Di India Utara ia disebut juga sebagai Kali Chawdas. Tahun ini, ia jatuh pada 22 Oktober 2014 (14 Aświn). Untuk perkiraan penanggalan, terdapat sedikit perbezaan kerana penggunaan penanggalan Suryachandra dan kerantauan. Di India Utara, Laksmi Puja bermula sedikit awal berbanding di India Selatan.
Sepatutnya, di Asia Tenggara pun sedikit berbeza kerana geografi berbeza. Tapi, kerana penanggalan Tamil dan India Utara lebih popular, maka bentuk upacara pun mengikut waktu di benua India Tanah Besar sana. Mungkin Dipavali masuk waktunya lebih awal jika mengikut penanggalan Hindu tempatan di Indonesia, atau di Indochina. Mungkin masuk lewat sedikit.
Oleh itu, penyelidikan oleh pinandita budiman sekelian, bolehlah dijalankan untuk mengesan titik pertemuan tradisi-tradisi Hindu purba di Indonesia dan Indochina.
Perayaan dan Pengertian
Kali Chowdas, bermaksud Kegelapan Abadi yang ke-14. Ia dikira terjadi pada 14hb bulan separa gelap Kartik. Tempoh ini, pemujaan Mahākālī atau Śakti. Dipercayai oleh pengikut Śaiva dan Śakti bahawa, ibunda Kali membunuh si setan Narakasura pada hari ini. Tempoh ini mempunyai pengertian bahawa adalah penting untuk kita membanteras sikap malas dan sikap buruk yang menjadikan hidup kita seperti di neraka. Seterusnya, memberi ruang untuk kehidupan yang cemerlang. Śakti untuk melindungi yang lain dirujuk sebagai Kali. Jika melibatkan kekuasaan Sang Hyang Tunggal, disebut pula sebagai Mahākālī.
Upacara-Upacara
Penyembahan diperbuat dengan menyembahkan minyak, bunga-bungaan (periksa dulu jenisnya jangan sebarangan!), dan kayu cendana. Buah nyiur boleh dipersembah kepada Hanuman Śrī Bajrangbali, selain daripada biji bijan, gula kabung, bertih beras (poha), minyak sapi dan gula.
Peristiwa Kali Chowdas ini sangat dipercayai sebagai asal-usul bagi perayaan Dipavali, sebagai pesta menuai. Pada hari ini, poha dihidangkan kepada semua. Beras yang digunakan diambil dari tuaian paling segar ketika itu. Adat ini masih lagi diamalkan di pekan-pekan dan kampung-kampung, terutamanya di India Barat.
Ketika hari ini, membasuh kepala dan memakai kajal atau bercelak di mata dipercayai boleh mengelakkan mata jahat (kedengkian). Mereka yang cenderung ke Tantra, belajar "Bija Mantra" mereka pada hari ini. Persembahan Naivedya untuk Mahākālī atau Śakti boleh dibuat mengikut adat tempatan, contohnya mengikut adat orang Bali atau sebagainya asalkan mematuhi sastra. Mahākālī atau Śakti dianggap Kuladevi untuk menghalau roh-roh jahat. Sesetengah keluarga memberi persembahan berupa makanan untuk nenek moyang mereka pada hari ini.
Pada hari ini, orang Hindu perlu bangun tidur lebih awal. Lelaki bolehlah berlumur dengan minyak untuk bersuci sebelum mandi. Kemudian, berpakaian bersih, atau berbaju baru. Bersarapan pagi bersama keluarga dan kawan-kawan sekampung. Petangnya memasang panjut pelita dan bermain bunga api. Kuih-kuih manis tradisi pun dihidangkan untuk tetamu yang bertandang.
Di sesetengah negeri seperti di Konkan (Goa), ogoh-ogoh gergasi Narakasura berisi rumput dibakar dengan bunga api pada jam 04:00 pagi diikuti dengan percikan bunga api melambangkan kejahatan dibakar. Kemudian, penduduk pulang ke rumah mandi sambil berlumur minyak ayurveda. Panjut pelita dinyalakan di halaman rumah. Kaum wanita menjalankan pemujaan dewi mewakili kaum lelaki. Hadiah pun ditukar seperti pada hari Krismas. Buah Kareet dipijak dengan ibu jari sebagai lambang menghancurkan "setan".
Rasanya di Malaya dulu contohnya seperti di Perak, sebelum kemerdekaan pun penduduk berketurunan Hindu merayakan hari kedua dengan pementasan lakon Indrasabha. Di beberapa negeri di India Tengah pula, ogoh-ogoh Ravana bersaiz gargantuan yang dibakar mengikut lagenda Ramayana.
Orang Tamil di India biasanya menghidangkan Nombu, Vadai atau Muruku tapi warga Tamil di Malaysia, Myanmar, Kemboja dan Singapura mungkin turut menghidangkan hidangan tempatan.