Upacara berbeza-beza mengikut negeri. Umumnya, pada hari ini, penganut Hindu bertukar-tukar hadiah kerana Mahābāli menyukai perbuatan yang bersifat kemurahan hati.
Selepas berlumur minyak bijan (minyak til) di seluruh badan dan berlumur dengan sabun shikakai, seluruh keluarga pun mesti memakai baju baru. Memakai baju adalah wajib mengikut kemampuan! Tujuan berlumur minyak dan shikakai sebenarnya mempunyai nilai kerohanian, iaitu penyucian dari sikap mementingkan diri sendiri.
Ruang tamu dihias indah dan Rangoli atau Kolam dilukis dengan serbuk beras pelbagai warna di pintu masuk rumah. Kemudian, Mahābāli dan permaisurinya, Vindhyavali pun dipuja. Secara simbolik, tujuh kubu dibina dari tanah liat atau tinja lembu untuk tujuan pemujaan Mahābāli. Di petang hari, sebaik saja tirai kegelapan turun, lawang pintu setiap pura dan rumah dinyalakan dengan susunan pelita. Kemudian, orang ramai pun membaca slogan, "Semoga kerajaan terbaik diperintah Mahābāli muncul di subuh hari terawal di bumi!"
India Utara
Di India Utara, penduduk bermain Pachikalu atau berjudi menggunakan dadu. Perbuatan ini berkaitan juga dengan lagenda agama. Dipercayai bahawa Betara Siva dan Betari Parvati bermain permainan ini pada hari ini. Betari Parvati pun menang. Kemudian, Betari Parvati pula dikalahkan oleh Skandha Kumara dalam permainan ini. Selepas itu, Skandha Kumara dikalahkan pula oleh adindanya, Sang Ganesha. Kini, permainan ini cuma dimainkan secara simbolik sesama keluarga saja, menggunakan daun terup.
Di Maharashtra, ia dirayakan seperti di India Selatan dengan mengikut lagenda Mahābāli. Suami boleh memberi hadiah kepada isteri pada hari ini.
India Selatan
Lembu-lembu putih dipuja ketika hari ini terutamanya oleh kelompok peladang dan petani di negeri Karnataka dan Tamil Nadu. Beberapa upacara dijalankan seperti:

- Kedar-Gauri Vratam, pemujaan rupa Betari Parvati untuk deva yajña.
- Gopuja, pemujaan lembu dan bhūta yajña.
- Gourambha, ditujukan untuk satu lagi rūpa Betari Parvati.
Di India Utara dan di beberapa negeri di Nepal, hari ini disebut sebagai hari Govardhana Puja. Ia dirayakan sempena peristiwa Bhagavan Krisna menyelamatkan orang kampung baginda serta lembu-lembu dari hujan lebat dan banjir.