stabil.
  • Berhubungan jenis ketika pasangan sedang kotor, terutamanya ketika malam-malam bulan purnama dan krishna paksha. Ketika bulan purnama selalunya kita berpuasa dan menjalani puja.
  • Sakit atau kemalangan.
  • Tinggal di tempat-tempat kotor, rumah yang kotor, persekitaran kotor dan tidak bersuci diri!