Mengubati Diri Sendiri

Meneliti Petanda Disihir atau Dihantui

Tuan-tuan boleh meneliti diri sendiri dengan memeriksa simptom-simptom seperti berikut:

Kegiatan Ilmu Hitam Rendah ke Sederhana
  • Kurang tidur.
  • Sering sakit kepala dan migrain.
  • Pendapatan terhalang.
  • Keletihan.
  • Kerisauan, kemarahan dan kebimbangan tanpa sebab.
  • Terlalu lapar atau hilang selera.
  • Tidak berminat dengan kehidupan.
  • Kurang belas kasihan dan kurang kasih sayang terhadap diri sendiri atau orang lain.
  • Kemurungan ringan.
  • Mimpi terkunci.
Kegiatan Sederhana ke Tinggi
  • Bermimpi makhluk-makhluk seperti anjing, kala jengking, serangga, orang yang sudah mati, jatuh dari ketinggian dan bermimpi orang cuba untuk membunuh mangsa.
  • Tidak mampu mengawal diri.
  • Pemikiran kelabu asap.
  • Kemarahan bersangatan dan emosi melampau.
  • Sakit yang pelik tetapi tidak boleh dikesan doktor di hospital.
  • Gelung hitam di mata.
  • Muka kehilangan seri dan mati.
  • Hidup menjadi sumpahan.
  • Berfikiran buruk seperti ingin membunuh diri.
  • Kemurungan secara klinikal.
  • Usaha sering gagal.
  • Kurang positif dan mula kehilangan minat untuk hidup.
  • Terlalu sedikit tidur atau terlebih tidur.
  • Otot-otot sering sentap dan bahagian-bahagian tubuh tarik.
Kegiatan Tinggi ke Serius
  • Kegiatan paranormal di sekeliling.
  • Terdengar bunyi-bunyi.
  • Bunyi berdetak dari dinding, pintu, dan cermin.
  • Melihat bayang-bayang dan rupa-rupa yang menakutkan.
  • Berasa seperti diperhatikan, diikuti atau seperti ada orang di belakang.
  • Diserang secara seksual semasa tidur.
  • Sakit menyucuk di tubuh dalam kes diserang oleh ilmu hitam.
  • Warna kulit menjadi gelap.
  • Sahabat dan rakan-rakan menghindari mangsa.
  • Lembu tidak menerima sembahan makanan oleh mangsa.
  • Tanda biru atau merah di bahagian-bahagian tubuh. 
Terdapat beribu-ribu jenis simptom terkena ilmu hitam mengikut kemahiran tukang sihir, bomoh atau dukun ataupun jenis makhluk halus yang menyakiti mangsa tanpa penglibatan sihir.

Pengubatan Diri Sendiri

Pengubatan diri sendiri cuma berkesan untuk sihir yang biasa, berkesan untuk mengubati sihir yang dilancarkan oleh mereka yang belum mahir, atau untuk merungkai kesan buruk "mata jahat". Berikut contoh pengubatan diri sendiri yang boleh diamalkan oleh mangsa:
  • Berpuasa.
  • Menjalani yajña.
  • Dharmayatra.
  • Memastikan persekitaran bersih dan pemikiran sendiri pun bersih.
  • Tapa bhrata dan menyucikan diri menerusi amalan membayangkan cahaya murni.
  • Membaca ayat-ayat suci mengikut agama sendiri contohnya membaca mantra dari Veda dan kavacham untuk penganut Hindu, Phra Paritta untuk pengikut Buddha, membaca Sabda untuk penganut Sikh.
Untuk mereka yang dijerat oleh dukun-dukun yang berkemahiran tinggi, berkuasa mengawal jin-jin atau roh jahat dan tinggi saktinya, pengubatan mengikut amalan-amalan yang disebutkan itu tidak mencukupi. Yang tersebut itu cuma boleh memberi perlindungan atau pembenteng yang melambatkan kesan sihir. 

Orang awam walaupun yang rajin bersembahyang dan positif sekalipun jika menggunakan jampi serapah untuk melawan dikhuatiri akan menerima bidasan semula. Hal ini kerana, orang awam tidak mengetahui selok-belok dunia makhluk halus. Undang-undang mereka berbeza dengan undang-undang dunia manusia.
 
Dalam dunia sihir, seperti juga permainan daun terup. Mereka yang mempunyai kad bersimbol kuat dan mahir dalam permainan kotor ini yang akhirnya akan menang. Tidak kisah sama ada dukun itu, dukun ilmu hitam atau ilmu putih. Hukumnya sama saja. Dukun ilmu hitam kebanyakannya menghabiskan masa bertahun-tahun untuk menyempurnakan ilmu mereka, mantra, upacara dan kaedah yang berkaitan dengan ilmu hitam. Sedangkan orang awam tidak mengerti konsep jampi serapah dan kegunaannya jauh sekali mengetahui proses-proses yang menjadikannya berkesan.
 
Selain itu, dukun-dukun ilmu hitam tersebut mungkin mengawal beribu-ribu ekor jin dan roh jahat. Mereka itu bukan saja menjadi pendinding dukun-dukun tersebut, tetapi juga turut dikerahkan untuk terus-terusan memusnahkan hidup mangsa. Mustahil untuk menentang mereka tanpa pengetahuan mengenai dunia makhluk halus dan selok-belok ilmu hitam.
 
Yang demikian itu, eloklah mangsa segera meminta bantuan mereka yang pakar berbanding dengan cuba untuk melawan sendiri. Ia menjimatkan tenaga dan masa selain memastikan mangsa bebas untuk jangkamasa yang panjang.