Lelontar ini mempunyai 87 seloka semuanya. Ia diterjemah ke bahasa Jawa Kavi yang mempunyai penjelasan baginda Betara Siva kepada sang Kumara, Muruga-Skandha.
Antara kandungannya itu mengenai "maturu" iaitu dasendrya dan yang tersebut sebagai "matanghi" iaitu vayu dan teja. Mengenai purusha dan prakerti, Sivalingam, bahyalingam dan atmalingam. Kemudian mengenai Saptapadam iaitu:
- Jagrapadam
- Susuptapadam
- Svapnapadam
- Turyapadam
- Turyantapadam
- Kevayapadam
- Paramakevalyapadam
Mengenai teori Trimurti iaitu Brahma, Visnu dan Maheswara yang dijelaskan panjang lebar sebagai tiga tubuh yang terpancar dari Yang Tunggal. Keutamaan Sang Hyang Omkara dalam perkaitannya dengan "kemoksahan" serta peranan hati.
Lontar ini mempunyai bahagian yang tertentu, iaitu bahawa setiap penjelasannya itu didahului oleh seolah-olah teka-teki contohnya, "apakah yang merupakan api dalam? apakah erti matahari terbit malam hari?" dan sebagainya.
Tattvajnana
Kalau dalam lontar Bhuvanakosa, Braghaspati-Tattva, Ganapati-Tattva, Bhuvana Samkasepa, Sang Hyang Mahajnana, terdapat juga lontaran atau sloka bahasa Sankserta, tapi dalam lontar Tattva Jnana tiada pula keadaan itu. Seluruh penjelasannya dalam bahasa Jawa purwa belaka dengan rupa perbualan ditulis pada lontar-lontar terdahulu.
Kandungan dan prinsipnya sama dengan Braghaspati Tattva yang dijelaskan kemudian. Kadang-kala ada perbedaan sabdavali. Contohnya, jika dalam Braghaspati-Tattva Rva bhineda tattva itu terdiri daripada Cetana dengan Acetana maka dalam lontar ini disebut Siva-Tattva dan Maya-Tattva bersama-sama dengan Cetana dan Acetana.
Yang disebut sebagai Sivatma-Tattva dalam Braghaspati-Tattva, maka dalam lontar ini disebut Atmika-Tattva. Demikian juga sabdavali Dura Sarvajana dalam Braghaspati-Tattva maka dalam lontara ini cuma Duratma.
Braghaspati-Tattva
Lontara ini terkenal dalam kalangan peminat sastragama. Kandungannya adalah perbualan Begawan Braghaspati dengan Betara Siva di puncak Kailasa yang disampaikan secara tersusun. Terdapat seloka Sanskerta yang diterjemahkan bersama ke dalam bahasa Jawa.
Tersebut bahawa dua jenis punca yang memancarkan segalanya iaitu:
- Cetana
- Acetana
Kedua-dua punca ini bercirikan suksma (ghaib). Cetana itu adalah unsur kesedaran manakala acetana pula unsur ketidaksedaran.
Cetana pula ada tiga bahagian:
- Paramasivatattva.
- Sadasivatattva.
- Sivatattva.
- Pradhanatattva
- Trigunatattva
- Triantah karana
- Panca budhindriya
- Pancakarmendriya
- Pancatanmatara
- Pancamahabhutam
Lontara ini mempunyai ajaran yogacara juga. Kandungan Braghaspatitattva berdekatan dengan ajaran Samkhya dan Yoga.
Punca bahan: Babad Bali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan