Rabu, 8 Ogos 2012

Naduvan: Perantara Kematian

Namoshkar!!!


Credits due to Dr. Burn who's the owner of the video and Ugly Duckling Production

Aku baru mendengar dan menonton video muzik berbahasa Tamil walaupun ia dah lama dilancarkan. Sungguh pun aku tidak reti berbahasa Tamil mahupun memahaminya namun aku berasa terpanggil untuk membuat post mengenai apa yang aku dengar. Walaupun ia hanya sebuah lagu tetapi ia menarik sekali untuk dikongsikan dan dicatat masuk sebagai kenangan.

Naduvan merupakan perkataan bahasa Tamil yang mula dikenali pendengar muzik internet berbahasa Tamil sejak bulan 12 Jun 2012. Lagu ini dilepaskan dalam sebuah landasan album berjudul Pranavam: Album Ketuhanan. Ia merupakan salah satu lagu yang dinyanyikan oleh beberapa orang penyanyi tempatan rakyat Malaysia yang berbahasa Tamil. Ketika dilancarkan, lagu ini menerima banyak maklumbalas yang membina serta dikritik oleh peminat muzik bahasa Tamil. Video untuk lagu ini dihasilkan oleh Dr. Burn dengan kerjasama Ugly Duckling Studios. Boleh ditonton di saluran Youtube. Ia turut mendapat perhatian IndiaGlitz.  

Lagu ini ditulis dan digubah serta dipersembahkan oleh Dr. Burn dengan Michael Rao, Samuel J Dass untuk Sitar dan MC DV bagi gitar. Ia merupakan nyanyian ditujukan kepada dewa Siva yang disembah sebagai Paramatma oleh penganut agama Hindu aliran Saiva. Ia adalah tentang kebergantungan terhadap keduniaan dan apa yang akan menimpa mereka apabila mereka mati. Jelas sekali nampak elemen kegelapan dalam lagu ini kerana ada tema kematian dan penyelamatan. Tak seperti idea gothik di Barat, dalam video ini nampak peranan Pencipta dan Perantara antara kematian dengan kehidupan selepas mati. 

Ia memang mempunyai genre keagamaan tapi tak didatangkan dengan cara berkhutbah jadi ia menarik perhatian orang tak percaya Tuhan jugak. Lirik lagu memang menggunakan bahasa Tamil yang berjiwa baru dan tak sama dengan yang di India sana sebab ia dihasilkan oleh rakyat Malaysia. Ia sebenarnya berbicara mengenai falsafah Siva Siddhanta. Sebutan Dr. Burn dalam bahasa Tamil pun jelas. 

Sinopsis Lagu

Muzik video ini mengisahkan kisah kehidupan seorang budak lelaki yang dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Budak tersebut membesar dengan membenci Tuhan. Dia tenggelam dalam alam kegelapan dalam masyarakat yang busuk seperti samseng dan dadadh. Kemudian dia dipukul oleh sekumpulan samseng. Ketika sedang nazak, dia dilawati oleh seorang berjubah hitam yang mewakili Sang Pencipta. Dia menerima Sang Pencipta sebagai penyelamatnya dan dia dibebaskan dari dendam dengan diberikan anugerah kematian.

Dalam video ini ada beberapa titik yang tinggi seperti babak Dr. Burn ditanam hidup-hidup yang merupakan satu percubaan berani. Ia merupakan suatu hal yang secara teknikal dan fizikal nya mencabar. Pelakon yang memainkan watak jongos dalam video ini ialah Encik Ganeson Manogaran dan watak dewa Siva dimainkan oleh Ravi Shanker dari Pusat Kesenian Asthana. Kedua-dua mereka ini melakonkan watak dengan baik sekali. Rudra Tandavam yang ditarikan oleh Ravi Shanker juga nampak cantik tapi menurut peneliti video setengahnya nampak kurang menyengat. Video diarahkan oleh pengarah JK Wicky, bakat muda yang boleh tahan juga. 

Yang ini cuma diterjemah dari blog peneliti video berjudul Naduvan Fever: Ash Said What? Kerana peneliti video ini seorang kenalan kepada Dr. Burn dan beliau mempunyai idea yang sempoi jugak dengan menghubungi Dr. Burn untuk ditemubual. Ikuti temubual mengenai video Naduvan:

Ash: Apa maksud Naduvan ni dan kenapa ia dipilih sebagai tajuk khusus untuk lagu ni?

Dr. Burn: Sebenarnya perkataan Naduvan bermaksud dewa kematian, Eman atau Kalan (ajal). Yang semaksud itu didapati dari kamus Bahasa Tamil. Dalam masyarakat kini, kerajaan pusat pun disebut juga sebagai naduvan arasangam bermaksud Pemimpin Tertinggi yang boleh menghantar keputusan dan membuat keputusan bagi negara. Jadi makna lain bagi Naduvan adalah juga adalah orang tengah antara kematian dan kehidupan lepas kematian. Jadi saya mentafsirkannya sebagai Sang Pencipta. Kenapa saya pilih istilah ini, sebab ia disebutkan dalam lagu ini dan juga oleh Sitar dipanggil sebagai Kaduveli Sitar. Satu ayat dalam lirik lagu ini diterjemahkan secara longgarnya bermaksud: "Apabila wanita cantik dan keperawanan diragut lelaki lain, saudaranya marah dan mengungut hendak membunuhnya. Apabila dia (wanita) mati dan tiada apa pun tinggal hanya abu sahaja, adakah lelaki yang sama akan menerima abu tersebut?

Boleh secara ringkas terangkan apa itu Saiva dan apa sejarahnya?

Saiva ini merupakan aliran yang diamalkan oleh kebanyakan orang India Selatan terutamanya masyarakat yang berbahasa Tamil. Sejak 5000 tahun lampau, ia sudah dispekulasikan berada di tamadun Mohenjo Daro dan Harappa semasa era tamadun Indus. Jumpaan carigali lambang mempunyai tiga tanduk dipanggil sebagai Pasupati mewakili Munmalanggal iaitu Karma, Maya dan Ego yang selari dengan teori ini. 

Dalam video ini, kami ada menunjukkan tiga orang lelaki berpakaian serba putih yang mewakili tiga benda. Semua tiga benda ini menyeksa jiwa yang terkurung dalam tubuh, walaupun kematian menghampiri. Jadi untuk diselamatkan Sang Pencipta, seorang itu harus melepaskan segala ikatan keduniaan dan mengakhiri kesakitannya. Ini yang kami cuba paparkan dalam video. 

Bagaimana muzik video dihasilkan dan cerita sikit pengalaman anda?

Ia dihasilkan di Pantai Kelanang dekat Banting, Selangor. Tempat ini terkenal dalam kalangan penganut agama Hindu di Malaysia dan mereka akan datang ke sini untuk menebarkan abu mayat. Jadi kami rasa tempat ini sesuai untuk diambil jadi tempat lakonan video. Video dirakamkan dengan empat jenis kamera digital berbeza. Utamanya dengan sekuensi gerakan lembap diambil dengan menggunakan kamera NEX FS 100 yang tak pernah digunakan langsung sebelum ni oleh pengeluaran Tamil lain-lain sebelum ni.

Keterangan Lanjut Perlambangan Video

Disebut dalam kitab-kitab agama bahawa Mahabhuta mempengaruhi kehidupan dan kematian manusia. Ada lima unsur iaitu bumi, air, api angin dan ruangan yang diwakili oleh Mahabhuta. Video ini disunting sepenuhnya dan orang ramai tak sedar kewujudan bhuta-bhuta ini. Tali sitar mengalir bagaikan sungai Ganga dari tangan Samuel J. Dass. Angin bertiup bayu dan taufan bertiup kencang memanggil dewata dilambangkan oleh suara Michael Rao. Bumi mengalahkan dosa yang mengelilinginya manakala Ganeson menelan segala ketidakadilan di sekelilingnya. Ruangan menggerakkan bintang-bintang dan planet diwakili Dr. Burn. Dewa Siva datang dalam gejolak api  menghapuskan adharma. Setiap manusia itu tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Namun, sebaik sahaja dia mencapai kesedaran, maka kejahatan pun akan menjauhinya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan