Jumaat, 25 Januari 2013

Bacaan Brahma Purana

Bab 4

Sri Kuvalaashva menjadi Dundhumaara

Antara 100 putera Iksvaku, Vikushi atau pun Shashaad lah yang paling terkenal. Keturunan Vikushi adalah Yavanaashva. Kemudian, Shravasta-Brihadashva dan Kuvalaakshva. Dundhu merupakan Daitya yang paling jahat pada masa itu, manakala Kuvalakshva pula merupakan lawan yang hebat pula bagi Dundhu. 

Kuvalaakshva diikuti oleh 100 puteranya yang gagah perkasa dan maharesi Uttanka mencabar Dundhu. Penyelamat alam semesta, Vishnu menyerap ke tubuh Kuvalaashva, lantas kedengaran lah suara dari langit menyatakan bahawa tiada ragu lagi yng Dundhu sukar untuk dihapuskan. Kuvalaashva pastinya akan terbunuh. Disebabkan Dundhu mempunyai pahala yang menjadikannya kebal, mak Kuvalaashva meminta putera-puteranya menggali di dasar lautan parit-parit sampai tembus ke pantai-pantai mengelilingi lautan dari arah serangan ke arah Daitya itu bagi memaksanya keluar dari air. Apabila air disedut ke dalam lubang-lubang yang digali itu, maka Dundhu yang tinggal di bawah air yang terdedah ditarik keluar dan dibunuh.

Mahatma Uttanka merestui Kuvalaakshva kerana keberaniannya dan susunan peperangan yang diamalkannya lantas memberi pahala kejayaan, kemakmuran dan sorgaprapti untuk putera-putera Kuvalaaksha yang terbunuh dalam peperangan. Dalam zaman Kuvalaakshva, pentadbirannya adalah seperti sebelumnya disebabkan rakyat puas hati dengan kurangnya kebejatan dalam masyarakat manakala dharma dan nyaya berjalan dengan sepenuhnya. 

Dalam keturunannyalah lahir pemerintah gagah seperti Yavanaashva-Mandhata, serta puteranya Purukutsa dan Muchukunda.     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan