Bab 5
Putera Satyavrata
Keturunan keempat Purukutsa, maharaja Tridhanva mempunyai seorang putera, Satyavrata. Satyavrata merampas pengantin perempuan rakyat bisa dari vivaha mandala secara paksa. Atas nasihat rajaguru Vasishtha, putera Satyavrata mestilah dipulaukan dari masyarakat.
Satyavrata tinggal di luar ibu kota dengan kaum chandala. Tetapi dia pernah menyelamatkan isteri resi Viswamitra dan keluarga tersebut dari kebuluran. Sebagai penghargaan, resi yang pulang dari pertapaan pun membenarkan putera raja itu tinggal di rumahnya. Kemudian tiba lah masanya, maharaja mangkat, dan Satyavrata dilantik memegang kemaharajaan sementara resi Viswamitra menjadi rajaguru.
Trishanku Sorga
Apabila resi Viswamitra bertanya kepada raja Satyavrata, apakah baginda mahukan sebagai pahala? Baginda ingin lah ke sorga dengan tubuhnya sendiri. Resi Viswamitra pun mengorbankan sebahagian daripada buahnya bagi upacara tapa dan menghantar baginda raja ke sorga dengan tubuh manusianya.
Sorga tidak lah membenarkan raja Satyavrata masuk ke dalam. Jadi resi Viswamitra pun membuat pengecualian dengan mengorbankan buah-buahan bagi upacara tapanya lalu mencipta Trishanku Sorga. Resi Vasishta menyatakan bahawa raja Satyavrata pernah membuat tiga dosa besar. Pertamanya, baginda sebagai putera golongan kesatria sepatutnya menjaga keadilan dan kebajikan tapi telah menyalahgunakannya untuk menculik seorang pengantin perempuan. Kedua, baginda telah mencuri lembu korban dari resi Vasishta dalam satu upacara yagna, membunuhnya lalu memakan dagingnya serta memberinya kepada seorang wanita dan anak-anaknya yang tak tahu apa-apa pun. Akhirnya cuba pula ke sorga disebabkan oleh budi baik resi Viswamitra.
Harischandra dan Sagara
Putera kepada Satyavrata, Harischandra, merupakan seorang tokoh yang menjadi contoh kepada kebenaran dan kebajikan. Dia pernah diganggu oleh resi Viswamitra sehingga ke tahap menjual dirinya sendiri, isterinya dan menderita disebabkan kematian puteranya, Rohita. Rohita kembali semula ke dunia. Dari keturunan Harischandra, Rohita, dan Ruru lah lahirnya Sagara. Sagara adalah cucu Ruru.
Bab 6
Sang Sagara
Sang Sagara lahir bersama dengan racun. Sebab itu lah namanya, Sagara. Raja Bahu merupakan mangsa kepada tabiat buruk. Takhtanya dipegang oleh raja Haihaya. Raja Bahu dan isterinya, Yadavi pula lari ke hutan. Raja Bahu mangkat semasa Yadavi mengandung. Yadavi pun bersedia membunuh dirinya dengan melakukan upacara Sahagaman untuk terjun ke dalam api pembakaran mayat suaminya. Dalam pada itu, Yadavi turut menderita diracun oleh isteri kedua raja Bahu.
Ourva muni dari Bhruguwangsa menghalang upacara Sahagaman tersebut dan membawa Yadavi ke sebuah asrama. Di asrama itu lah, Yadavi melahirkan Sang Sagara. Sang Sagara dibela dan dibesarkn oleh muni, diajarkan kitab suci veda dan sastram, dilatih dengan kemahiran tentera dan direstui dengan agneyastra ataau pun pemanah api mantra.
Sang Sagara kemudiannya mengalahkan raja Haiheya. Begitu juga dengan musuh-musuh lain seperti kaum-kaum gana iaitu Saka, Yavana, Kemboja, Parada dan Pahlava semua pun dikalahkan. Baginda Sang Sagara bukan saja mendapatkan semula takhta keturunannya, tetapi juga menakluki kerajaan-kerajaan musuhnya.
Bagi meraikan kejayaan baginda, diadakan asvamedha yagna sebagai kesyukuran. Baginda mengorbankan putera-putera baginda berjumlah 60,000 orang itu bersama kuda. Maharesi Ourva pernah menawarkan dua pilihan kepada baginda, iaitu dua isteri, Keshini dan Mahati. Keshini datang dengan 60,000 benih dan Mahati cuma satu sahaja. Keshini melahirkan pahlawan manakala Mahati melahirkan cuma seorang, iaitu pemerintah. Yang menerima melahirkan jumlah anak ramai diberikan satu kendi penuh telur manakala yang satu lagi melahirkan anak seperti biasa.
Dalam pada upacara pengorbanan berjalan, kuda korban pula hilang. Putera-putera Sang Sagara menggali lautan kerana syak bahawa haiwan itu disembunyikan di bawah lautan. Jadi muncul lah nama lain bagi Sang Sagara, iaitu Samudra. Putera-putera itu menemui maharesi Kapila dan semasa mereka mengganggu resi itu, mereka pun dibakar menjdi abu sehingga tinggal empat orang sahaja.
Keturunan Bhagiratha
Putera yang sulung dari berempat itu mempunyai putera lagi iaitu Dilip. Dilip direstui dengan Bhagiratha. Bhagiratha ini lah yang membuat upaya membawa sungai Ganga dari Sorga ke Bharat dan ke tempat-tempat yang diselaputi abu mayat semoga roh-roh nenek moyangnya dibebaskan.
Dalam usahanya, Bhagiratha melalui pelbagai halangan dan setiap langkah pertapaanyaa itu memberikan lah keyakinan kepada Ganesa, Siva dan Devi Ganga sendiri. Disebabkan Bhagiratha bertanggungjawab sepenuhnya dalam membawa sungai Ganga, maka dewi Ganga pun dikenali sebagai Bhagirathi.
Keturunan Bhgiratha termasuklah Shruta, Naabhaga dan Ambarisha. Kemudian ada lagi turunan yang panjang sehingga Dulip, Raghu, Aja, Dasharatha, Sri Rama Chandra, Kusha, dan seterusnya. Ini lah dia bab Sri Suryawangsa dan Iksvakuwangsa yang menguasai alam dalam sejarah manusia melalui dua yuga iaitu Satyayuga dan Tretayuga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan