Memaparkan catatan dengan label bali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bali. Papar semua catatan

Ahad, 23 April 2017

Dewata dalam Kehinduan


Dewata dalam kehinduan ini sebenarnya adalah suatu perkara yang tidak akan dapat difahami oleh penganut agama Abrahamic. Pemahaman mengenai istilah ini mestilah disertai dengan ilmu yang mendalam dalam bahasa Sanskrit dan bahasa-bahasa penduduk serantau yang menganuti agama Hindu. Istilah dan nama-nama lain bagi dewata ini pula berbeza mengikut tradisi dalam agama Hindu sendiri. Hal ini termasuklah istilah dewi, iswara, bhagavan dan bhagavati.

Dewata pada pandangan agama Hindu ini berevolusi dari zaman Vedik lagi iaitu sekitar abad ke-2 SM melalui zaman pertengahannya sekitar abad pertama masihi. Ia turut berevolusi di rantau-rantau tempatan seperti di Nepal, India dan Asia Tenggara serta tradisi-tradisi Hindu yang pelbagai itu. Konsep dewata Hindu ini pelbagai pula, dari dewa peribadi seperti dalam aliran falsafah Yoga, 33 dewata dari maklumat yang diberikan oleh kitab suci Veda sehinggalah kepada beratus-ratus dewa dalam Purana. Baca lanjut - klik di sini.

Isi Kandungan
Rujukan

Ahad, 9 Ogos 2015

Mahā Śiva Ratri


Mahā Śiva Ratri adalah merupakan perayaan tahunan yang dirayakan untuk memuliakan Betara Śiva. Ia adalah hari untuk memperingati peristiwa Betara Śiva bervivaha dengan dewi Parvati. Perayaan ini bermaksud, Malam Agung Betara Śiva, menurut bahasa penduduk Nusantara. Ia menandakan penyatuan antara Śiva dan Śakti.

Khamis, 16 Julai 2015

Hari Raya Galungan

O Svasti Astu


Pada permulaannya, Galungan merujuk kepada sebuah wuku (kiraan kalendar Hindu, 210 hari). Ia menduduki kedudukan ke-11 daripada 30 vuku. Rujukan lainnya adalah wuku Dungulan. Hari raya ini jatuh pada Budhavara Kliwon wuku Dungulan atau Galungan.

Kepentingan Perayaan

Hari raya ini berlaku setiap enam bulan sekali. Ia dirayakan sebagai Pewedalan Jagat atau Oton Gumi
  • Ketika itu, penganut mengatur rasa tunduk bakti kepada Tuhan atas penciptaan dunia dan segala isinya.
  • Ia menjadi tanda penghargaan kepada Tuhan yang menjelmakan dunia ini menerusi yajña.
  • Hari peringatan untuk memerdekakan jiwa dari belenggu kegelapan dan pencemaran jiwa.
  • Hari tewasnya musuh-musuh jiwa manusia.
Tiga hari sebelum perayaan ini, semenjak Minggu Pahing wuku Dungulan, jiwa manusia mula digoda oleh Bhūta Kāla Bertiga iaitu:
  • Sang Bhūta Galungan
  • Sang Bhūta Dungulan
  • Sang Bhūta Amangkurat
Mereka bertiga ini menggoncang kekuatan sradha (kepercayaan) manusia dalam menjalani upacara, menyambut dan merayakan Galungan serta hari-hari seterusnya. Untuk mengimbangi Sang Hyang Viśea yang menjelma sebagai Bhatara Kāla atau Bhatara Galungan, maka disembahkanlah sajian untuk para Bhūta dan Kāla.
Di samping itu, ketika wuku Dungulan ini diikuti berturut-turut oleh tiga harinya, disebut sebagai, Jaya Tiga. Maksudnya, Kāla ditundukkan menerusi usaha untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, perayaan ini diberi istilahnya oleh Mpu Sedah dengan, "Dungulan eng parang mukha". Bermaksud, hari tunduk kalahnya sekelian musuh manusia.

Isi Kandungan Samacara

Sila diketik judul-judul berikut untuk mengakses samacara anda:

Asal-Usul Hari Raya Galungan
Pengertian Falsafah Galungan
Jenis-Jenis Galungan
Galungan di Tanah Besar India

Diucapkan rahajeng rahina Galungan bagi rakan-rakan yang dihormati sekelian.

Sumber Rujukan: Babad Bali
Mantra: Śiva Namaskartha

Ahad, 25 Januari 2015

Śiva Tandava Stotra




Stotra ini adalah sejenis puji-pujian yang menggambarkan keindahan dan kesaktian Batara Śiva. Ia mula dikidungkan oleh Ravaa, anakanda kepada Ri Viravas. Sloka ke-9 dan ke-10 stotra ini memberi rumusan pagelaran Batara Śiva sebagai pemusnah termasuk pemusnah kepada kematian.

Sloka penutup stotra ini, selepas penat menggemparkan bumi, Ravaa lalu bertanya, "Bilakah aku akan berbahagia?" Disebabkan kesungguhannya memuja dan bersamadhi, sehingga terpaculnya stotra ini, baginda Ravaa menerima kurnia pahala dari Betara Śiva iaitu baginda menjadi kebal dari kesaktian di bumi dan di langit.

Untuk keperluan anak-anak keturunan Hindu di Nusantara, maka pihak seksyen Hindu dharma di Northern Gate dengan merendah hati mempersembah masukan ini dan berharap semoga ia berguna untuk anak-anak muda sekelian.
Video: Gurpreet Man, Śiva Tanḍāva Stotra, Funny TV Ads Indian (youtube)

Rabu, 17 Disember 2014

Asas-Asas Hindu Dharma


Kepercayaan itu membentuk pandangan serta sikap seseorang dalam menanggapi kehidupan, yang seterusnya memberi panduan pula buat bertindak. Kepercayaan terhadap hal-hal yang ghaib seperti Tuhan, jiwa dan brahmāa (kosmos) sangat penting untuk mendekati kehidupan. Seseorang Hindu itu mempercayai banyak perkara namun, terdapat beberapa perkara yang dipersetujui oleh semua berkenaan dengan konsep-konsep kepercayaan umum.

Dasar-Dasar Penting

Dasar-Dasar Kemasyarakatan

Chatur Marga

(Sila diketik judul-judul tebal di atas untuk samacara lanjut)

Rujukan Semula:
  • Intipati Sanatanadharma
  • Pariada Hindu Batam, Republik Indonesia.
  • Pura Kauai, tradisi Siva Siddhanta, Hawaii.

Sabtu, 18 Oktober 2014

Selamat Menyambut Perayaan Dīpavali

Om Svasti Astu


Pejam celik, kita sudah pun melangkaui tempoh setahun. Rentetan peristiwa Makara Sankranti atau Surya melintas zodiak Capricorn pun bermula kembali. Brihaspati minggu ini, orang Hindu sekelian akan menyambut peristiwa Dipavali. Pelbagai jenis ceritera melibatkan kitab suci diperdengar kepada orang ramai. Di Singapura, Thailand dan Malaysia, tradisinya mengikut tradisi orang Tamil dan India Selatan. Ia turut disambut oleh penganut Sikh, Buddha dan Jain mengikut tatacara kitab suci dan kebudayaan masing-masing.

Dipavali, bukan saja merupakan perayaan keagamaan dan kebudayaan bagi bangsa Hindu sekelian. Sebaliknya juga, ia merupakan tempoh terbaik untuk berlatih merenung diri di samping kegiatan bersuka-ria bersama keluarga. Nyalakan cahaya kemuliaan di hati kita, bermurah hati, bersimpati dan bersikap empati dengan keluhan kesah makhluk lain. Biar ia bersinar cemerlang dan menyinari seluruh dunia.

Hari-Hari Perayaan

Perayaan ini ditandai oleh kedudukan bulan. Menurut kalendar Hindu, Amavasya atau tempoh tiada bulan merupakan titik terbaik untuk merayakan Dīpavali. Tempoh ini muncul setiap sepurnama dan di bulan Kartik (Nov-Dis). Pada hari itu, kita akan menyalakan panjut pelita atau pelita minyak tanah sebagai simbolik kegelapan disinari oleh cahaya sinaran cemerlang. Perayaan ini disambut selama lima hari untuk lima peristiwa:
(Sila klik di perkara-perkara di atas untuk melihat samacar perayaan, terima kasih)

Untuk adik-adik, jangan merempit pula dan jangan sibuk berpeleseran di merata-rata. Tolong ibubapa dan keluarga untuk persediaan menyambut perayaan serta sambutan-sambutan penting. Bacalah buku-buku agama dan dengar ceramah mengenai peristiwa perayaan supaya sambutan menjadi lebih bermakna.

Asato mā sat gamaya
Tamaso mā jyotir gamaya
Mṛtyor mā amṛtam gamaya
Om śānti śānti śāntihi

Dari ketidakbenaran menuju ke kebenaran
Dari kegelapan menuju ke kecerahan
Dari kematian menuju ke keabadian
Om semoga tenang-tenang hening-hening

Lagu: Mangala Olivisom
Album: Dīpa Rāgā
Penyanyi: Śaraña Jegathesan dan Sukaña Laxshimi
Komposer: Suresh Rogen dan Mansir Singha
Lirik: Suresh Rogen

Rujukan

Untuk bibliografi, silakan klik di sini, terima kasih. Rujuk cara mandi minyak di sini.

Sabtu, 12 April 2014

Budaya Hindu: Barong Musolah

Om Svastiastu!

 

Sebagai penghargaan terhadap rakan-rakan dharma di Pulau Devata kerana teguh memelihara kebudayaan Hindu lampau di rantau tuan-tuan. Pertunjukan di Pura Bukit Buluh, Gunaksa, Klungkung, Bali, Indonesia. Jurumuatnaik, wijayafilem2. Bukan punya kita! Kita cuma memindahsebar saja... Om gan ganapataye namahah..

Rabu, 19 Mac 2014

Isnin, 10 Februari 2014

Ringkasan Sang Hyang Mahajnana

Om Svasti Astu!


Lelontar ini mempunyai 87 seloka semuanya. Ia diterjemah ke bahasa Jawa Kavi yang mempunyai penjelasan baginda Betara Siva kepada sang Kumara, Muruga-Skandha.

Antara kandungannya itu mengenai "maturu" iaitu dasendrya dan yang tersebut sebagai "matanghi" iaitu vayu dan teja. Mengenai purusha dan prakerti, Sivalingam, bahyalingam dan atmalingam. Kemudian mengenai Saptapadam iaitu:
  • Jagrapadam
  • Susuptapadam
  • Svapnapadam
  • Turyapadam
  • Turyantapadam
  • Kevayapadam
  • Paramakevalyapadam 
Mengenai teori Trimurti iaitu Brahma, Visnu dan Maheswara yang dijelaskan panjang lebar sebagai tiga tubuh yang terpancar dari Yang Tunggal. Keutamaan Sang Hyang Omkara dalam perkaitannya dengan "kemoksahan" serta peranan hati.

Lontar ini mempunyai bahagian yang tertentu, iaitu bahawa setiap penjelasannya itu didahului oleh seolah-olah teka-teki contohnya, "apakah yang merupakan api dalam? apakah erti matahari terbit malam hari?" dan sebagainya. 

Tattvajnana

Kalau dalam lontar Bhuvanakosa, Braghaspati-Tattva, Ganapati-Tattva, Bhuvana Samkasepa, Sang Hyang Mahajnana, terdapat juga lontaran atau sloka bahasa Sankserta, tapi dalam lontar Tattva Jnana tiada pula keadaan itu. Seluruh penjelasannya dalam bahasa Jawa purwa belaka dengan rupa perbualan ditulis pada lontar-lontar terdahulu.

Kandungan dan prinsipnya sama dengan Braghaspati Tattva yang dijelaskan kemudian. Kadang-kala ada perbedaan sabdavali. Contohnya, jika dalam Braghaspati-Tattva Rva bhineda tattva itu terdiri daripada Cetana dengan Acetana maka dalam lontar ini disebut Siva-Tattva dan Maya-Tattva bersama-sama dengan Cetana dan Acetana.

Yang disebut sebagai Sivatma-Tattva dalam Braghaspati-Tattva, maka dalam lontar ini disebut Atmika-Tattva. Demikian juga sabdavali Dura Sarvajana dalam Braghaspati-Tattva maka dalam lontara ini cuma Duratma. 

Braghaspati-Tattva

Lontara ini terkenal dalam kalangan peminat sastragama. Kandungannya adalah perbualan Begawan Braghaspati dengan Betara Siva di puncak Kailasa yang disampaikan secara tersusun. Terdapat seloka Sanskerta yang diterjemahkan bersama ke dalam bahasa Jawa.

Tersebut bahawa dua jenis punca yang memancarkan segalanya iaitu:
  • Cetana
  • Acetana
Kedua-dua punca ini bercirikan suksma (ghaib). Cetana itu adalah unsur kesedaran manakala acetana pula unsur ketidaksedaran. 

Cetana pula ada tiga bahagian:
  • Paramasivatattva.
  • Sadasivatattva.
  • Sivatattva.
Pertembungan Cetana dan Acetana mencetuskan pula:
  • Pradhanatattva
  • Trigunatattva
  • Triantah karana
  • Panca budhindriya
  • Pancakarmendriya
  • Pancatanmatara
  • Pancamahabhutam
Lontara ini mempunyai ajaran yogacara juga. Kandungan Braghaspatitattva berdekatan dengan ajaran Samkhya dan Yoga.

Punca bahan: Babad Bali

संङ ह्यङ् महाज्ञान

ॐ अविघ्नम् अस्तु


रि स्डङ साङ कुमार मूड़ाजि रि भटरगुरु । तुमड़ाकुन् सांहियां । मनम्बह् त सिर रि भटर। लिंगनिर । ॐ नम: शिवाय।रि त्लस निर मनम्बह्। उजर त सिर। लिंगनिर ॥

व्याप्तो हि सर्व्वभावेषु शरीरेऽस्मिन् शरीरिणाम् । कायेन मनसा शुभं तस्मै मया समुदाह्ऋतम् ॥१॥

साज्ञा भटर। क्षन्तव्यक्न हिकिङ पनम्बह् रानक् भटर।म्वङ्कतत्त्वन् सङ् ह्यङ् ईयबिङ् रात कबेह।प्नुह् रिं जगत।म्वङ स्यवक् निं आत्मा नाथ।खनन् भटर अपन् मङ्कन प्व कदिव्व्यहन् भटर।य त मतङ्ञन् पनम्बह् ङहुलुन् ह्यङ् ममि। कारण निंङ्हुलुन् सुमम्बह् रि पादुका ह्यङ् ममि। ईकें अवक् निं हुलुन्।हेनकाग्रन् भक्ति रिं भटर।मवङ् वुवुस् निं हुलुन् रहयु।लवन् एनक् अम्बक् रहयु अनक् ह्यङ् ममि

Devanagri in progress....

Rabu, 2 Oktober 2013

Jayamanggala Katha

Swasti Srih!

Dipersembah kepada tuan-tuan budiman, Jayamanggala Katha yang menyebutkan Tujuh Kejayaan Bertuah Baginda Phra Buddha Chao.

 

Bahasa diperguna adalah bahasa Bali-Sanskerta. Bukan bahasa Bali yang biasa-biasa. Bacaan Phra Kata ini datang dari Phra Paritta Sutra iaitu Sutra Perlindungan Diri. Ia dirakamkan oleh Pertubuhan Mahabodhi di India. Tujuan dibaca katha ini adalah bagi menghapuskan benda-benda buruk dalam pelbagai bentuk dan menjana tuah. Dalamnya disebut tujoh kejayaan umum baginda Buddha iaitu berjaya atas Mara, berjaya atas asura Alawaka, berjaya atas seekor gajah liar Nalagiri, berjaya mengatasi pembunuh bersiri Angulimala, berjaya mengatasi niat jahat Cinca yang cuba memburukkan baginda Buddha, berjaya mengatasi seorang Brahmana bongkak bernama Saccaka, berjaya mengatasi raja naga, Nandipananda dan berjaya mengatasi pandangan salah Bramha Baka.

Penting dipahami oleh tuan bahawa kebanyakan cetera bermakna dalam ini berkaitan dengan kejayaan baginda Phra Buddha menakluki ciri-ciri jahat dan negatif dalam diri baginda sendiri (cetera Mara dan Alawaka) dan juga dalam pikiran orang lain sekeliling baginda. Diperkata jua, semua katha ini dibaca dengan niat yang jelas dan niat murni supaya membantu melindungi para pertapa pencari dengan menarik perkara baik sekitarnya mendekatinya.

Isnin, 30 September 2013

Senarai Rujukan Ajaran Hindu

Berikut adalah senarai untuk materi ajaran agama Hindu dan kehinduan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia. Rujukan ini hanya untuk kegunaan penganut agama-agama Hindu sahaja. Ia bukan untuk kegunaan mereka yang bukan penganut agama Hindu. Materi akan ditambah dan disunting berdasarkan laman mana yang masih berfungsi.

Hinduisme Umum
Hinduisme di Utara India
Hinduisme di Bali

Pulau Bali adalah sebuah pulau dalam rantau Indonesia dengan majoriti penganut agama Hindu tradisi tempatan. Bahan materi adalah dalam bahasa Indonesia. Ruangan belajar bahasa Bali dan bahasa Jawa Kavi akan disediakan bagi kemudahan penganut Hindu yang bukan berbahasa Bali. 
Hinduisme di Jawa Timur

Beberapa etnik Jawa di Jawa Timur sememangnya tidak pernah meninggalkan agama Hindu. Oleh itu, terdapat beberapa halaman rujukan dibuat oleh penganut Hindu di bahagian Pulau Jawa dalam bahasa Indonesia.  
Hinduisme Tamil

Isnin, 23 September 2013

Mantra Siddhi Harian

Om Swastiastu!


Ini beberapa mantra harian yang tuan boleh amalkan bersama dari Bali... Boleh juga dibaca penganut agama orang Hindu di merata-rata pun pada ketika kegiatan harian supaya murni sedikit "peribadi" itu.

Bangun Tidur

Om jagrasca prabhata kalasca ya namah swaha

Om Hiyang Widdhi, kita memuja Engkau, kerana kita ini bangun tidur dengan selamat moganya hari ini berguna bagi kita.

Cuci Muka

Om cam camani ya namah swaha, om om parisuddha ya namah swaha

Om Hiyang Widdhi, kita memuja Mu semoga muka kita ini bersih suci senantiasa.

Membersih Gigi

Om sri Dewi yogini Bhatarisma ya namah, Om Ang Waktra parisudha ya namah swaha

Om Hiyang Widdhi, perhamba bersujud kepada Mu moganya gigi perhamba ini bersih suci, mulut hamba pun bersih suci.

Cuci Mulut

Om um phat astraya namah

Om Hiyang Widdhi, Padukalah punca kehidupan kekal dan suci, moga bersih mulut hamba ini sucilah ia.

Ketika Mandi

Om gangga amerta sodha mam swaha, om sarira parisudha mam swaha

Om Hiyang Widdhi, Padukalah punca kehidupan kekal lagi suci, moga bersih diri hamba suci bersih.

Pakai Baju

Om tham ya namah swaha, om busanna sarirabhyo parisudhamam swaha

Om Hiyang Widdhi, kita memuja Mu sebagai Mahadewa Agung, pada ketika kita menyarung baju ini moga bersih, suci dan rapi kita.

Sarung Kain

Om um Wisnu Sada Siwaya namah

Om Hiyang Widdhi, kita memuja Mu sebagai Sang Wisnu Narayana, pada ketika kita menyarung kain, moga suci.

Memakai Baju Luar

Om hrum kawasa ya namah swaha om Hiyang Widdhi

Paduka Maha Mulia moga ketika hamba ini mengenakan perisai ini maka hamba bersih suci terlepas dari malapetaka. 

Sebelum Makan

Om am kam kasolkaya isana ya namah swasti swasti sarwa bhuta suka predana purusa sam yoga namah om Hiyang Widdhi

Paduka bergelar Sang Isana, perhamba persembah seluruh makanan ini semoga sekelian makhluk itu bahagia suka.

Om sarwa bhuta suka pertebhyah swaha. Om Hiyang Widdhi.

Perhamba semahkan sebahagian makanan ini kepada bhuta hantu agar ia pun bahagia.

Menyuap Makanan

Om anugraha amertadi sanjiwani ya namah swaha. Om Hiyang Widdhi.

Aunugerahi perhamba makanan ini bagi menjalani kehidupan suci luaran dan dalaman.

Seusai Makan

Om dirghayur astu, awighnam astu, subham astu. Om Sriyam bhawanti, sukham bhawantu, kesama sampurna ya namah swaha. Om santi santi om. Om Hiyang Widdhi!

Kita memuja Mu moga makanan yang dimakan kita ini membekalkan kekuatan, keselamatan, usia panjang dan tiada halangan. Demikian pula moga perhamba ini mendapat bahagia, suka, dan sempurna.

Perpisahan

Om santi santi om. Om Hiyang Widdhi!

Kita sembah tabik memuja Mu. Moga segalanya damai senantiasa!

Mula Kegiatan

Om awighnam astu namo siddham. Om siddhirastu tad astu astu swaha. Om Hiyang Widdhi!

Kita puja tabik moga berkenanlah Paduka tiada halangan perhamba ini memulai pekerjaan moga jayanya kita!

Seusai Kegiatan

Om dewa suksma param acintya ya namah swahah. Sarwa karya prasiddhantam. Om santi santi santi om. Om Hiyang Widdhi!

Ada nya Paduka dalam Parama Acintiya Yang Maha Ghaib, Maha Karya, atas perkenan tuah padukalah kriya patik ini jaya, damai selalu!

Sebelum Tidor

Om asato ma sat gamaya tamaso ma jiyotir gamaya mrityor mamritam gamaya. Om Hiyang Widdhi!

Tuntunilah kita dari kesesatan ke kebenaran, dari gelap ke terang-benderang. Jauhkanlah perhamba sekelian ini dari kematian dengan tuntunan menuju ke kehidupan sejati.

Minta Kecerdasan

Om prah no dewi Saraswati. Wajebir wajiniwati dhinam awinyawantu. Om Hiyang Widdhi!

Paduka dipujalah sebagai Sang Yang Saraswati Yang Maha Agung, Padukalah yang menjadi punca bagi pengetahuan. Moga Paduka senantiasa bersama dengan kecerdasan perhamba ini.

Minta Kebajikan

Om wissani dewa sawitar, duritani para suwa; Yad bhadram tanna ah suwa. Om Hiyang Widdhi!

Paduka dipujalah sebagai Sang Sawitri. Lindungilah kita dari mara kejahatan. Anugerahilah segala kebajikan Yang Berguna bagi kita.

Minta Suaka

Om Trayambhagam yajamahe. Sughandim pusthi wardhanam. Urwaru khamewa bhadhanat mertyor mukhsya mamertatt. Om Hiyang Widdhi!

Paduka Maha Mulia penyebar keharuman, kita memuja Mu, jauhkan kita dari keraguan. Bebaskan kita dari belenggu dosa, bagaikan mentimun terlepas dari tangkainya, sehingga bersatunya kita dengan Mu.

Minta Hilang Gentar

Om om jaya jiwat sarira. Raksan dadasime. Om Mjum sah waosat mertyun jaya namah swahah. Om Hiyang Widdhi!

Paduka Maha Jaya, Yang mengatasi segala kematian. Kita memuja tabik kepada Mu, lindungi kita dari mara bahaya!

Penghargaan

Kita berterima kasih kepada Pinandita Sanggraha Nusantara atas perkongsian. Moga bermandikan tuah berpanjangan di mana jua tuan poh berada.

Ahad, 9 September 2012

Selamat Menyambut Krishna Janmasthami

Mukunda Krishna dalam filem Tamil berjudul Dasawataram: 10 Jelmaan Dewa Vishnu Narayan 

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Krishna Janmasthami kepada para penganut Hindu aliran Vaishnava di seluruh dunia tidak mengira sebarang jati keturunannya.

Pejaka di Udupi merupakan tempat kelahiran Sri Mathawacharya. Murti Sri Krishna Bhagawan yang diletakkan oleh beliau juga berada di Udupi. Udupi dikenali lah sebagai "bandar kuil-kuil" kerana mempunyai banyak kuil-kuil purba. Kuil-kuil purba di Udupi ini masih meneruskan perayaan mengingati kelahiran Sri Krishna secara besar-besaran sampai hari ini. Kehadiran Yang Berhormat Sri Vishwavallabha Tirtha Swamiji dari Sodhe Matham yang merupakan antara matham yang didirikan oleh Sri Mathawacharya menambahkan lagi seri majlis puja Sri Krishna.

Janmasthami tahun ini disambut dalam dua hari berbeza kerana ada penganut yang menggunakan penanggalan Adhika. Manakala yang menggunakan penanggalan Surya menyambut perayaan ini sejak kelmarin.

Ahad, 11 Mac 2012

Grehastasrama: Sehari dalam Kehidupan Seorang Brahman

 Oleh Sri Chandrasekharendra Saraswati Mahaswami Ji 

"Bagaimanakah seorang Brahman itu boleh menjalankan banyak samskara sekaligus pada hari-hari ini?" Soalan ini mungkin suatu soalan yang semulajadi. Kemudian kita akan dengar soalan seperti: "Apa gunanya kita bercakap tentang perkara-perkara yang dah ketinggalan zaman itu?"

Bagi saya, ada dua senarai yang dapat saya catitkan untuk menjawab dua persoalan yang diajukan itu. Yang pertamanya, saya bahagikan samskara yang mudah-mudah dengan samskara yang tak begitu mudah diamalkan. Apa akan jadi kemudiannya? Anda sendiri akan tambahkan perkara dalam bahagian senarai samskara yang mudah-mudah itu pindah masuk ke senarai yang sukar-sukar jadi saya risau yang tak ada apa pun yang tinggal untuk diamalkan. Jadi selepas sahaja anda berpencen dari kerja lokiya, anda sekurang-kurangnya menjalankan adat-istiadat keagamaan yang dikenakan menurut dharma Brahmana anda ke atas diri anda. Anda tak sepatutnya meminta diperpanjang lagi perkhidmatan anda dengan majikan anda sekarang atau mencari kerja lain selepas tempoh yang ditetapkan.   

Baiklah, sekarang mari lah saya terangkan lanjut sedikit mengenai kehidupan harian bagi Brahman yang beragama menurut sastera-sastera. Sebenarnya ia merupakan satu kehidupan harian yang sukar dan bukannya bersenang-lenang. Seorang Brahman itu mesti bangun lima nadika atau dua jam sebelum terbitnya mentari. Yang ini kita panggilnya sebagai pancha utskale. Pancha maksudnya lima, dan pancha utskale bermaksud nadika ke-25. Dari bersinarnya mentari ke terbitnya mentari dikira nadika ke-30. Seorang Brahmin mesti bangun pada nadika ke-25 dari masa itu dan berjaga sehingga terbitnya matahari di ufuk timur. Ia dipanggil sebagai Brahmamuhurtha.

Lepas bangun dari tidur, Brahmana itu perlu membersihkan giginya, mandi dalam air sejuk dan menjalankan Sandhiyawandana dan Japah. Kemudian, dia perlu menjalankan upacara Aupasana dan Agnihotra. Upacara-upacara ini merupakan ranting-ranting kepada Dewayagna atau pengorbanan kepada para dewata.     

Selepas itu, dia perlu menjalankan Brahmayagna. Apa dia itu Brahmayagna? Ia merupakan amalan harian melibatkan pembelajaran dan pembacaan Weda. Sebahagian dari upacara istiadat ini, ada juga tarpana atau penyemahan anggur dipersembah. Bagi yang menurut sesetengah sutra yang terkemudian, kalau hari siang dibahagikan kepada lapan bahagian, seperlapan daripadanya sudah terisi.

Bahagian kedua dari hari siangnya, Brahman harus lah mengajarkan pelajar-pelajarnya dengan Weda. Ia disebut sebagai Adhiyapana. Lepas itu, dia mesti mengutip bungaan untuk menjalankan pemujaan persendirian. Seorang Brahman itu tidak boleh mempunyai gaji dalam bentuk wang. Jika Brahman itu tiada menerima kurniaan tanah maka dia harus lah meminta dhana untuk bekalan makanannya dan juga untuk bahan-bahan menjalankan upacara korban.    

Seorang Brahman itu berhak untuk meminta dhana, tapi ia merupakan hak yang terbatas kerana ia bermaksud bahawa Brahman itu cuma boleh meminta benda-benda yang diperlukan sahaja dan perkara-perkara tersebut cuma terhad kepada upacara korban harian. Sebahagian yang munasabah yang diterima oleh Brahman itu sebagai kurniaan mestilah dibayarkan sebagai daksina pula kepada sami-sami yang menjalankan korban untuk orang Brahman.

Dari enam pekerjaan orang Brahman, satu daripadanya adalah Pratigraha iaitu menerima kurnia. Lain dari itu adalah dhana dan menyumbang kepada orang lain pula. Selalu juga ditanya kenapa orang Brahman sahaja yang berhak menerima kurnia. Jawapannya, orang Brahman mempunyai kewajipan untuk memberi kurnia itu kepada orang lain pula selepas diterimanya. Orang Brahman menerima kurnia tersebut untuk tujuan kebajikan yang dimestikan ke atasnya menurut agama. Antara sumbangan yang dimestikan atas orang Brahman menjalankannya adalah Athithya dan Bhutayagna.

Bahagian ketiga dari hari pula diisi oleh Brahman dengan mandi dan menjalankan Madhyahnika. Kemudian menjalankan Pitartarpana iaitu menjamu air anggur kepada arwah nenek moyang. Upacara ini diikuti pula oleh homa dan puja. Dalam upacara pemujaan selepas homa, Brahman mesti menujukan semua bahan-bahan yang mempunyai Panchagnanendriya atau lima unsur api kepada para dewata. 

Sekarang ni sudah masuk tengah hari lah. Sudah masuk bahagian keempat bagi hari itu. Brahman mesti sudah sempurna selesai semua adat-istiadat untuk para dewata, weda-weda dan juga kepada nenek-moyang. 

Daripada Panchamahayagna atau lima korban terbesar, dua daripadanya adalah manushayagna (menghormati dan memberi makan tetamu) dan bhutayagna yang mempunyai bali bagi makhluk-makhluk pertiwi dan memberi makan waiswadewa (orang miskin).

Nasik yang disembahkan kepada api korban dan juga sebagai bali (yang tak diletakkan dalam api). Dalam bali, makanan dibahagikan kepada beberapa bahagian dalam rumah untuk bacaan montram. Bahagian-bahagian makanan tersebut adalah untuk orang luar kasta, peminta, anjing, burung, dan lain-lain. Dalam manushayagna, para tetamu akan dihiburkan dan ia disebut sebagai athithya.  

Brahman makan hanya selepas selesai semua adat-istiadat ini. Sehingga itu, dia tak boleh makan apa-apa melainkan cuma minum sedikit susu atau mentega. Dia tidak boleh minum kopi atau makanan ringan mengalas perut. Jika dia ada korban untuk dijalankan, seperti paka, hawir, atau soma, maka masa makannya akan dilewatkan lagi. Jika ada Sraddha untuk dijalankan, maka dia pun akan makan lewat juga. Upacara Sraddha mesti diteruskan hanya dalam Aparahna.     

Waktu siang, sebagaimana yang disebut terbahagi kepada lapan bahagian. Tapi ia boleh dibahagikan lagi kepada lima, setiap satunya dengan enam nadika. Jika matahari terbit pada jam enam, maka nadika adalah dari jam enam sampai jam lapan. Nadika 24 adalah pagi atau Pratahkala dan jam lapan. Nadika 24 sampai 10. Nadika 48 masuk ke Sangawakala dan 10. Nadika 48 sampai satu. Nadika 12 dikira Madhyahnika dari satu. Nadika 12 sampai tiga. Nadika 36 dikira masa untuk Aparahna dan dari tiga. Nadika 36 sampai enam (waktu tenggelam mentari) dipanggil Sayamkala. Waktu nak dekat ke terbenam matahari disebut sebagai Pradosa. Dosa ertinya malam dan imbuhan pra maksudnya sebelum.      

Masa untuk sraddha adalah aparahna. Upacara ini bertujuan untuk korban kepada dewata dijalankan hanya selepas penyempurnaan sraddha. Lepas makan, Brahman akan membaca Purana. Lepas itu tugasnya adalah mengajarkan ahli dari jati lain kemahiran-kemahiran warisan mereka, kesenian dan kemahiran mengenai kehidupan. Brahman sebenarnya tiada sesaat pun untuk rehat atau bersenang-lenang. Lepas habis semua ini, Brahman akan mandi petang, menjalankan sandhyawandana, korban dan japa. Waiswadewa dijalankan waktu malan sebelum Brahman makan malam dan berehat tidur. Dalam hampir setiap malam, Brahman cuna makan makanan ringan seperti buahan, susu, dan lain-lain. Pada ekadashi atau hari kesebelas, Brahman mesti berpuasa seluruh hari itu.       

Tiada sebarang masa pun kosong. Jelas juga, Brahman yang mencetuskan sastera-sastera. Bukan sebab orang-orang Brahman mahu hidup senang atau selesa. Sebaliknya sastera-sastera mengenakan ke atas mereka kehidupan yang sukar dan bersederhana mendisiplinkan pemikiran dan tubuh badan. 

Hari ini pun, Brahman yang bekerja makan gaji di pejabat atau pertubuhan lain mesti cuba untuk hidup menurut sastera-sastera. Mereka mesti bangun jam empat pagi untuk Brahma Muhurta, menjalankan Aupasana, Agnihotra, Brahmayagna, dan lain-lain menurut adat-adat yang lampau. Mereka akan menjalankan puja dan madhyanika semasa waktu sangawa sekitar jam 8:24-10:48 pagi. Madhyanika bermaksud waktu korban tengah hari tetapi kemudahan diberikan kepada mereka yang makan gaji untuk beramal waktu sangawakala. Waktu petang, banyak juga upacara yang dijalankan dengan melalui jalan sastera-sastera. Waktu cuti, orang Brahman mesti menjalankan semua upacara yang dimestikan ke atas dirinya.

Yang bekerja pada kitaran pagi dan terpaksa berkejar ke pejabat mesti menjalankan upacara sebaik mungkin. Waktu petang, boleh diperpanjang Gayatrijapa bagi menggantikan masa pagi yang tak diisi dengan korban-korban dan upacara. Kalau ada kitaran kerja pagi dalam seminggu, tak ada pula kah kitaran untuk tengah hari atau malam pada minggu berikutnya sekiranya jadual kerja sentiasa berubah? Penyesuaian boleh dibuat untuk menyesuaikannya dengan waktu puja.

Orang Brahman mesti rasa bersalah jika gagal menjalankan semua upacara ini kerana ia merupakan jati mereka. Mereka mesti menumpukan masa bersara mereka untuk menjalankan dharmma berbanding dengan berasa sedih kerana tak keluar bekerja. Jarang sekali kita jumpa orang Brahman yang belajar weda seluruhnya lepas bersara dan hidup berdasarkan saranan sastera. 

Upacara-upacara dharmma kita merupakan upacara-upacara yang lampau. Ia mesti dijalankan supaya tak hilang dari amalan harian jati Brahmana. Ia bukan sahaja untuk diri kita tapi sebenarnya untuk menjaga keseimbangan alam dan kebajikan semua makhluk.

Selasa, 13 Disember 2011

Hindu Bali: Hari Kuningan

 

Hari Kuningan menurut perkiraan piama Bali disebut sebagai Saniscara Keliwon Wuku Kuningan merupakan hari kebesaran penganut Hindu Dharmma Bali. Upacara diadakan setiap 210 hari merupakan perayaan yang dirangkaikan sekali dengan Hari Galungan yang dirayakan 10 hari sebelumnya.

Menurut kepercayaan penduduk Pulau Bali, hari Kuningan menjadi hari menyemah kepada nenek moyang sebelum mereka berlepas pulang semula ke alam kahiyangan selepas turun dari keinderaan melawat bumi. Selepas perayaan Galungan yang merayakan kemenangan ke atas ripuh (jiwa kotor), penganut Hindu dharma akan bersiap siaga dengan jiwa suci demi menegakkan dharmma dalam kehidupan mereka selepas itu.  

Menyentuh hubungan dengan leluhur, penganut Hindu dharmma mempercayai bahawa mereka terhutang budi kepada nenek moyang. Munculnya pernyataan yang selalu dilihat dalam upacara penyucian atman orang yang sudah meninggal supaya boleh bersatu dengan Parameswara. Penganut Hindu Dharmma percaya bahawa atman yang sebelumnya bersemayam dalan tubuh manusia perlu disucikan dahulu sebelum bersatu dengan Parameswara. Perayaan Kuningan merupakan lambang penghormatan kepada pitar (nenek moyang) yang meliputi seluruh kehidupan. Ia menunjukkan kerinduan manusia terhadap nenek moyang di keinderaan.

Persoalan keagamaan bukan hanya persoalan berbentuk keagamaan tetapi juga dalam bentuk upacara menghubungkan manusia dengan dewa-dewi dan Sang Hyang Widhi. Sang Hyang Widhi (Siva) juga mempunyai bahagian kemanusiaan yang bersentuhan dengan persoalan di benak manusia dan persoalan bumi. Makanya penganut Hindu dharmma tidak berhenti dalam memberi erti kepada setiap upacara yang terlaksana. Mereka memerlukan penyuburan, pengenalan semula, serta daya cipta bagi menggali semula bahagian-bahagian erti upacara supaya dapat menjawab persoalan penganut Hindu dharmma dengan lebih teliti. 

Begitu juga dengan upacara pemujaan nenek moyang di Hari Kuningan ini. Ia lebih diertikan dalam bentuk persoalan bumi iaitu persoalan masa kini yang dihadapi dalam hidup seharian. Contohnya dengan melihat kepada kebenaran warisan nenek moyang yang semakin terhakis contohnya budaya, tanah, atay goyahnya pegangan budi yang luhur masyarakat Hindu yang cenderung dengan sikap membenarkan keburukan. 

Ia juga terlihat pada persoalan bumi seperti ini yang memerlukan perhatian semua di masa depan. Alasannya terbahagi dua pula:

1. Bersifat masa kini dan hakikat yang memerlukan tindakan segera.
2. Pengertian yagna dalam erti kata yang ia diabaikan oleh penganut Hindu. Penganut Hindu lebih memberi penekanan terhadap yagna upacara berbanding dengan pengertian yagna yang lebih cenderung kepada manusia masih perlu untuk dibangunkan jiwanya dalam keagamaan.

Dalam erti kata penghormatan kepada nenek moyang, ada perlunya ia membangkitkan kesedaran untuk menjaga negeri Bali agar tidak hilang dari genggaman penganut Hindu serta berubah peruntukannya tanpa memerhatikan nilai-nilai kesatuan hubungan dengan Parameswara, jagat raya, dan manusia. Kesedaran begini penting kerana terganggunya keseimbangan jagat ini akan membawa kesan bukan sahaja kepada negeri Pulau Bali tetapi juga membawa rasa bersalah terhadap nenek moyang yang mewariskan negeri Bali serta upacara keagamaan untuk anak cucu bagi menjaga keterusan sekeliling dan menjaga persekitaran dari dimusnahkan kehendak serakah manusia.

Demikian juga, penghormatan kepada nenek moyang boleh menjaga warisan keluhuran budi kehinduan secara teguh. Ia penting di tengah kecenderungan pergaulan antara agama yang semakin terbuka, hubungan antara kaum, dan kebudayaan dengan era globalisasi. Keterbukaan ini berkemungkinan menumbuhkan pembauran dan sikap melampau. Percampuran kebudayaan yang tidak mampu ditangani dengan cerdas akan menjadikan penganut Hindu sebagai orang yang menerima sahaja dan tidak berjalan benaknya. Sikap melampau pula boleh berubah menjadi kekeringan dalam masyarakat terlalu menjaga warisan budaya. Sedangkan warisan budaya itu perlu tidak semestinya semua perlu dijaga dengan ketat atau dipertahankan sampai jadi sempit. Banyak perkara perlu dijaga dan dipelihara seperti juga banyak perkara perlu direlakan agar terhapus secara tegas.  

Perayaan Kuningan menjadi pemangkin kepada terbangunnya kesedaran dan rasa hormat terhadap nenek moyang penganut Hindu. Tidak kira apa jatinya, sebagai Brahmana, Kesatria, Waisya, atau Sudra. Semuanya perlu cerdas dengan sikap widhya dalam mengertikan yagna. Penganut Hindu perlu memberi keseimbangan melalui yagna berupa tindakan terhadap warisan nenek moyang. Tindakan seperti menghalang ketamakan memperguna warisan nenek moyang baik dalam bentuk alam sekitar Pulau Bali yang dipayungi dengan nila-nilai kehinduan atau pun kebudayaannya hanya kerana mengejar kekayaan wang. Sikap awidhya akan membawa bencana dan membuat penganut Hindu bersalah terhadap nenek moyang walaupun upacara bergelar Kuningan datang dan pergi.  

- Adaptasi ke bahasa Melayu dari rencana penulis Bali bagi tujuan pendidikan, Ketut Adi

English Version 

Kuningan Day according to the Balinese almanac is known as the Saniscara Keliwon Wuku Kuningan. It is a festival for the Hindus of Bali Island in Indonesia celebrated every 210 days together with the Galungan Day which was celebrated 10 days prior to Kuningan. Kuningan means yellow because the Hindus also use yellow parasols to say farewell to ancestors.

According to Balinese Hindus, Kuningan Day is a day where they perform worship and respecting their ancestor spirits before they depart from the earth to the heavens. Their ancestors descended to the earth to visit human society during Galungan Day. Galungan Day marks the virtue is winning over the evil and the Hindus are ready to face their future with pure heart and soul.  

Regarding the relationship between the people and ancestors, the Hindus believe that they are owing to their ancestors. This could be symbolized in the rituals to cleanse the soul of the death to enable the death to achieve union with the Supreme Lord. Kuningan Day signifies the respect of Balinese Hindus toward deified ancestors and it refers to their whole life. It also shows that they miss their ancestors who reside in the lands of the gods.  

Questions and answers for the Hindus regarding religion is not only about the question in the form of theology but also in the form of rituals that connects human, deities, and the Sang Hiyang Widhi or Lord Shiva. Lord Shiva also has the human dimension which touches the problems of human-being and and earth. According to the Hindus, rituals and the meaning of the rituals come together and could not be separated. They need revitalization, re-orientation, and creativity to understand the meanings of rituals and its dimensions as it is also discreetly answering the questions of the Hindus themselves.

The same thing goes to ancestral worship rituals in Kuningan Day. It is more associated with the problems of earth and problems of the future faced by the people in daily life. For example, looking at the fact of the ancestral heritage of ancestors is fading day by day. The ancestral heritage includes culture, lands, or the lost of Hindus noble morality traits with permissive character. In the question of the earth which relates to the future, there are two reasons:  

1. More to contemporary and facts which needs immediate action.
2. The signification of yagna in the term that it has been neglected by the Hindus. Hindus are fond to emphasize the ritual of yagna as compared to the meaning lies behind yagna rites which tends to develop human soul in dharmma spirit.

In term of respecting ancestors, there is a necessity to develop realization to protect Balinese lands in Bali Island in Hinduism framework as to make sure that the relationship between Parameswara, the nature, and human harmoniously co-existing. The effect of disturbing the co-existence will not only bring bad impacts to Bali Island but also bringing shame and the feeling of guilty toward ancestors who inherited the lands and the dharmma to the heirs who are responsible to protect the nature from human lust to damage it.

The respect toward ancestors could also protect the inheritance of ancestors in term of Hindu noble morality. It is important in the midst of the inter-faith dialogue which is more open today, inter-ethnic, and inter-cultural in the globalization era with all the access to these. This openness could also result the syncretism of culture, religion and fanaticism. Syncretism will happen if the Hindus could not critically think and only accept whatever is given which makes them easily influenced. Fanaticism on the other hand could become the drought in society as the result of being too protective and defensive in term of culture and tradition. While the culture and tradition could not only being tightly protected or defended until it becomes a narrow culture. Many things that need to be monitored and there are also many things which should voluntarily being erased.

Kuningan Day becomes a quicksilver for a developed respect toward ancestors of the Hindus in Bali Island. No matter what jati a Hindu is, whether as a Brahmin, Keshatria, Vaisya or Sudra. Everybody must has the criticism with the vidhya attitude in interpreting the yagna. Hindus need balance through yagna with the acts toward the heritage of their ancestors. Example for the act is such protecting the lands and mother nature of Bali Island which is for long being molded up within Hinduism values or its cultural traits from being exploited by irresponsible and greedy individuals who are seeking for materialism. The avidhya attitude will cause disaster to the lands and brings the sense of guilty toward ancestors for the Hindus though the Kuningan Day comes and passes.         


- adapted from article written by Balinese writer, Ketut Adi for education purpose