Langkah Mendekati Begawan Kresna
Srimate Srivan Satakopa Sri Vedanta Desika Yatindra Mahadesikaya Namah
Keindahan Thiruppavai merupakan yang menjadi bahagian kepada konsep-konsep falsafah rumit dan menjadi pula panduan yang amali bagi perkara-perkara kebaktian. Tidak seperti sastera agama lain, yang mempunyai tanggapan di tahap pengetahuan rendah (yang mungkin wujud atau tak wujud) pada bahagian penelitian, Thiruppavai mengarahkan kepada kita dalam susunan yang tersusun mengenai bakti makanya ia merupakan panduan kebaktian yang sahih dan berguna.
Pasuram-pasuram awalan dalam Thiruppavai mengandungi beberapa cadangan bagi mereka yang belum masuk ke diksha itu bagi menyediakan diri mereka bagi pencerahan Bhagawata Anubhavam. Semua orang pasti akan bersetuju bahawa sangat penting sekali mengamalkan langkah-langkah persediaan dan permulaan, jadi seseorang itu akan mendapat kerangka yang sesuai dalam pemikiran bagi masuk ke pemujaan. Mula kriyam begini penting terutamanya dalam konteks susahnya hendak mencapai keadaan yang sesuai dek kerana persekitaran yang semakin tercemar dan mempengaruhi otak manusia ke arah kegelapan. Persekitaran hari ini dipenuhi dengan kebendaan dan pemujaan terhadap harta kemewahan, kerohanian menjadi mereput, yang menghalang kita daripada sebarang langkah dan menjadikan sempit pula jalan menuju ke moksha.
Jadi, apabila kita cuba sendiri hendak masuk ke pemujaan dan peribadatan, maka kita terasa bahawa kita ini seperti orang yang terikat, seperti seorang yang cuba berlari dengan kaki diikat dengan pemberat besi. Jadi, sastera Thiruppavai memberikan langkah persediaan bagi membolehkan mereka yang terikat itu menghadapi halangan dan menjadikannya lebih cenderung (gandrung) ke arah jalan kerohanian serta kejiwaan.
Mandi Bersuci
Mula dan utama sekali, Sri Andal menekankan kepentingan snanam membaptiskan diri engkau dulu. Jangan ingat agama Kristian sahaja ada pembaptisan. Orang Brahmana dan masyarakat Arya sudah mengamalkan pembaptisan sejak samaya purva lagi.... Hanya sabdavalinya berlainan dalam bahasa Sanskerta... Tapi tindakannya adalah menyelam ke dalam air atau dituangkan air dari atas ke tubuh bagi masuk ke peribadatan atau pertapaan!

स्नान मूलः क्रिया सर्वे
Sebutan dari smriti ini menekankan bahawa mandi dan berselam dalam air itu adalah permulaan bagi segala tindakan dalam kerohanian. Penyucian ini menyucikan bukan sahaja menyucikan tubuh tetapi juga pemikiran. Semua kita pun merasai kesan-kesan yang kuat hasil dari mandi pada tubuh dan juga pada jiwa. Sri Andal menyatakan juga masa-masa perlu mandi dengan pernyataan नात्काले नीरादि.
Kita mesti mandi sebelum naik matahari, sebaik-baiknya dalam air sejuk! Setengaha orang juga mempunyai tabiat semua kerja-kerja pagi mereka dengan mandi dengan senang hati, jadi rasa kesegaran dan suci itu akan bertahan lama. Setengahnya menangguhkannya sampai ke ketika terakhir, disebabkan oleh rasa malas. Bagi seorang anak bakti, sangatlah penting untuk mandi dan bersedia awal, jadi dia boleh berasa suci pada tubuh dan segar pada minda. Semasa mandi, bacalah mantra-mantra yang sesuai ketika mandi bagi menjadikannya sebagai kerja yang melibatkan juga jiwa. Aghamarshanna suktam patut dibaca semasa bersuci, meminta kepada Sang Hyang Tunggal, datang dalam antaryami Varuna, menghapuskan segala kekotoran pada jiwa dan tubuh dan mengarunia kita dengan tahap-tahap kesucian yang penting untuk masuk dalam pemujaan. Terdapat juga prartthana bagi sungai suci yang memberi karunia kepada kita dengan kewujudan bahan penyuci dalam airnya yang boleh diperguna dalam mandian bersuci, "गंगे च यमुने चैव गोदावरी सरस्वती नर्मदे सिन्धु कवेरि जलेस्मिन् सन्निधिं कुरु". Jika setiap ukuran isipadu air yang kita tuang pada diri kita diikuti dengan nama suci-Nya maka ia pastilah memberikan kesan bukan sahaja membersih kekotoran daki tubuh sebaliknya juga daki-daki karma, yang mendaki pada jiwa kita.
Selepas mandi, patutkah kita memperbaiki rupa kita? Sri Andal melarang penggunaan bahan-bahan hiasan diri dan bahan-bahan berbau seperti maskara (mai yittu yezhudhom), yang akan merangsang deria. Keadaan ini turut terpakai kepada pemakaian bahan kosmetik dari apa jua jenis pun. Yang dibenarkan cumalah memakai Urdhvapundram atau lambang Thiruvadi-Nya pada dahi. Pemakaian Urdhvapundram dengan Sri Churnam di tengah, menambahkan lagi rupa dan sudah mencukupi. Wanita pun patut memakai Sri Churnam di tengah dahi mereka dalam rupa "diparekha". Semua bahan kosmetik untuk suka-suka dipandang tak sesuai, "puram suvar kolam" (thirumalai).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan