Selasa, 11 Februari 2014

Panduan di Pura: Melawat Pura


Melawat Pura

Sri Andal memberikan panduan jelas mengenai perkara yang patut dipersembah serta bagaimana untuk beradab sopan dalam pura. Thuyomai vandhom, pergilah menyucikan tubuh, pikiran, perbuatan dan kata-kata.

Bagaimana mencapai kesucian pemikiran? Bercakap memanglah mudah bukan? Semasa penyucian snanam diperbuat, kita pun niatkan dalam hati bahawa kita mau menyucikan bersih pikiran tak diingini. Hanya dengan tapa tumpuan berterusan kepada-Nya maka kita akan dikaruniai dengan kesucian pikiran. Minda kita ini sebenarnya adalah alat yang dinamik. Ia tak pernah sesaat pun tenang. Minda pasti akan terpikirkan sesuatu. Sedangkan sang Arjuna yang akalnya berada dalam semadhi pun terkocak juga ia, ini kan pula kita semua, "chanchalam hi mana: Kresna!... Vayoriva sudushkaram". 

Dan selalunya juga, akal ini akan cenderung merewang-rewang ke benda yang bukan-bukan dan tidak berguna dan dipenuhi pula dengan teritip pemikiran yang langsung tidak mengangkat jiwa mahupun yang memberi inspirasi. Akal ini seperti kanak-kanak yang degil, berputar sekitar perkara yang tak sepatutnya, dan lagi disuruh menjauhinya, lagi ia mendekati larangan, tidak terkawal lagi ketegar.

Akal benar-benar merupakan makhluk yang menakutkan kerana kebolehannya dalam merosakkan itu bersangatan. Walaupu Sruti menganggap akal itu sebagai Bhismo hi mana. Disebabkan itu, para Yogi cuba mengosongkan akal mereka, menghapuskan segala pemikiran, jadi ia akan berhenti menjadi padang perang yang dipenuhi dengan pemikiran yang bertelingkahan dan menyerupai kolam yang tenang jika dibandingkan dengan lautan berombak berbadai.

Perkara ini sukarlah bagi manusia biasa seperti kita. Kita ini belum mencapai tahap Yogi lagi. Disebabkan sukar hendak menenangkan "kuda" itu, maka kita mestilah menunggangnya ke arah yang betul. Jadi, berbanding dengan mengosongkan pemikiran kita, lebih baik kita isikan dengan pemikiran mengenai-Nya, maka ia akan tersuci sendirinya. Ada cara yang menyeronokkan untuk menyucikan pemkiran, kerana memikirkan mengenai-Nya itu sesuatu yang menyenangkan hati. Maka, ini lah yang diertikan oleh Sri Andal tatkala beliau berbicara mengenai thuyomai vandom dan manatthinai cintikka.

Jadi, apabila kita ke pura, maka sediakanlah diri kita bagi mangalasasanam dengan mengosongkan pemikiran kita daripada segala sampah-sarap terkumpul dan menyemburnya dengan wangian bhagawat guna anubhavam.

Vayinal padi, ujar Sri Andal, menasihati kita tentang bagaimana kita memperguna lidah kita. Sekurang-kurangnya semasa berada di pura. Bacakan hanya nama Nya dengan lidah, dan elakkan berhubungan sosial dengan rakan-rakan atau kenalan semasa di pura. Bacalah Thirunamam atau Nama Tuhan. Bacaan itu serupalah dengan membaca isi-isi Chaturveda. Sebut seorang Azhwar, "Mathavan per cholluvade wotthin curukku". "Pottri yam vandhom pugazhandu". Sebutan ini dicerminkan juga oleh Sri Goda Piratti, yang menekankan kepentingan mengikat ucapan kita dengan bacaan nama-nama suci.

Ciri penting lain selain daripada Nama Tuhan, adalah nyanyian pujaan pada Sri Paduka yang melewati segala loka semasa Trivikramavatara, menyentuh dan menyucikan setiap orang dan segalanya tanpa pengecualian. Kata Sri Andal, "Paraman adi padi", mengulangi buah fikiran bagi langkah terbaik dengan, "wun pottramarai adiye pottrum porul dan andru yivvulagam alandhai adi pottri". Pemujaan beginilah yang boleh dijalankan di pura seperti penjelasan Sri Andal, "thu malar thuvi thozhundu". 

Bungaan murni dan cantik patutlah didapatkan bagi hiasan Thiruvadi-Nya. Bungaan disemahkan patutlah sesuai dengan murti-Nya dan juga hentian-hentian dalam kehidupan kita. Jika kita mampu semahkan kepada-Nya bunga teratai, maka janganlah suka hati sangat dengan bungaan yang murah dan dipetik hanya dari pagar jiran sebelah rumah kita. Bungaan apa sekalipun, semahkan dengan tulus hati kita dan baktinya maka barulah ia menjadi "thumalar".

Tambahan lagi, sumbangan bungaan terbesar sekali yang patut disemahkan kepada-Nya adalah atma guna kita sendiri seperti....
  • Ahimsa
  • Shaucham
  • Indriyanigraham
  • Daya
Kerana semua ini tidaklah memerlukan kita mengeluarkan sepitis pun untuk disemahkan kepada-Nya. Pengertian kata, thuvi menunjukkan bahawa bunga itu bukan sahaja dilemparkan kepada Thiruvadi-Nya, tapi juga dimandikan perlahan-lahan dengan kebaktian, dengan kesedaran yang Paduka-Nya itu bukan tapak kaki biasa-biasa, tetapi yang akan menjadi merah walaupun disentu lembut dengan tapak tangan dari Thirumagal dan Manmagal, yang berusaha melegakannya daripada tekanan melewati tribhuvana semasa Trivikramavatara dan merantau tak berkasut dalam hutan tebal semasa Kresnavataram.
 
Seterusnya, apabila kita melawat pura, jika sloka-sloka yang tersebut dari Tiruppavai tadi melimpah dari pikiran kita, maka ia akan berubah menjadi pengalaman kita dari bentuknya yang tak berupa dan tak kenampakan itu menjadi rupa suci. Maka dengan itu, kita mampulah mendapat sedikit gambaran dan rasa tentang bagaimana baktinya Sri Praghalada, Sri Dhruva, Sri Sabhari, Sri Uddhava, para Azhwar dan Purvacharya kita yang semuanya dikarunia bertuah belaka.        
 
Srimate Sri Laksmi Narasimha divya paduka sevaka Srivan Satakopa Sri Narayana Yatindra Mahadesikaya Nama: Dasan, Sadagopan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan