Adapun, nama karya ini adalah "Cakera Senjata Tajam Berkesannya Menikam Hati Musuh":
Aku memuja sepenuh hatiku menyembah tabik kepada mu, wahai Yamantaka; Kemurkaan mu itu berlawanan lah dengan Dewa Kematian yang Agung.
1. Dalam belantara yang penuh dengan tumbuhan beracun, burung merak mengibas ekornya. Walaupun taman berubat berada dekat sahaja. Kumpulan burung merak mendapati bahawa taman-taman itu menyenangkan. Tetapi masuk ke dalam semak tumbuhan beracun.
2. Keadaan yang sama juga berlaku kepada para bodhisattva yang berani. Yang berada di dalam belantara penuh kerisauan duniawi. Tidak kira berapa menyeronokkan pun taman keseronokan dunia ini. Mereka yang berani ini tak pernah tertarik dengan kesenangan itu. Bahkan masuk ke dalam semak yang penuh sengsara dan menyakitkan.
3. Kita ini membuang seluruh hidup kita dalam perarakan penuh keseronokan. Tapi kita menggigil terketar-ketar walaupun hanya dengan terpikir sahaja tentang kesakitan; Maka disebabkan kita ini penakut, kita pun masih lah lagi penakut. Tapi para bodhisattva pula menerima penderitaan dengan senang hati lalu menerima berkat daripada keberanian mereka iaitu kenikmatan sebenar yang tak putus-putus.
4. Kini, keinginan adalah hutan belantara dengan pohonan beracun itu di sini. Yang berani sahaja seperti burung merak boleh masuk ke dalam keadaan sebegitu. Jika makhluk penakut pula, seperti gagak lah ia apabila ia mencubanya cuma mengacah-acah. Sebab dia tamak, dia bimbang akan kehilangan nyawanya.
5. Bagaimana seseorang itu meraikan dirinya lebih daripada orang lain. Mengambil hawa nafsu dan racun beracun sebegitu sebagai makanannya?? Jika dia cuba seperti gagak menggunakan khayalan yang lain, dia mungkin kehilangan peluangnya untuk kelepasan.
6. Oleh itu, bodhisattva semuanya disamakan lah dengan burung merak. Mereka hidup dalam khayalan tumbuhan beracun. Mereka mengubahnya menjadi zat latihan. Mereka mengharungi hutan itu dalam kehidupan seharian mereka. Mereka menerima sahaja apa yang dipersembah sambil menghapuskan racun nafsu yang mengikat diri.
7. Tidak terkawal melilau menerusi gelung kewujudan. Terkesan oleh cengkaman kita pada keegoan itu sebagai hakikat. Sikap jahil ini mengisytiharkan bahawa kita adalah syaitan yang mementingkan diri untuk kebajikan kita sendiri sahaja: kita mencari keselamatan yang sedikit dengan keegoan kita; Kita hanya mahu kesenangan dan menjauhi kesakitan; Tapi kini haruslah kita menghapuskan segala paksaan mementingkan diri dan dengan senang hatinya menggalas kesusahan demi kebaikan orang lain.
8. Semua penderitaan kita itu terbit daripada sikap dan tabiat kita. Ia terbit dari khayalan kepentingan diri yang kita pupuk dan terjelma menjadi amalan. Kerana kita berkongsi dalam musibah yang tragis ini, yang berakar daripada cara-cara kita mengetengahkan diri kita yang sempit; Harus lah kita menanggung kesengsaraan kita dan penderitaan yang lain lalu memadamkan semua harapan dari mementingkan diri sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan