Bab 3
Asal-Usul Aditya dan Keterangan Suryawangsa
Selepas Manu Swayambhu, manu-manu berikutnya pula adalah Swarochisha, Uttama, Taamasa, Raivata, Chaksus dan manu terkini Vaivaswata. Manu selepas ini pula adalah Saavarni, Bhoutya, Rouchya dan ada empat lagi Meru Savarnyas, maka kesemuanya ada dalam 14 manu.
Latarbelakang Vaivaswata pula, Maharesi Kasyhapa dan puteri kepada Daksha melahirkan Vivaswaan atau dewa Surya dan isteri dewa Surya merupakan puteri kepada Vishwakarma, Sanjana. Keturunan mereka dikenali sebagai Prajapatti Shraaddha Dewa atau pun hanya dikenali sebagai Vaivaswaa Manu, Yama dan Yamuna.
Oleh kerana Dewi Sanjana tidak mampu menahan haba melampau dan sinaran dewa Surya, maka dia mencetuskan dewi Chhaya yang rupanya seperti dia dan mengarahkannya supaya melayan dewa Surya semampu mungkin. Dewi Sanjana pergi ke rumah bapanya, Vishwakarma tetapi diarahkan supaya pulang semula kepada dewa Surya. Dewi Sanjana berdegil lantas menjalankan tapasya dalam rupa seekor kuda betina jauh berdepan dengan padang rumput pergunungan. Dalam pada itu, dewa Surya tanpa menyedari yang dewi Chhaya cuma lah jelmaan kepada dewi Sanjana menjalani kehidupan seperti biasa. Dalam tempoh masa itu, mereka melahirkan Shanaischara dan Saavarna.
Apabila anak-anak membesar, yang sulung, Yama Dharma berasa bahwa tabiat dewi Chhaya berubah dengan ketaranya dan melayan keturunannya sendiri separuh hati sahaja. Dalam pertengkaran dengan dewi Chhaya, Yama Raja naik angin lalu mengangkat kakinya hendak menyepak dewi Chhaya. Dewi Chhaya menyumpah kaki Yama Raja bahawa ia akan jatuh tercabut.
Yama yang merupakan anak sulung dan disayangi oleh dewa Surya melaporkan hal tersebut kepada dewa Surya. Kemudian dewa Surya menyiasat dewi Chhaya lantas kebenaran pun terbongkar bahawa dewi Chhaya hanya lah jelmaan dewi Sanjana yang muncul dari bayangnya. Dewa Surya menemui Vishwakarma untuk mengesahkan sama ada dewi Sanjana ada pulang selepas melahirkan dua puetar dan seorang puteri. Vishwakarma menyatakan bahawa dia ada menegur dewi Sanjana dan menyuruhnya pulang semula. Dewa Surya lantas menggunakan pemandangan samawinya untuk mengesan dewi Sanjana. Didapati bahawa dewi Sanjana mengambil rupa seekor kuda betina dan bertapa. Dewa Surya pun mengambil rupa seekor kuda jantan lalu menghampiri kuda betina jelmaan dewi Sanjana. Semasa kuda betina hendak menghindari kuda jantan jelmaan dewa Surya itu lalu dia berpaling kerana terbau percikan air mani kuda. Kemudian muncul lah dua budak lelaki dikenali sebagai Ashwini Kumara yang juga dikenali sebagai Drasyula atau Naanyuta.
Cetera berakhir dengan bahagianya apabila Yama Dharmaraja menjadi ketua pitru dewa dan lokapalaka dharma atau kebenaran dan nyaaya atau keadilan. Saavarana Prajapati yang akan menjadi manu masa hadapan masih bertapa di atas puncak Gunung Meru. Sanaischara menjadi bintang yang berkuasa, Yamuna berubah menjadi sungai dan Twashta menjadi Surya Bimba atau pun bebola matahari. Apabila bebola itu digosok, maka bulatan matahari itu menjadi Vishnu chakra yang dengannya, dewa Vishnu menghapuskan sakti-sakti jahat seperti para daitya.
Vaivaswa mempunya sembilan orang putera iaitu Iksvaku, Naabhaga, Dhrushta, Sharyaati, Narishyanta, Praamshu, Arishta, Karusha dan Prushaghna. Vaivaswa ada menjalankan yagna dengan tujuan untuk mendapatkan seorang puteri, manakala maharesi Mirtaavaruna menjadi ketua sami. Apabila maharesi menyembahkan sembahan sakti ke dalam Agni Kunda, muncul lah seorang gadis sunti yang dipanggil oleh manu sebagai Ila dan dia meminta kebenaran Matraavaruna untuk mendekati Manu.
Manu merestuinya dan menamakannya sebagai Sudyuma lalu mengarahkannya supaya menyebarkan bangsa manusia. Dia bertemu dengan Budha dewa lalu berkahwin dan melahirkan Puru. Kemudian dia melahirkan lagi tiga putera iaitu Utkala (kerajaan ini menjadi Orissa kini), Gaya (nama ibu kota kepada Gayadesa) dan Vinataashva.
Kerajaan Puru pula dibahagikan kepada beberapa bahagian bagi menjadi warisan kepada sembilan puteranya. Iksvaku menjadi pemerintah Madhyadesaha. Ila atau Sudyumna sebenarnya kadang-kadang berjantina jantan dan kadang-kadang berjantina betina setiap enam bulan. Putera-putera Naashyanta pula adalah Shaka dengan Nabhaaga mendapat putera Ambarisha. Dhrishta dan Karusha berputerakan putera-putera yang sama nama mereka. Pramshu tiada keturunan. Sharyati mempunyai anak kembar iaitu putera Anarta dan puteri Sukanya. Puteri Sukanya dikahwinkan dengan maharesi Chyavana.
Anarta berputera Raiva. Raiva menurunkan Raivata yang juga dikenali sebagai Kakudmi. Dia menjadi raja di Kushasthala. Apabila Raivata diikuti oleh puterinya, Revati untuk melawat Brahmaloka, Revati pun terpukau dengan Ghandarva Gaana yang dimainkan oleh para Ghandarva. Selesai nyanyian, Brahma pun memberi restunya selepas mendengar tujuan lawatan Raivata serta puterinya, Revati. Raivata menyatakan tujuan lawatan mereka adalah supaya Revati direstui dengan calon suami yang bersesuaian dengannya. Brahma tersenyum dan menyatakan bahawa nanti yuga-yuga akan berputar, lalu merestui Revati supaya berpulang ke tempatnya dan di sana dia akan mengahwini seorang Mahatma.
Semasa dalam perjalanan pulang, dua beranak itu mendapati berlakunya perubahan penuh di istana mereka dalam Dwapara Yuga dan semasa bertanya-tanya, mereka menemui Balarama. Balarama merupakan abang sulung kepada Krishna. Balarama lah calon suami sesuai untuk dewi Revati walaupun jarak umur mereka sebenarnya adalah satu yuga penuh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan