Ahad, 21 Oktober 2012

Pandangan agama Hindu terhadap Perkembangan Alam


Agama Hindu yang tuan-tuan lihat pada hari ini merupakan gabungan beberapa pandangan tentang asal-usul kehidupan, penciptaan dan perkembangan alam di benua India. Timbulnya kehidupan dalam alam semesta ini diterangkan dengan pelbagai jenis gambaran, tetapi yang selalu didengar adalah tentang Brahma dari Trimurti digambarkan menjalankan tindakan "mencipta" atau lebih tepat lagi "menyebarkan kehidupan dalam alam semesta" dengan dua dewata lain iaitu Vishnu dan Siva yang bertanggungjawab memelihara dan memusnahkan alam semesta.

Sesetengah aliran agama Hindu tidak menganggap kisah penciptaan ini sebagai suatu yang betul-betul nya terjadi begitu. Cetera ini biasanya tidak diperdalam jadi ia terbuka kepada beberapa jenis teori yang menyokong evolusi atau perkembangan alam semesta. Sesetengah penganut Hindu menemui sokongan untuk atau membayangkan idea-idea evolusi ini dalam kitab Veda. Di India sana, penganut Hindu majoritinya menerima teori evolusi biologi ini. Dalam satu kajiselidik, lebih kurang 77 peratus responden di India bersetuju bahawa ada cukup bukti saintifik untuk menyokong teori evolusi Darwin dan 88 peratus yang percaya kepada Tuhan juga mempercayai teori evolusi ini. Menurut kajiselidik yang dijalankan Pew Forum di Amerika Serikat, lebih kurang 80 peratus penganut Hindu percaya yang teori evolusi merupakan penjelasan terbaik untuk menerangkan asal-usul kewujudan hidup manusia di muka bumi ini untuk setakat ini.  

Penciptaan dalam kitab Hindu

Menurut Veda penciptaan alam semesta ini diliputi oleh misteri. Dalam Nasadiya Suktam, bahagian gitam ke-129, Mandalam ke-10 dari Rigveda mempersoal perkaitan penciptaan dan asal-usul alam semesta:

"Siapa yang benar-benar tau dan siapa yang boleh bersumpah tentang bagaimana alam semesta ini wujud, bila kah ia atau di mana?! Bila dan bagaimana ciptaan itu bermula? Adakah Dia yang melakukannya? Atau bukan Dia? Hanya Dia, atas sana, tahu, mungkin; Atau barangkali, bukan Dia pun" - Rigveda 10.129.1-7

Satu lagi sebutan tentang penciptaan ini dirakamkan juga dalam Upanishad, menurut kepada alam semesta, bumi bersama dengan manusia atau makhluk lain melalui putaran atau pralayam penciptaan dan pemusnahan. Pelbagai jenis teori wujud tentang proses yang spesifik, tetapi umumnya pandangan tentang susunan semesta Hindu menyatakan bahawa alam semesta ini abadi dan mempunyai pusingan.  

Pandangan Pengajian Susunan Alam Hindu tentang Penciptaan 

Dalam Rigveda ada dipersoal tentang asal-usul susunan alam semesta ini:

"Yang dijadikan maupun yang tak dijadikan belum ada lagi. Apa yang tersembunyi? Dan mana? Dan dalam perlindungan siapa?... Siapa yang tahu sebenarnya? Siapa yang boleh mengisytiharkannya? Jadi adakah ia dizahirkan atau datang dari ciptaan ini? Dewa-dewa dilahirkan lewat dari penciptaan alam, jadi siapa yang tahu dari mana datangnya kewujudan? Tiada siapa pon tahu dari mana timbulnya ciptaan, dan sama ada Dia yang menghasilkannya atau tidak. Dia yang mengawasinya di ketinggian langit-langit, Dia sahaja mengetahui atau mungkin tidak mengetahui" - Rigveda 10.129

Pandangan Purana kemudian menegaskan bahawa alam semesta dicipta, dimusnahkan dan dicipta semula dalam pusingan berulang yang abadi. Dalam pandangan susunan alam Hindu, alam semesta ini bertahan selama 4,320,000,000 tahun yang mana bersamaan dengan satu hari bagi Brahma atau satu kalpa. Kemudian ia akan termusnah oleh api dan unsur air. Pada tahap ini, Brahma berehat untuk satu malam, yang hanya sepanjang sehari. Proses ini disebut sebagai pralayam. ia berulang untuk setiap 100 tahun Brahma yang bersamaan dengan 311 trillion, 40 billion tahun manusia mewakili jangka hayat Brahma.  

Siang dan Malam Sang Brahma

Penulis Sains carl Sagan dan Fritjof Capra menunjukkan persamaan antara pemahaman sains masa kini tentang umur alam semesta dan konsep Hindu yang disebut sebagai "Siang dan Malam Sang Brahma" yang berdekatan dengan umur bumi setakat yang diketahui pada masa ini berbanding dengan cetera lain tentang penciptaan. Siang dan malam Brahma adalah pandangan yang menyebut alam semesta ini diciptakan oleh Tuhan dan tak semestinya semestinya bersifat evolusi tetapi mengandungi putaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula alam semesta. Menurut Sagan: 

"Agama Hindu merupakan satu-satu nya agama dalam dunia yang membicarakan idea tentang susunan alam semesta yang melalui kematian dan kelahiran semula tak terhenti. Ia satu-satu agama yang mempunyai skala masa yang selari dengan pengajian alam semesta zaman moden. Putarannya dikira dari siang dan malam manusia biasa dan siang dan malam sang Brahma , 8.64 billion lamanya, lebih lama dari umur bumi atau matahari dan setengah dari masa sejak letupan alam semesta besar".      

Capra pula dalam buku terkenalnya, Tao of Physics menyebut:

"Fikiran tentang alam semesta berkembang dan mengecut secara berkala, melibatkan satu skala masa dan ruangan yang luas pembahagiannya, yang timbul bukan sahaja dalam pengajian sistem alam moden, tetapi juga dalam cetera Hindu purba. Mengalami alam semesta sebagai susunan alam organik dan berima, penganut Hindu mampu membangunkan pandangan susunan alam berevolusi yang hampir nak sama dengan model saintifik moden". 

Dasawataram dan Evolusi

Ahli genetik British dan ahli biologi evolusi, J.B.S Haldane memerhatikan Dasawatara yang merupakan 10 penjelmaan Sang Visnu sebagai gambaran berturut yang membongkar proses evolusi. Penjelmaan Visnu menunjukkan persamaan dengan teori biologi evolusi kehidupan di bumi.    

Matcha jelmaan pertama nya sebagai ikan, makhluk di dalam air.  Jika dibandingkan dengan evolusi biologi berkenaan skala masa geologi, hidupan pertama juga wujud dalam bentuk ikan yang berasal dari era Cambrian.

Kurma jelmaan Visnu dalam rupa kura-kura (reptilia). Dalam geologi, reptilia pertana merupakan haiwan kedua penting dalam evolusi yang berasal dari era Mississippian selepas amfibia.

Varaham jelmaan Visnu dalam rupa babi. Evolusi amfibia ke tanah haiwan. 

Narasimmam jelmaan Visnu rupa manusia singa.  Dalam geologi, tiada sebarang bukti disebutkan. Mungkin ia berkaitan dengan manusia beruk. Istilah ini mungkin kadang kala merujuk kepada nenek moyang manusia awal yang sudah pupus seperti perhubungan terputus antara teori beruk dan manusia.

Vamanam jelmaan Visnu sebagai orang kerdil. Mungkin merujuk kepada manusia pertama berasal dari era Pliocene. Ia mungkin berkaitan dengan Neanderthal. Neanderthal ini umumnya berketinggian 12-14 cm (4½–5½ inci) lebih pendek dari manusia moden, berlawanan dengan pandangan umum bahawa mereka sangat pendek cuma berketinggian lebih lima kaki sahaja.

Parashuraman jelmaan Brahmin dengan kapak. Ia mempunyai persamaan dengan asal-usul manusia moden yang berasal dari era Quaternary atau manusia zaman Besi.

Teori Penciptaan Hindu

Menurut teori penciptaan Hindu, semua jenis hidupan di muka bumi termasuk manusia berhenti berevolusi atau turun dari keadaan tinggi kesedaran murni. Ahli teori penciptaan Hindu mendakwa bahawa jenis tumbuhan dan haiwan adalah bentuk kebendaan yang digunapakai oleh kesedaran murni yang tinggal dalam putaran kelahiran dan kelahiran semula yang tidak berpenghujung. Ronald Numbers menyebut bahwa "teori penciptaan alam Hindu nampak sudah terbentuk sepenuhnya lama dahulu, mungkin bertrillion tahun yang lampau. Teori penciptaan alam Hindu ini merupakan satu bentuk ilmu penciptaan bumi lama, yang menurut ahlinya, alam semesta mungkin lebih tua dari billion tahun. Pandangan ini beradasarkan Veda yang menggambarkan betapa purbanya alam semesta dan sejarah bumi. 

Vanaram

Penulisan Sanskrit di India purba menyebut makhluk dengan bentuk badan seperti beruk dan berpemikiran seperti manusia. Ramayana menyebut tentang vanaram, iaitu sejenis makhluk berbentuk tubuh seperti beruk dan membentuk angkatan tentera yang wujud bermillion tahun lampau. Menurut Ramayana, makhluk ini hidup bersama-sama dengan manusia moden. Jadi menurut penulisan purba ini, status kewujudan bersama makhluk ini lebih tepat jika dibandingkan dengan teori evolusi manusia moden dari beruk. Ini berlawanan dengan pandangan bahawa semua makhluk berasal dari sejenis nenek moyang. Ia menunjukkan bahawa ada bentuk "manusia purba" yang wujud lebih awal dari bentuk manusia moden yang menjadi nenek moyang kebanyakan manusia hari ini.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan