Kebenaran tentang Samsara

Jika kita tidak jelas dengan konsep Atman dan hukum karma, maka penjelmaan semula jiwa sebagai satu kepercayaan mengenai kelahiran jiwa berulang-ulang dalam agama Hindu itu pasti kedengaran meragukan. Kerana, kenyataan yang terpampang di mata kasar kita ini cuma kelihatan manusia itu lahir dan mati sekali sahaja dalam hidupnya.

Selepas kita memperhalusi konsep Atman dan hukum karma, barulah kita jelas bahawa penjelmaan semula jiwa ini sebenarnya merupakan proses penjelmaan semula roh dengan melalui Triloka iaitu; Bhur, Bhuvah, dan Svah. Proses ini boleh dibuktikan sendiri menerusi paparan upacara dalam kehidupan harian umat Hindu di seluruh dunia. 

Pembuktiannya adalah seperti berikut:

Upacara

Di samping kepercayaan terhadap Pañchaśraddha sebagai Tattva atau falsafah agama, terdapat juga upacara keagamaan. Upacara-upacara seperti Pañchayajña memberi cerminan bahawa roh-roh atau jiwa-jiwa itu berubah-ubah sarungnya. Upacara tersebut adalah:
  • Deva yajña, pemujaan untuk Sang Hyang Viddhi Vasa menerusi malaikat-malaikat.
  • Pitru yajña, pemujaan untuk nenek moyang.
  • i yajña, pemujaan untuk pendita, guru dan resi.
  • Bhūta yajña, pemujaan untuk sekelian makhluk seperti jin, haiwan, dan tumbuhan.
  • Manua yajña, pemujaan demi kehidupan manusia yang tenteram.
Pitru yajña merupakan pengorbanan suci untuk leluhur kita. Maksudnya, kita percaya roh leluhur kita itu sedang berada di alam halus atau loka lain sebelum mereka dijelmakan semula ke loka manusia atau loka berjisim dengan tubuh lain.

Dhana Puya

Perlaksanaan ajaran-ajaran diperbuat seperti simpanan pahala amalan untuk masa depan. Kita percaya bahawa perbuatan ini memberi kebahagiaan setelah meninggal dunia. Putus nyawa bukan bererti bahawa Atman kita itu pun terhapus. Ertinya, wujud kehidupan lain setelah mati di loka atau alam lain. Setelah berpindah ke loka lain, simpanan pahala amalan selama hidup di dunia itu boleh dinikmati.

Dalam mengharungi kehidupan ini, umat Hindu berusaha untuk menjalani kehidupan dengan menegakkan dharma, sebab dengan hidup selalu berlandaskan dharma itu akan mengurangi dosa-dosa yang pernah dibuat sebelum kehidupan saat ini. Dengan selalu berbuat baik kepada sesama makhluk, diharapkan kehidupan di masa depan akan lebih baik lagi.

Samsāra

Manusia pada umumnya, selalu takut dengan datangnya kematian. Manusia dengan segala cara, selalu menjaga kesihatannya dengan harapan bahawa proses kematian itu jangan terlalu cepat sehingga dapat lama menikmati kehidupan ini. Rasa takut manusia menghadapi kematian ini, adalah suatu petanda bahawa sudah banyak penderitaan yang lain pada saat matinya jiwa tersebut dalam kehidupan yang lampau.

Bayi yang baru lahir biasanya setelah beberapa hari tanpa diajari pun sudah mengerti untuk menetek susu ibunya. Keadaan si bayi yang sejak baru lahir lagi sudah menetek susu ibunya itu, menandakan wujudnya suatu pengalaman yang pernah dialami pada kehidupannya yang lampau.

Kenyataannya bahwa lahir sebagai manusia berbagai kegemaran yang disebut hobi dan sampai ketika ini tidak dapat diteliti sebab-sebab dari kegemaran tersebut dalam kelahiran sekarang ini. Maka, hal ini menunjukkan tentang adanya pengalaman-pengalaman dalam kehidupannya yang sudah lalu yang tidak dapat diingati olehnya lagi sebagai puncanya.

Bayi yang baru lahir menangis, ini menandakan bahawa bayi tersebut sudah tahu bahawa hidup sebagai manusia ini banyak penderitaannya akibat dari dosa-dosanya. Hal ini menunjukan tentang adanya pengalaman dalam kehidupannya yang terdahulu sebelum lahirnya sebagai manusia.

Pada kali yuga ini orang ramai berlumba-lumba untuk mengumpulkan harta dengan menggunakan segala mak nenek cara, yang kadang-kadang tidak disedari oleh mereka sendiri bahawa mereka sudah jauh menyimpang dari landasan susila kehidupan ini. 

Norma-norma, kaedah-kaedah berlandaskan agama dilupakan. Mereka sudah larut dengan kenikmatan yang sifatnya sementara tanpa memikirkan akibat yang akan timbul pada kehidupan berikutnya. Bagaimana boleh kita memberi jangkaan untuk situasi yang tidak menentu pada akhir-akhir ini? Hal yang mana umat Hindu menghadapi beberapa masalah yang cukup rumit? 

Mungkin yang terbaik sekali boleh dilakukan oleh umat Hindu sesuai dengan ajaran Veda suci adalah dengan melakukan Mona Bhrata, iaitu salah satu Bhrata yang terdapat dalam Dasa Niyama Bhrata. Mona iaitu suatu sifat pengendalian kata-kata, dan tidak berkata-kata pada waktu tertentu, perkataan harus dikendalikan sebab perkataan sangat besar ertinya dalam kehidupan. Bahagia (suka) atau sengsara (duka) kehidupan itu tergantung pada perkataan seperti yang dinyatakan dalam Nītiśastra berikut:

Vasita nimittanta, maněmu lakmi
Vasita nimittanta, pati kapangguh
Vasita nimittanta, maněmu dukha
Vasita nimittanta, maněmu mitra.

Pengertiannya:

Oleh tutur kata, engkau menemui keuntungan
Oleh tutur kata, engkau menerima kecelakaan
Oleh tutur kata, engkau menemui kedukaan
Oleh tutur kata, engkau menemui rakan taulan.

Kesimpulan

Mona Brata adalah penentuan sikap tidak berbicara beberapa waktu. Terpekur tanpa berbicara, Vayu, Sabda dan Idep dihubungkan ke hadapan Sang Hyang Vidhi Vasa, kita dengan tekun dan penumpuan mendekati Sang Hyang Maha Kuasa agar selalu diberikan perlindungan dan keselamatan. 

Semua kejadian-kejadian yang kita alami ketika ini adalah akibat suatu proses yang terkumpul. Sesuatu peristiwa itu, tidak akan terjadi apabila tidak ada yang menyebabkan terjadinya peristiwa tersebut. 

Kesulitan yang kita hadapi pada masa ini, adalah hasil dari karma kita di masa yang lalu atau karma kita sekarang yang kita petik ketika ini juga.