Oleh Sri Chandrasekharendra Saraswati Mahaswami Ji
"Bagaimanakah seorang Brahman itu boleh menjalankan banyak samskara sekaligus pada hari-hari ini?" Soalan ini mungkin suatu soalan yang semulajadi. Kemudian kita akan dengar soalan seperti: "Apa gunanya kita bercakap tentang perkara-perkara yang dah ketinggalan zaman itu?"
Bagi
saya, ada dua senarai yang dapat saya catitkan untuk menjawab dua
persoalan yang diajukan itu. Yang pertamanya, saya bahagikan samskara
yang mudah-mudah dengan samskara yang tak begitu mudah diamalkan. Apa
akan jadi kemudiannya? Anda sendiri akan tambahkan perkara dalam
bahagian senarai samskara yang mudah-mudah itu pindah masuk ke senarai
yang sukar-sukar jadi saya risau yang tak ada apa pun yang tinggal untuk
diamalkan. Jadi selepas sahaja anda berpencen dari kerja lokiya, anda
sekurang-kurangnya menjalankan adat-istiadat keagamaan yang dikenakan
menurut dharma Brahmana anda ke atas diri anda. Anda tak sepatutnya
meminta diperpanjang lagi perkhidmatan anda dengan majikan anda sekarang
atau mencari kerja lain selepas tempoh yang ditetapkan.
Baiklah,
sekarang mari lah saya terangkan lanjut sedikit mengenai kehidupan
harian bagi Brahman yang beragama menurut sastera-sastera. Sebenarnya ia
merupakan satu kehidupan harian yang sukar dan bukannya
bersenang-lenang. Seorang Brahman itu mesti bangun lima nadika atau dua jam sebelum terbitnya mentari. Yang ini kita panggilnya sebagai pancha utskale. Pancha maksudnya lima, dan pancha utskale bermaksud nadika ke-25.
Dari bersinarnya mentari ke terbitnya mentari dikira nadika ke-30.
Seorang Brahmin mesti bangun pada nadika ke-25 dari masa itu dan berjaga
sehingga terbitnya matahari di ufuk timur. Ia dipanggil sebagai Brahmamuhurtha.
Lepas bangun dari tidur, Brahmana itu perlu membersihkan giginya, mandi dalam air sejuk dan menjalankan Sandhiyawandana dan Japah. Kemudian, dia perlu menjalankan upacara Aupasana dan Agnihotra. Upacara-upacara ini merupakan ranting-ranting kepada Dewayagna atau pengorbanan kepada para dewata.
Selepas itu, dia perlu menjalankan Brahmayagna. Apa dia itu Brahmayagna? Ia merupakan amalan harian melibatkan pembelajaran dan pembacaan Weda. Sebahagian dari upacara istiadat ini, ada juga tarpana
atau penyemahan anggur dipersembah. Bagi yang menurut sesetengah sutra
yang terkemudian, kalau hari siang dibahagikan kepada lapan bahagian,
seperlapan daripadanya sudah terisi.
Bahagian kedua dari hari siangnya, Brahman harus lah mengajarkan pelajar-pelajarnya dengan Weda. Ia disebut sebagai Adhiyapana.
Lepas itu, dia mesti mengutip bungaan untuk menjalankan pemujaan
persendirian. Seorang Brahman itu tidak boleh mempunyai gaji dalam
bentuk wang. Jika Brahman itu tiada menerima kurniaan tanah maka dia
harus lah meminta dhana untuk bekalan makanannya dan juga untuk
bahan-bahan menjalankan upacara korban.
Seorang
Brahman itu berhak untuk meminta dhana, tapi ia merupakan hak yang
terbatas kerana ia bermaksud bahawa Brahman itu cuma boleh meminta
benda-benda yang diperlukan sahaja dan perkara-perkara tersebut cuma
terhad kepada upacara korban harian. Sebahagian yang munasabah yang
diterima oleh Brahman itu sebagai kurniaan mestilah dibayarkan sebagai daksina pula kepada sami-sami yang menjalankan korban untuk orang Brahman.
Dari enam pekerjaan orang Brahman, satu daripadanya adalah Pratigraha
iaitu menerima kurnia. Lain dari itu adalah dhana dan menyumbang kepada
orang lain pula. Selalu juga ditanya kenapa orang Brahman sahaja yang
berhak menerima kurnia. Jawapannya, orang Brahman mempunyai kewajipan
untuk memberi kurnia itu kepada orang lain pula selepas diterimanya.
Orang Brahman menerima kurnia tersebut untuk tujuan kebajikan yang
dimestikan ke atasnya menurut agama. Antara sumbangan yang dimestikan
atas orang Brahman menjalankannya adalah Athithya dan Bhutayagna.
Bahagian ketiga dari hari pula diisi oleh Brahman dengan mandi dan menjalankan Madhyahnika. Kemudian menjalankan Pitartarpana iaitu menjamu air anggur kepada arwah nenek moyang. Upacara ini diikuti pula oleh homa dan puja. Dalam upacara pemujaan selepas homa, Brahman mesti menujukan semua bahan-bahan yang mempunyai Panchagnanendriya atau lima unsur api kepada para dewata.
Sekarang
ni sudah masuk tengah hari lah. Sudah masuk bahagian keempat bagi hari
itu. Brahman mesti sudah sempurna selesai semua adat-istiadat untuk para
dewata, weda-weda dan juga kepada nenek-moyang.
Daripada Panchamahayagna atau lima korban terbesar, dua daripadanya adalah manushayagna (menghormati dan memberi makan tetamu) dan bhutayagna yang mempunyai bali bagi makhluk-makhluk pertiwi dan memberi makan waiswadewa (orang miskin).
Nasik yang disembahkan kepada api korban dan juga sebagai bali (yang tak diletakkan dalam api). Dalam bali, makanan dibahagikan kepada beberapa bahagian dalam rumah untuk bacaan montram. Bahagian-bahagian makanan tersebut adalah untuk orang luar kasta, peminta, anjing, burung, dan lain-lain. Dalam manushayagna, para tetamu akan dihiburkan dan ia disebut sebagai athithya.
Brahman
makan hanya selepas selesai semua adat-istiadat ini. Sehingga itu, dia
tak boleh makan apa-apa melainkan cuma minum sedikit susu atau mentega.
Dia tidak boleh minum kopi atau makanan ringan mengalas perut. Jika dia
ada korban untuk dijalankan, seperti paka, hawir, atau soma, maka masa makannya akan dilewatkan lagi. Jika ada Sraddha untuk dijalankan, maka dia pun akan makan lewat juga. Upacara Sraddha mesti diteruskan hanya dalam Aparahna.
Waktu
siang, sebagaimana yang disebut terbahagi kepada lapan bahagian. Tapi
ia boleh dibahagikan lagi kepada lima, setiap satunya dengan enam
nadika. Jika matahari terbit pada jam enam, maka nadika adalah dari jam
enam sampai jam lapan. Nadika 24 adalah pagi atau Pratahkala dan jam lapan. Nadika 24 sampai 10. Nadika 48 masuk ke Sangawakala dan 10. Nadika 48 sampai satu. Nadika 12 dikira Madhyahnika dari satu. Nadika 12 sampai tiga. Nadika 36 dikira masa untuk Aparahna dan dari tiga. Nadika 36 sampai enam (waktu tenggelam mentari) dipanggil Sayamkala. Waktu nak dekat ke terbenam matahari disebut sebagai Pradosa. Dosa ertinya malam dan imbuhan pra maksudnya sebelum.
Masa
untuk sraddha adalah aparahna. Upacara ini bertujuan untuk korban
kepada dewata dijalankan hanya selepas penyempurnaan sraddha. Lepas
makan, Brahman akan membaca Purana. Lepas itu tugasnya adalah
mengajarkan ahli dari jati lain kemahiran-kemahiran warisan mereka,
kesenian dan kemahiran mengenai kehidupan. Brahman sebenarnya tiada
sesaat pun untuk rehat atau bersenang-lenang. Lepas habis semua ini,
Brahman akan mandi petang, menjalankan sandhyawandana, korban dan japa.
Waiswadewa dijalankan waktu malan sebelum Brahman makan malam dan
berehat tidur. Dalam hampir setiap malam, Brahman cuna makan makanan
ringan seperti buahan, susu, dan lain-lain. Pada ekadashi atau hari
kesebelas, Brahman mesti berpuasa seluruh hari itu.
Tiada sebarang masa pun kosong.
Jelas juga, Brahman yang mencetuskan sastera-sastera. Bukan sebab
orang-orang Brahman mahu hidup senang atau selesa. Sebaliknya
sastera-sastera mengenakan ke atas mereka kehidupan yang sukar dan
bersederhana mendisiplinkan pemikiran dan tubuh badan.
Hari
ini pun, Brahman yang bekerja makan gaji di pejabat atau pertubuhan
lain mesti cuba untuk hidup menurut sastera-sastera. Mereka mesti bangun
jam empat pagi untuk Brahma Muhurta, menjalankan Aupasana, Agnihotra,
Brahmayagna, dan lain-lain menurut adat-adat yang lampau. Mereka akan menjalankan puja dan madhyanika semasa waktu sangawa sekitar jam 8:24-10:48 pagi.
Madhyanika bermaksud waktu korban tengah hari tetapi kemudahan
diberikan kepada mereka yang makan gaji untuk beramal waktu sangawakala.
Waktu petang, banyak juga upacara yang dijalankan dengan melalui jalan
sastera-sastera. Waktu cuti, orang Brahman mesti menjalankan semua
upacara yang dimestikan ke atas dirinya.
Yang bekerja pada kitaran pagi dan
terpaksa berkejar ke pejabat mesti menjalankan upacara sebaik mungkin.
Waktu petang, boleh diperpanjang Gayatrijapa bagi menggantikan masa pagi
yang tak diisi dengan korban-korban dan upacara. Kalau ada kitaran
kerja pagi dalam seminggu, tak ada pula kah kitaran untuk tengah hari
atau malam pada minggu berikutnya sekiranya jadual kerja sentiasa
berubah? Penyesuaian boleh dibuat untuk menyesuaikannya dengan waktu puja.
Orang Brahman mesti rasa bersalah
jika gagal menjalankan semua upacara ini kerana ia merupakan jati
mereka. Mereka mesti menumpukan masa bersara mereka untuk menjalankan
dharmma berbanding dengan berasa sedih kerana tak keluar bekerja. Jarang
sekali kita jumpa orang Brahman yang belajar weda seluruhnya lepas
bersara dan hidup berdasarkan saranan sastera.
Upacara-upacara dharmma kita
merupakan upacara-upacara yang lampau. Ia mesti dijalankan supaya tak
hilang dari amalan harian jati Brahmana. Ia bukan sahaja untuk diri kita
tapi sebenarnya untuk menjaga keseimbangan alam dan kebajikan semua
makhluk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan