Suwarnadwipi Dhammakirtti ini adalah seorang bhikkhu Buddha yang berasal dari Pulau Sumatera semasa era empayar kemaharajaan Sriwijaya. Nama beliau yang sebenarnya adalah Dharmmarakshita dan tak diketahui sama ada dia mempunyai nama keluarga dan berasal dari etnik apa.
Dia terkenal pada abad ke-10 M, dan mengarang teks Buddha terkenal iaitu Cakra Senjata Tajam. Teks ini dipelajari di wilayah Tibet kerana ia dibawa oleh seorang bhikkhu dari Bengal bernama Atisa ke sana. Atisa pernah menjadi anak murid Dharmmarakshita sebelum menyebarkan ajaran Buddha di lembah Tibet sekaligus memulakan gelombang kedua.
Karya bhikkhu ini, nama panjangnya adalah "Cakra Senjata Tajam yang Berkesan Menikam ke Hati Musuh". Teks ini merupakan sumber yang terperinci tentang bagaimana hukum karmma berperanan dalam kehidupan kita. Ia mendedahkan tentang kesan dan penyebab yang terperinci. Ia dipersembah dengan ayat yang bermakna dalam iaitu cakra senjata tajam yang boleh dibayangkan sebagai sesuatu yang apabila kita baling tetapi akan kembali kepada kita dan mencederakan kita... seperti boomerang. Beliau menjelaskan bahawa penyebab tidak baik yang kita hasilkan melalui sikap mementingkan diri akan kembali kepada kita pada masa hadapan kerana karmma negatif itu mula masak dan membuahkan hasil. Ia berpotensi menjadi penderitaan kita pada masa hadapan. Beliau menjelaskan lagi, sikap mementingkan diri kita dan hanya kita ingin gembira dan bahagia sehingga tak menghiraukan kesannya kepada orang lain yang menghasilkan karmma negatif lalu menyebabkan sengsara di masa hadapan.
Penderitaan dan kesengsaraan kita bukanlah hukuman sebaliknya hanya kesan daripada karmma yang dihasilkan oleh diri kita sendiri. Dalam kebanyakan ayatnya, Dharmmarakshita juga memberikan cadangan supaya kita melakukan perbuatan baik atau karmma positif bagi menggantikan perbuatan dan sikap tidak baik kita pada masa lampau. Ia akan mewujudkan suasana yang membahagiakan dan menenangkan hati.
Teks ini ditulis oleh Dharmmarakshita semasa bertapa di dalam hutan sebagai Chao Phanawa. Dalam hutan itu banyak sekali haiwan liar serta makhluk halus. Beliau bukan sahaja seorang pertapa tetapi juga mempunyai pengetahuan keagamaan yang luas, mempunyai kuasa logik dan pandangan mendalam terhadap sesuatu perkara. Apa yang ditulis olehnya itu hanyalah ajaran-ajaran para guru beliau. Beliau mengamalkan ajaran para guru dalam masa pertapaan dalam hutan yang menakutkan. Atisa juga mengamalkan hal tersebut apabila beliau mengembara bagi menjinakkan sesiapa sahaja yang liar. Apabila Atisa mendapat peningkatan dalam pandangan hakikatnya kepada dua Bodhichittam melalui ajaran ini maka dia pun menulis:
Aku telah melalui banyaklah kesukaran meninggalkan istana
Tapi melalui pengumpulan pahala,
Aku bertemulah dengan guruku sebenar, Dharmmarakshita,
Dengan menunjukkan kepadaku amrit tertinggi seperti ajaran,
Dia mengurniakan aku kedaulatan dalam pikiran;
Maka kini aku telah mencapai semua penentang yang berkuasa,
Telah ku hafal ayat-ayat ajarannya,
Walaupun aku tak menggemari pandangan penentang
Apabila ku pelajari pelbagai ajaran,
Aku selalu lah berusaha meluaskan hikmat ku
Bagi melihat keajaiban tak terbatas dalam setiap tradisi
Tapi haruslah aku akui bahawa ajaran-ajaran ini utamanya
Banyak membantu dalam abad yang mereput ini.
Antara kebanyakan pelajar yang tak pernah dibayangkan oleh Atisa untuk menerimanya sama ada di India mahupun di Tibet, antaranya adalah upasaka Bhrom Stompa. Beliau mengajarkan ajaran ini kerana diberitakan bahawa orang awam ini adalah pelajar sesuai baginya oleh dewata yang muncul dalam pertapaan Atisa iaitu, Sang Tara. Atisa mengajarkan ajaran-ajaran gurunya ini kepada Bhrom Stompa supaya mudah untuk mengamankan pemikiran para pelajar ajaran Buddha di wilayah Tibet yang terletak di pedalaman. Mereka itu sukar untuk dijinakkan dan agak liar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan