Perjalanan punarbhava digambarkan seperti putaran roda yang berputar dari atas ke bawah, kemudian naik ke atas tanpa henti. Putaran penjelmaan semula ini dipengaruhi oleh hukum karma bawaan Atman yang disinari Brahman melalui Triloka:
- Bhur
- Bhuvah
- Svahah
Jadi, menerusi Gayatri Mantra, Triloka ini penting untuk disedari sebagai ruangan berlakunya proses penjelmaan semula.
Om....
Om bhur bhuvah svahah.
Tat savitur varenyam
Bhargo devasya dhimahe
Dhiyo yo nah prachodayat
Pengertian:
Om Sang Hyang Viddhi yang menguasai ketiga-tiga alam. Yang Maha Suci dan Punca bagi segala kehidupan. Punca segala cahaya. Semoga Kau limpahi pada hati nurani kami sinar terang, cahaya-Mu, Yang Maha Murni.
Gayatri mantra merupakan kata-kata suci yang mengungkapkan Brahman Maha Agung sebagai punca sinaran rohani ketika kita bersemadhi.
Bhur
Bhurloka iaitu alam duniawi dan kebendaan. Tubuh kita dan benda-benda berjisim asasnya terbentuk dari lima unsur yang bergelar, Pañca Mahābhūtaṃ. Unsur-unsur tersebut adalah:
- Pṛithvī, tanah atau bumi
- Teja, api.
- Apaḥ, air.
- Vayu, angin.
- Āṃkāśah, angkasa atau ether.
Bhuvah
Bermaksud bhuvaloka atau alam pertengahan. Ia merupakan prama sakti yang cuma boleh menghidupkan tubuh menerusi prajñānaṃ. Kitab suci veda menyebut bahawa Prajñānaṃ Brahman itu, ertinya kesedaran yang kukuh serta menyeluruh untuk selamanya.
Svah
Syurga atau kayangan. Tempat dewa-dewa berada. Perjalanan penjelmaan jiwa itu bermula di sini. Ketika di tahap alam ini, menerima sinaran dari Brahman lalu ia dibungkus dengan Triguṇa sebelum dilahirkan di alam bawah, di Bhuloka sebagai manusia. Pembentukan jisim manusia itu, berlaku dengan gabungan lima unsur atau Pañca Mahābhūtaṃ. Setelah manusia itu menghembuskan nyawa terakhirnya, Atman akan menjelma di Bhuvaloka. Begitulah proses penjelmaan semula jiwa terus-terusan mengikut garis yang merentasi Tribhuvan (Tribuana).