Jumaat, 19 Oktober 2012

Sejarah Advaita Vedanta


 Pengenalan

Advaita Vedanta ini merupakan konsep falsafah yang mana para pengikut mencari kebebasan atau kelepasan dengan mengenalpasti Atman (Jati Diri) dan Brahman (Seluruh) melalui proses persediaan yang panjang dan latihan, selalunya bawah pengawasan dan petunjuk guru, yang melibatkan usaha seperti pengetahuan dalam kitab suci, meninggalkan kegiatan duniawi dan pengalaman-pengalaman yang merangsang jati diri secara berterusan.

Aliran Advaita Vedanta ini berasal dari benua India. Sebelum tahun 788 M lagi ia dianggap sebagai aliran falsafah yang berpengaruh dan merupakan cabang aliran falsafah yang terbesar dalam matlamat kitab-kitab Veda (Vedanta). Aliran matlamat Veda terbesar yang lain adalah seperti Vasishtadvaita dan Dvaita. Lain-lain yang kecil sahaja pengikutnya seperti Suddhadvaita, Dvaitadvaita dan Acintya Bhedabhedha.

Kesatuan wujud ini merupakan sistem pemikiran yang mana Advaitan merujuk kepada jati bagi Diri iaitu Atman dan Seluruh atau Brahman. Dengan mengenali jati ini maka seseorang boleh lah menuju kepada pembebasan. Mencapai kebebasan memerlukan pula persediaan panjang dan latihan berterusan bawah petunjuk sang guru. Teks-teks utama dalam semua aliran Vedanta ini sudah tentu nya adalah Prasthanatrayi. Teks ini merupakan teks berkanun yang mengandungi Upanishad, Bhagavadgitam dan Sutra-Sutra Brahma. Orang pertama yang mengukuhkan dan menjelaskan prinsip-prinsip Advaita Vedanta ini adalah Shankara Bhagavadpada. Manakala tokoh sejarah pertama yang menyokong falsafah ini adalah Gaudapada, iaitu guru kepada guru Sri Adhishankara, Govinda Bhagavatpada.

Senarai Salasilah Para Guru

Advaita Vedanta sudah wujud sebelum Sri Adhishankaracharya lagi tetapi penggulungannya dibuat oleh Sri Adhihankara. Ajaran agama di benua India dan tradisi falsafah serta pengetahuan berkenaan keagamaan berasal dari Tuhan dan didapati melalui para resi yang "melihat" Veda.

Guruparamparadvaita atau salasilah para guru advaita ini bermula dari zaman daivaparampara atau zaman dewa-dewa, diikuti dengan zaman resiparampara atau orang alim yang menilik kitab dan kemudian manaavaparampara atau zaman sejarah. 

Daivaparampara

Sri Narayana
Sang Brahma Padmabhuva

Resiparampara

Vasishtha
Sakti
Parasara
Viyasa
Suka

Manavaparampara

Gaudapada
Govinda Bhagavatpada
Shankara Bhagavatpada
I. Padmapada II. Hastaamalaka III. Totaka IV. Vartikakaara Sureswar

Gaudapada

Beliau merupakan guru kepada Govinda Bhagavatpada dan guru kepada guru Shankara. Gaudapada mencedok ajaran Buddha bahawa hakikat akhir itu adalah kesedaran murni atau dalam bahasa Sanskrit nya Vignaptimaatra dan bahawasanya sifat dunia ini adalah penafian berpenjuru empat. Gaudapada menganyam dan menjalinkan kedua-dua ajaran ini menjadi satu falsafah bergelar Mandukaya Upanishad. Ia kemudian dimajukan lagi oleh Shankara.   

Adhi Shankaracharya

Beliau ini dikenal juga sebagai Shankara Bhagavatpadacharya (788-820) yang memperincikan lagi ajaran Advaita iaitu hakikat kesatuan wujud. Beliau mengukuhkan Advaita Vedanta, tafsiran kitab suci Veda yang mempunyai kesinambungan dari aliran pemikiran guru-guru Upanishad seperti dari Govinda Bhagavatpada, Gaudapada dan Ajativada.

Sistem Falsafah

Shankara menyusun karya-karya ahli falsafah sebelumnya dengan teratur. Dalam aturan Vedanta nya, diperkenal kaedah-kaedah penafsiran secara akademik berkenaan dengan ilmu alam ghaib dari Upanishad. Gaya ini dipakai juga oleh aliran-aliran Vedanta terkemudian. 

Sintesis Advaita Vedanta Shankara diringkaskan dalam petikan katanya dari Vivekacudamani, iaitu salah satu dari prakaranna grantha nya (risalah falsafahnya):

"Dalam setengah seloka ini sudah aku nyatakan, apa yang dinyatakan melalui ribuan tulisan; bahawasanya Brahman sahaja yang benar, dunia ini mithiya (tidak berwujud dengan sendiri), dan diri perseorangan itu tidak berbeza dengan Brahman". 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan