Dhana Puṇya

Dhana puṇya bermaksud pemberian yang baik, ayu, indah dan menyucikan. Landasan falsafahnya pula adalah Tattvam Asi

Jenis-Jenis 

Perincian dhana puya yang dapat mendatangkan pahala yang besar adalah:
  • Desa, harta benda.
  • Agama, ajaran sastra, agama, dan ilmu pengetahuan.
  • Drevya, benda benda duniawi dan kebendaan.
Sang Hyang Kamayanikan śloka 56-58 pula menjelaskan bahawa, bentuk-bentuk dhana puya ini terdiri daripada:
  • Dana, harta benda.
  • Atidana, anak gadis yang cantik
  • Mahātidana, jiwa raga
Pelaksana Dhana Puṇya

Siapakah yang berkewajiban untuk melaksanakan dana punya? Iaitu:
  • Para raja, mahākatria atau pemerintah.
  • Pemuka-pemuka agama.
  • Penyelenggara yajña.
  • Saudagar, tuan-tuan tanah dan pengusaha perniagaan.
  • Orang yang berkemampuan.
  • Orang yang berpendapatan tetap.
  • Orang yang berpendapatan tinggi.
  • Orang di peringkat hidup grihasta atau berumahtangga.
Penerima-Penerima Dhana Puṇya
  • Guru-guru rohani atau nabe.
  • Dangacarya atau sulinggih.
  • Orang miskin yang melarat.
  • Orang kelainan keupayaan.
  • Orang yang terkena mara bencana.
  • Prahyangan atau tempat-tempat suci.
  • Lembaga-lembaga kemasyarakatan.
  • Hospital.
  • Pasramaan atau pusat pendidikan.
Bentuk-Bentuk Perlaksanaan Dhana Puṇya    

Untuk orang perseorangan, ia dapat dilakukan setiap masa, bila-bila saja terutamanya pada ketika hati dipenuhi oleh rasa bersyukur kepada Tuhan.

Demikian juga untuk sesuatu kelompok manusia, tetapi ada ketika yang paling baik untuk melaksanakan dana punia secara besar-besaran, iaitu ketika:
  • Uttarayana, ketika purnama kedasa orang-orang Hindu dituntut untuk melaksanakan dhana puṇya secara serentak.
  • Ketika purnama dan krnapaka Uttarayana (tilem baik).
  • Svakala.
  • Dakśinayana iaitu ketika surya menuju ke utara dan ke selatan di khatulistiwa.
  • Ketika pañcabhaya.
Ketetapan Jumlah 

Apakah dasarnya untuk menentukan besarnya dhana puṇya? Dalam Sarasamuscaya sloka 261-263 dan Ramayana sarga II sloka 53-34 disebutkan bahwa harta yang diperolehi hasil guna kekayaan hendaklah dibahagikan kepada tiga iaitu untuk kepentingan:
  • Dharma sebanyak 30%.
  • Kama sebanyak 30%.
  • Dana harta atau modal usaha sebanyak 40%.
Batas Masa

Sampai bilakah dhana puṇya itu mesti dilaksanakan? Selama seseorang yang dvija itu berada dalam tahap hidup grihasta maka wajib dia menjalani dana punia.
 
Dalam rangka pembinaan untuk menumbuhkan kesedaran berdana punia dalam kalangan anak-anak maka perlu kegiatan dana punia dilatih sedari awal lagi.
Rujukan-Rujukan Penting

Veda Smti
  • Manavadharmasastra bab ke-4, sloka ke-33 dan ke-226.
  • Sarasamuscaya, sloka ke-175, 176, 192, 198, 217, 178, 207, 211, 182, 183, 184, 222, 181, 202, 205, 206, 216, 187, 188, 191, 193, 194, 212, 213, 223, 261, 262, 263.
  • Slokantara, sloka ke-2, ke-4, dan ke-5.
  • Ramayana, sargah ke-1, sloka ke-5, sargah ke-2 sloka ke-53 dan ke-54.
  • Nitisastra, sargah ke-3 sloka ke-8 dan sargah ke-13 sloka ke-11.
  • Lontar Yajña Praketi.