Maha Swamigal Kanchi: Chandrasekarendra Saraswati (1894-1994)
Aku baru mendapat pos baru dari sahabat orang Brahmin. Makanya aku berkongsi di sini untuk penganut Hindu dharmma dan penganut ajaran Buddha Brahmana di negara-negara Asia Tenggara yang berbahasa Melayu dan wilayah Nusantara (Indonesia) semoga penganut Hindu dharmma dan Buddha dharmma dapat menjalani kehidupan menurut dharmma masing-masing terwujud dengan tidak menganggu perjalanan jagat raya. Kisah ini adalah tentang dosa berat sebelah. Dalam bahasa Tamil dosa disebut sebagai paavam.
Kisah ini ditulis oleh Shri Ramani Anna dalam bahasa Tamil dari Sakti Vikatan isu bertarikh 5 Nov 2006. Tajuk nya ialah Paramcharya Menyebabkan Tuan Tanah Terpegun! Ceritanya begini, pada hari bulan penuh Chitram beberapa tahun yang lalu. Telah diadakan upacara abhishekham secara besar-besaran dengan Mahaanyaasa Rudrajapam di Kuil Shri Mahalingaswami di Thiruvidaimarudur. Orang yang bertanggungjawab dengan 11 orang pinandita veda merupakan seorang tuan tanah dikenali sebagai Narayanaswami Iyyer dari Thiruvarur. Rudrabhishekam bermula pada jam lapan pagi tamat pada jam satu tengah hari.
Tuan tanah Narayanaswami Iyyer sangat memandang tinggi kepada Kanchi Maha Swamigal. Beliau berkeputusan bahawa Prasadham Rudrabhisekam patutlah dihantar kepada Periyavaa. Beliau makanya membalut prasadham (manisan) tersebut dalam daun pisang dan melipatnya dalam kain sutera yang masih baru. Petang itu juga, beliau menaiki kereta api penumpang Mathurai Madras di Stesen Kereta Api Thiruvidaimarudur. Beliau kemudiannya turun di stesen Chingleput awal pagi keesokannya, lalu menaiki bas dan tiba di Kanchipuram.
Ramai lah orang di Matham pada hari itu. Selepas siap mandi dan segala upacara-upacara Brahmana kerana Narayanaswami pun seorang jati Brahmana juga maka dia pun menunggu Periyavaa untuk darshan. Pada kira-kira jam 12 tengah hari, Maha Swamigal tiba dan duduk. Selepas upacara Chandramoliswara puja selesai, ramai orang berpusu-pusu untuk bertemu dengan Swamigal. Tuan tanah pun gagal hendak mendekati Swamigal. Beliau menunjukkan balutan prasadham nya kepada orang ramai dan meminta orang ramai memberi nya jalan. Kata beliau: "Aku ada membawa prasadham Rudrabhisekam Mahalingaswami dari Thiruvidaimarudur untuk tuan Swamigal, tolonglah beri jalan kepada aku untuk serahkan kepada nya".
Orang ramai nampaknya tidak peduli pun kepada Narayanaswami. Seorang pekerja Matham nampak kegelisahan dan rasa sedih di wajah tuan tanah Naranaswamy. Beliau lalu membuat satu laluan antara orang ramai dan membawa encik Iyyer untuk bertemu dengan Periyavaal Swamigal. Apabila melihat sahaja Periyaaval, Narayanaswamy terus bersujud. Maha Swamigal membangunkannya dan mengangkat dagu Narayanaswamy. Beliau mengangkat kening nya kerana berasa pelik kenapa encik Narayanaswami begitu.
Narayanaswamy terketar-ketar tangannya membuka balutan prasadham katanya: "ini prasadham tuan, sila lah jamahnya". Swamigal bertanya: "Prasadham apa pulak ni?" sambil melihat Narayanaswami. Semasa Narayanaswami mengeluarkan prasadham, dia mengeluarkan daun pisang perlahan-lahan, vibhuti, kumkum, serbuk cendana dengan bilva dalam, dua belahan buah nyiur pecah dan sedikit poovan buah pisang.
Maha Swamigal bertanya: "Semua prasadham ini dari kshetra mana?". Narayanaswami menenangkan dirinya lalu berkata dengan rendah diri: "Tuan, aku menjalankan upacara Rudrabhisekam untuk Mahalingaswami di Thiruvidaimarudur kelmarin. Upacara tersebut dijalankan secara besar-besaran dengan Mahanyaasa Rudrajapam. Ini lah prasadham dari upacara kelmarin. Aku berasa tuan akan senang hati menerimanya jadi aku segera ke mari membawanya bersama menaiki kereta api, tuan tolong lah terima nya dan berkati aku".
Swamigal melihat daun pisang tersebut dengan tajam beberapa lamanya lantas berkata: "Narayanaswami! Kamu ini seorang tuan tanah tersebesar. Makanya kamu lepas kamu menjalankan Rudrabhisekam untuk Swami, kamu beratur bersama beberapa orang ini bersama belanja mereka?" Narayanaswami menjawab: "Tidak tuan! Aku menjalankan nya sendiri dari belanja aku sendiri" sambil menekan sedikit pada perkataan aku sendiri. Swamigal tersenyum sambil berkata: "Jadi kamu menjalani nya untuk lokakshema di Madhyaarjuna Kshetram".
Narayanaswami membalas dengan sedikit rasa ragu-ragu: "Tidak tuan! Untuk dua tiga tahun lepas, tidak ada hasil pun di ladang-ladang dalam tanah aku. Setengah ladang itu dah tandus pun. Aku meminta tilikan daripada Muthu Joshar di Thiruvidaimarudur. Beliau menasihati aku supaya menjalankan Rudrabishekam pada malam bulan penuh Chitram untuk Mahalingaswami. Katanya itu akan memberikan aku hasil yang besar. Aku yakin dengan kata-katanya maka aku menjalankan upacara itu, tuan".
Orang alim Swamigak tidak menyentuk langsung prasadham tersebut. Beliau tidak mau menerimanya. Beliau berkata: "Nampaknya kamu bukan menjalankan upacara ini untuk Atmartam mahu pun untuk lokakshemartam". Beliau menutup mata beliau lalu terus bertapa. Selepas 15 minit, beliau membuka mata semula. Nampak cerah semula wajahnya. Beliau memahami beberapa perkara dalam tapa 15 minit itu. Beliau bersuara: "Baik... Berapa ramai Brahmana Veda yang menghadiri Rudrabhisekam kamu?"
Narayanaswami berkata: "Aku mengaturkan 11 orang pendita veda, tuan!"
Swamigal bertanya kepada Narayanaswami: "Tahu kah kamu siapa vedigal itu semua dan tempat mana mereka patut berada? Hanya kamu sahaja kah yang membuat segala persiapan itu semua?"
Orang ramai yang menyaksikan hal itu pun berasa terkejut dengan pertanyaan teliti orang alim Swamigal. Mereka tahu juga yang orang alim tidak akan membuat suatu perkara itu tanpa sebarang sebab. Narayanaswami terus mencapai kertas yang terselit di pinggangnya. Katanya: "Biar saya baca nama-nama pendita tersebut untuk tuan. Venkataraama Shastrigal, Seenuvasa Ganapatigal, Rahagopala Shrautigal, Marutthuvakkudi Sanathana Vaadhyar, Sundaa Shastrigal, Subramanya Shastrigal, Thirumangalakkudi Venkittu Vaadhyar..."
Swamigal mencelah dan bertanya lagi: "Semua yang mahir belaka kamu telah aturkan. Baik, periksa sama ada kamu ada nama Theppurumaanallur Venkatasa Ganapatigal dalam senarai kamu?!" Narayanaswami menjawab dengan gembira nya: "Ada, tuan! Beliau ada menghadiri japam tersebut". Semua yang berada di situ pun berasa terkejut dengan soalan-soalan Swamigal tapi mereka diam sahaja mendengar dan melihat kejadian itu penuh perhatian.
Swamigal berkata: "Jadi kamu memang ada pernah bercakap dengan Venkatasa Ganapadigal semasa japam. Bagus lah. Mahaveda Ganagadigal sekarang ni memang dah berumur lanjut. Susah beliau hendak bersuara lantang juga. Pasti susah beliau hendak mengawal nafasnya membaca japam-japam".
Narayanaswami memang menunggu kata-kata ini dari Swamigal. Beliau terus melulu menjawab: "Ya tuan! Tuan kata itu memang betul. Ganapadigal tak membaca Rudram dengan baik. Kadang-kadang beliau duduk bersila sahaja diam dengan mata tertutup. Selalu juga beliau menguap. Makanya bacaan japam pun tak cukup bilangannya. Menyusahkan sahaja lah Ganapatigal itu. Menyesal pula aku memanggil nya untuk japam".
Swamigal berasa marah dan terhina selepas mendengar kata-kata tersebut. Katanya: "Apa kamu kata????!" Jadi kamu boleh berkata sebegitu anya sebab kamu ada wang?! Apa yang kamu tahu tentang Yogyatamasam Venkatasa Ganapadigal dari Thepperumaanallur?! Kamu layak kah untuk dibandingkan dengan duli di tapak kaki vedigal itu? Sanggup kamu berkata begini kepada beliau! Aku sudah paham apa yang terjadi di Mahalingaswami Sannidhi kelmarin! Kamu sudah jawab soalan-soalan aku! Bila kamu lihat Ganapadigal bersila diam sahaja dengan mata tertutup semasa japam kelmarin kamu ada menjerkah nya berkata bahawa beliau hanya menerima duit buta sahaja tanpa membaca japam bukan? Beritahu aku, adakah kamu menjerkah kepadanya atau tidak?!" Narayanaswami pun tertunduk dan orang ramai pun terkejut.
Narayanaswami sujud di kaki Swamigal dengan semua muka lapan anggotanya menyentuh tanah. Swamigal diam sahaja. Narayanaswami bangun sendiri tanpa dibangunkan Swamigal. Dia pun diam sahaja menggigil kemudian berkata: "Aku sudah bersalah, tuan! Benar aku memang berbuat seperti yang tuan katakan terhadap Ganapadigal di Swami Sannidhi. Tolong lah ampun kan aku, tuan".
Swamigal tidak berhenti di situ sahaja. Beliau kata: "Sekejap, kamu bukan buat salah itu sahaja bukan? Kamu beri hormat kamu kepada Brahmana veda dengan wang kamu bukan?! Berapa banyak kamu beri kepada seorang Vedigal?!" Narayanaswami menelan air liurnya ketakutan dan menjawab lemah: "Aku bayar mereka 10 rupee untuk satu kepala pendita, tuan". Swamigal berkata: "Beritahu aku yang sebenarnya, aku tahu apa yang terjadi!" Adakah kamu bayar mereka semua itu sama rata 10 rupee semua?!"
Narayanaswami berdiri diam sahaja. Swamigal masih bercakap: "Dengar nih! Kamu kena beritahu aku apa yang kamu dah lakukan semalam. Mungkin kamu malu nak beritahu bahawa kamu dudukkan semua pendita Brahmana itu dalam satu barisan di Sannidhi dan beri sambhaavanaa (pengeras) 10 rupee setiap seorang tapi bila kamu sampai pada Venkatesa Ganapadigal, kamu pikir beliau tak membaca japam dengan betul jadi kamu pikir tiada guna pun berinya penuh maka kamu berinya hanya tujuh rupee sahaja bukan? Kamu tak mahu beritahu yang ini? Kamu pikir kamu kena balas dendam kepadanya kerana dia tak baca japam dengan betul. Tapi adakah beliau ambil kisah hal ini? Beliau cuma terima sahaja apa kamu beri dan ikatnya di bucu vastram nya. Jadi beritau aku, betul atau salah apa aku sebutkan ini?!"
Orang ramai terpegun. Mereka diam sahaja berasa hairan bagaimana Swamigal tahu tentang kejadian di kuil di Thiruvidaimarudur kelmarin. Narayanaswami sujud lagi depan orang alim berkata: "Tuan saya sudah berdosa. Saya jahil sebab itu saya berkelakuan buruk begitu. Saya takkan berkelakuan buruk begitu lagi tuan. Ampunkan aku tuan!"
Sebelum beliau selesai, Swamigal menyambung: "Tunggu kejap. Sebenarnya ada yang lebih teruk lagi daripada ini kan. Untuk Brahmana yang menjalankan japam ada disediakan sembahan makanan di rumah Ramachandra Iyyer di jalan Mahadhana kan?!" Narayanaswami menjawab: "Ya, tuan".
"Kamu ada sediakan sembahan makan mewah selepas itu sebab terlalu gembira. Kamu aturkan supaya dimasakkan pongal manis yang enak, banyak taburan biji gajus dan kismis ditambah ke dalamnya. Kamu jamu sendiri kepada para Brahmana dengan titisan minyak sapi setiap jamuan, benar?!" Tanya lanjut Swamigal. Narayanaswami tambah terkejut. Mulutnya teragak-agak menjawab: "Ya, tuan! Saya sendiri yang menghidangkan sembahan jamuan kepada para Brahmana itu". Swamigal bertanya lagi: "Jadi adakah kamu ikhlas dengan apa yang kamu lakukan dengan dharmma menyediakan makanan?!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan