Nama lainnya seperti:
- Baḷī Pratipadā atau Pāḍavā dalam bahasa Marathi.
- Bali Pāḍyami dalam bahasa Kannada.
Menurut lagenda, Bāli Pratipadā memperingati jayanya Betara Visnu dalam avatar Vamana kerdil yang menewaskan raja Bali. Seterusnya, menolaknya ke alam ghaib. Kemudian, raja Bali diberi perkenan pengampunan oleh Betara Visnu lalu dibenarkan kembali ke alam dunia untuk menerima penghormatan disebabkan perbuatan mulia baginda terhadap rakyat baginda serta kebaktiannya kepada Betara Visnu.
Lagenda
Menurut cerita purana, Bali, seorang raja bangsa Daitya, terkenal dengan keberaniannya, keadilannya dan kebaktiannya terhadap Betara Visnu. Baginda bukan seorang yang jahat pun. Tetapi, imejnya tercalar oleh sebab perbuatan kerabatnya yang melawan para dewa yang sentiasa berdiri di sisi kebenaran dan keadilan.
Baginda Bali pun turut dianggap sebagai sombong dan congkak oleh orang-orang alim yang tidak menyukai sikap sebegitu. Selain itu, kebaktian agung baginda terhadap Betara Vishnu pun menyebabkan baginda digeruni. Dewa-dewa, tidak suka diganggu oleh para asura serta cemburu dengan populariti Bali, lantas mereka mendekati Betara Visnu meminta sarana supaya dihapuskan Bali!
Betara Visnu mengambil rupa seorang kerdil Brahmin, Vamana. Vamana merupakan jelmaan kelima Betara Visnu daripada 10 jelmaan baginda. Dipercayai, jelmaan ini turun untuk menumpaskan kegelapan dan seterusnya memelihara keamanan dan kesukaan di dunia ini.
Vamana mendekati Bali meminta dana bakti dan meminta belas kasih sang raja. Kemudian meminta kurniaan tiga bidang tanah dari raja. Bali pun bersetuju. Vamana lantas mengambil Viswarupa dan meletak tapak kakinya pada langkah pertama lantas ia memenuhi seluruh ruang jagat. Langkah keduanya memenuhi bumi, kecuali ruang tempat Vamana berdiri. Disebabkan langkah ketiganya sudah tiada tempat untuk berpijak, maka Bali mempersembah kepalanya sendiri kerana baginda pun sedar bahawa si kerdil itu sebenarnya Betara Visnu sendiri. Betara Visnu menghantar raja Bali ke alam ghaib di patala loka. Trivikrama Vamana pun berjaya atas Bali.
Dalam pada itu, Betara Visnu berpuas hati dengan sifat murah hati Vamana lantas diberi perlepasan untuk baginda berpulang ke bumi sehari untuk bersama jutaan makhluk yang memasang pelita untuk menghapuskan kegelapan dan menyebarkan sinaran hikmah serta kasih sayang. Hari perlepasan itu terjadi setiap tahun iaitu selepas hari Laksmi Puja.
Namun, di Kerala berbeza pula. Kepulangan Mahābāli ditandai oleh Pesta Onam (Ogos-September), yang merupakan tahun baru bagi negeri Kerala. Dipercayai kerajaan Mahābāli dikenalpasti terletak di negeri Kerala. Walaupun terbuang ke patala loka, Betara Visnu tetap menjadi Guru pemimpin rohaniah dan menemani Mahābāli. Baginda Mahābāli akan menjadi Betara Indra seterusnya. Betara Indra kini, adalah Purandara.
Cerita lagenda lain menyebut bahawa, Prahlada, nenenda kepada Mahābāli, meminta pengampunan untuk cucunda baginda. Betara Visnu memang mengampunkannya dan menjadikannya raja alam ghaib. Betara Visnu pun menunaikan hajat Mahābāli untuk pulang ke bumi bagi membolehkannya menerima pujaan rakyatnya. Pada hari ini, pelita dipasang dan bunga api serta mercun dibakar.
Upacara Pemujaan
Sila klik di sini, untuk melihat samacar lanjutan.