Sekitar tahun 1994, Mony Singha menulis di India Post bahawa ilmu hitam masih lagi berlaku di dunia ini. Ilmu hitam boleh merosakkan kebahagian hidup mangsa, menimbulkan penyakit mental dan fizikal, serta menyebabkan kematian seperti bunuh diri atau penyakit yang tidak dapat dikesan dalam kes-kes yang parah. Jarang sekali mangsa menyedari hal ini di peringkat awal.
Di sini, terdapat beberapa petunjuk untuk kita semua memahami situasi seseorang yang terkena penangan ilmu hitam.
Peringkat Awal Ilmu Hitam dan Kegiatan Roh Jahat
- Tidur sering terganggu.
- Kelihatan letih tidak bermaya dalam menjalani kehidupan seharian.
- Takut tidak semena-mena.
- Hilang minat untuk hidup.
- Putus asa.
- Rasa sakit hati tiba-tiba.
- Marah tanpa sebab.
- Kemurungan yang teruk.
- Mulut kering di malam hari.
- Dahaga berterusan.
- Kegemukan dalam sesetengah kes.
- Seram sejuk secara tiba-tiba.
- Rasa sesak dan ketat di seluruh tubuh badan.
- Mula hilang ingatan jangka pendek.
- Hubungan dengan dunia mimpi terhalang; lupa mimpi yang dialami bila terjaga.
- Kerjaya profesional terjejas.
- Orang sekeliling bertindak tidak rasional terhadap mangsa.
- Aliran keluar masuk wang mangsa terganggu.
Terdapat banyak lagi simptom dan ia bergantung kepada tahap kesedaran mangsa dan jenis dunia roh yang menghantui mangsa.
Peringkat Tinggi Ilmu Hitam dan Gangguan Roh
Peringkat Tinggi Ilmu Hitam dan Gangguan Roh
- Bermimpikan mayat atau bermimpi orang yang rupanya menakutkan mengejar untuk membunuh mangsa.
- Bermimpikan ular dan tempat-tempat kotor.
- Terjaga dari tidur ketakutan dan tercungap-cungap.
- Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Bermimpi ular, kala jengking, dan labah-labah.
- Melihat tompok-tompok hitam atau asap hitam terapung di sekeliling.
- Perut membusung seperti wanita mengandung, sekeliling pusat menjadi ketat sehingga terasa seperti ada sebiji bola golf di situ.
- Ketat dada dan berat di bahu.
- Lapar terlampau dalam kes makhluk tersebut menguasai tubuh.
- Sering sakit kepala yang teramat.
- Kulit menjadi tidak berseri.
- Bahagian tubuh tertentu menjadi gatal, terbakar dan sakit menyucuk,
- Jika kes ilmu hitam itu bertujuan untuk membunuh mangsa, kelihatan burung-burung gagak melintasi jalan mangsa dari kiri ke kanan ketika anda mengembara. Ia terbang atas kepala mangsa, kadang-kadang dengan cebisan daging atau pepejal di paruhnya.
- Barah darah atau barah di bahagian tubuh lain-lain.
- Buah pinggang mengecut atau rosak fungsi.
- Kerosakan hati disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.
- Serangan jantung sehingga menyebabkan kematian secara tiba-tiba.
- Perubatan hospital tidak berkesan menyebabkan doktor keliru; doktor akan menggunakan dadah yang kuat.
- Cubaan mangsa untuk membunuh diri atau timbul fikiran untuk memusnahkan diri sendiri.