Penjelmaan Semula Roh

Punarbhava dan Samsara merujuk kepada kelahiran berulang-ulang kali jiwa, disebut juga sebagai penitisan semula jiwa. Dalam kitab suci Veda dijelaskan bahawa:
Penjelmaan jivatman yang berulang-ulang di dunia ini atau di dunia yang lebih tinggi disebut Samsara. Kelahiran yang berulang-ulang ini membawa akibat suka dan duka. Samsara atau Punarbhava ini terjadi oleh karena Jivatman itu masih dipengaruhi oleh kenikmatan, dan seterusnya mengalami kematian diikuti oleh kelahiran”.
Bhagavan Krishna bersabda:

"Bahuni me vyatitani, janmani tava cha'rjuna, tani aham veda sarvani na tvam vettha paramtapa"

Pengertian:

Banyaklah sudah kelahiranku di masa lalu. Demikian jugalah kelahiranmu wahai Arjuna. Semua ini, Ku ketahui tetapi tidak pula engkau mengetahuinya, Paramtapa.

(Bhagavadgita 4.5)

Penjelmaan semula berhubungan rapat dengan Karma kerana kedua-duanya merupakan satu proses yang terjalin. Penjelmaan semula boleh dikatakan sebagai kesimpulan atas semua karma yang terkumpul dalam suatu masa kehidupan. Baik atau buruknya karma yang dikumpulkan seseorang itu boleh menentukan peringkat kehidupannya pada penjelmaan seterusnya.

Dengan kepercayaan mengenai hubungan karma dengan punarbhava, maka penganut seharusnya sedar bahawa kehidupan kini sebagai manusia itu merupakan peluang yang terbaik untuk mendapat kehidupan yang lebih baik pada masa depan menerusi amalan memperbaiki diri sendiri.