Pokok-Pokok Kepercayaan

Pañcaraddha

Pokok-pokok kepercayaan agama Hindu disebut secara umumnya sebagai "lima rukun kepercayaan". Ringkasnya seperti berikut:
  • Kepercayaan terhadap Brahman, Sang Hyang Viddhi Vasa.
  • Kepercayaan terhadap Atman, jiwa dalaman setiap makhluk.
  • Kepercayaan terhadap hukum Karmaphala, iaitu amalan membuahkan hasil.
  • Kepercayaan terhadap Punarbhava dan Samsara.
  • Kepercayaan terhadap Moka, pembebasan jiwa. 
Penjelasan

A. Kepercayaan terhadap Brahman, Sang Hyang Viddhi Vasa

Yang Maha Kuasa itu tidak mampu dijangkau dek akal fikiran dan imaginasi manusia. Dia Yang Maha Ghaib itu diseru dengan pelbagai nama yang sesuai dengan jangkauan fikiran, namun Dia itu Esa, Satu dan Tunggal ada-Nya:
Ekameva advityam Brahma. Eko Narayanad na dityo'sti kascit. Bhinneka Tunggal ika, tan hana Dharma mangrva.

Pengertian:

Pencipta itu Esa saja tiada dua. Pemberi Petunjuk itu Esa, tiada dua sama sekali. Berbeza-beza tetapi Satu, tiada Kebenaran yang dua.

Disebabkan Tuhan itu tidak terjangkau oleh pemikiran manusia, mereka pun membayangkan bermacam-macam rupa sesuai dengan tahap akalnya. Tuhan itu Maha Esa, diseru dengan Nama yang sesuai dengan peranan-Nya sebagai Tuhan.

Dia diseru sebagai Brahma, Yang Maha Mencipta. Viu, Yang Maha Memelihara. Serta Śiva, Yang Maha Bertuah. Banyak lagi pergelaran-Nya namun disimpulkan oleh orang-orang alim dengan Tiga Peranan tersebut. Dia Maha Mengetahui, tiada sesuatu pun yang tersembunyi dari penglihatan-Nya. Manusia menyembah dan memuja-Nya dengan bermacam-macam cara, berbeza-beza mengikut tahap kemajuan akal mereka dan berbeza cara mengikut rantau serta benua.

Kepada-Nyalah manusia berserah diri, mohon perlindungan dan petunjuk-Nya agar dia menunjukkan jalan terang dalam mengharungi kehidupan ini.
B. Kepercayaan terhadap Atman

Atman merupakan percikan kecil dari Sang Hyang Viddhi (Brahman). Yang wujud dalam tubuh manusia itu adalah Jivatman yang merupakan punca manusia itu hidup. 

Atman dengan tubuh adalah laksana pemandu dengan kereta. Pemandu adalah Atman yang mengemudi dan kereta adalah tubuh. Demikianlah, Atman itu menghidupank sarvaprani (makhluk) di alam semesta ini.
"Angusthamatra purua'ntaratman sada janāa hdaya samnivish'ta hada mnisi manasbhikīrto yaetad, viduramtaste bhavanti". 
Pengertian:

Dia adalah jiwa yang paling sempurna (purua), Dia adalah yang paling halus, yang menguasai pengetahuan, yang tersembunyi dalam hati dan fikiran, maka mereka yang mengetahuinya menjadi abadi.

C. Kepercayaan terhadap hukum Karmaphala

Veda menyebut bahawa:
"Karmaphala ngaran ika palaning gave hala ayu."
Pengertian:

Karmaphala itu adalah buah akibat dari baik dan buruk sesuatu perbuatan.

Karmaphala tergolong kepada tiga macam, sesuai dengan ketika dan kesempatan dalam penuaian hasilnya iaitu:
  • Sañcita, iaitu hasil perbuatan dari kehidupan lampau yang bersisa lalu menjadi benih yang menentukan kehidupan kita kini.
  • Prarabda, hasil perbuatan pada kehidupan kini tanpa bersisa kerana habis dituai.
  • Kriyamana, hasil perbuatan yang tidak sempat dinikmati pada ketika itu, lalu dibawa ke kehidupan akan datang untuk dinikmati.
D. Kepercayaan terhadap Punarbhava dan Samsara 

Punarbhava bererti penjelmaan semula jiwa yang berulang-ulang. Disebut juga sebagai penitisan jiwa atau Samsara. Veda menyatakan bahawa, "Penjelmaan jivatman yang berulang-ulang di dunia ini atau di dunia yang lebih tinggi disebut sebagai samsara. Penjelmaan jiwa yang berulang-ulang ini membawa akibat suka dan duka. Samsara atau Punarbhava ini berlaku disebabkan oleh Jivatman masih dipengaruhi oleh kenikmatan duniawi, melalui kematian dan diikuti oleh kelahiran".

Śrī Bhagavan uvacha:
bahuni me vyatitani
janma tava cha'rjuna
tani aham veda sarvani
na tvam vettha paramtapa

Pengertian:

Krishna bersabda, banya kelahiranku di masa lampau; demikian pula kelahiranmu, wahai Arjuna. Semua hal ini ku ketahui, namun engkau tidak pula mengetahuinya, paramatapa.

E. Kepercayaan terhadap Moka

Tersurat dalam Veda Suci tujuan Dharma itu seperti berikut:
"Mokartham jagadhitaya ca iti dharma".
Maka moka itu merupakan matlamat tertinggi bagi orang Hindu. Moka merujuk kepada pembebasan jiwa dari keterikatan terhadap benda-benda yang bersifat duniawi. Selain itu, ia merujuk kepada terlepasnya atman dari pengaruh maya serta bersatu kembali ke sumbernya, iaitu Dia. Seterusnya, mencapai kebenaran tertinggi, mengalami kesedaran dan kebahagiaan yang kekal abadi, iaitu Sat Cit Ananda.

Rujukan: Tuntunan Dasar Agama Hindu (1994); Anak Agung Gde Oka Netra