90. Kita tak pernah malu apabila kita berbuat perkara keji, hanya perbuatan yang terhormat terpuji yang memberi kita malu. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat
pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak
keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih
peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!
91. Semua perkara yang perlu kita lakukan tak pernah diperbuat pun, kerana tebiat tidak sesuai itu mengambil seluruh masa kita. Pijaklah dia, pijaklah dia menarilah atas kepalanya! Si pengkhianat
pemahaman yang membuat kita terpikir untuk mementingkan diri. Koyak
keluar hati si penyembelih yang mementingkan diri itu! Yang menyembelih
peluang kita untuk mencapai kebebasan terakhir!
92. Wahai penghapus setan-setan mementingkan diri yang perkasa, dengan Tubuh Kebijaksanaan tak terikat dari segala ikatan, Sang Yamantaka marilah dengan senjata kepala tengkorak mu yang menakjubkan dari kebijaksanaan tanpa ego dari kekosongan dan nikmat. Tanpa sebarang salah pemberian kini hentaklah senjata ganas mu itu dan cengilnya hayun ia tiga kali keliling kepala mu!
92. Dengan segala kecengilan mu marilah hentam musuh yang busuk! Pemahaman ego yang mengelembung dengan kekuatan kebijaksanaan mu yang hebat! Dengan belas kesihan mu tak terbatas lindungi lah kami dari penderitaan sengsara disebabkan oleh tindakan memandang diri kami penting. Hapuskan lah sikap inginkan hanya kegembiraan diri sendiri sekali dan untuk selamanya!
94. Dengan segala sengsara yang lain-lain alami, padamkanlah terus sikap mementingkan diri sendiri. Penderitaan orang lain yang timbul itu dari lima punca racun; makanya sebarang khayalan yang menimpa makhluk lain, maka bawalah ia ke diri pemadam khayalan!
95. Walaupun kita tiada keraguan, kerana kita mengenali sepenuhnya punca dan akar kepada dosa yang kita perbuat, jika ada satu ruang dalam pikiran kita yang cenderung untuk menyokong khayalan diri yang kita ada, makanya hapuskan lah pemegang ketat bahagian pemikiran kita itu. Yang berlawanan atau keinginan sebenar, masih membuat kita menjadi si bodoh.
96. Semua yang salah boleh lah dikesan puncanya dari yang satu, iaitu sikap pentingkan diri kita sendiri, yang paling kita hargai. Haruslah kita bertapa sekarang untuk merenung kebaikan yang lain. Menerima kesengsaraan yang mereka yang lain pun tak pernah harapkan, berbakti dengan penuh kebajikan terhadap semua.
97. Makanya menerima diri kita bahawa perbuatan lampau kita tidak bakti tidak kebajikan terhadap lain. Pada masa kini dan masa depan dengan pikiran, ucapan dan tubuh kita menerimanya. Moga khayalan yang lain kesama kita berada dalam keadaan terbaik bagi menerima "Pencerahan". Bagaikan sang merak memakan racun namun berkembang ekornya.
98. Bagaikan gagak yang boleh disembuhkan selepas menelan racun dengan penangkal racun berkuasa yang diberikan tepat pada masanya, marilah kita mengarahkan segala pahala kebajikan kita kepada yang lain. Yang mana ia boleh mengisi peluang mereka ke arah pembebasan. Moga seluruh makhluk berperasaan itu mencapai "Pencerahan" mereka secepat mungkin!
99. Hingga ke masa apabila semua makhluk bersifat keibuan dan aku mencapai keadaan sempurna bagi kita untuk menjadi yang Dicerahi, melalui kuasa pada amalan yang boleh menyebabkan kita merayau-rayau melalui pelbagai alam dalam enam tahap kelahiran semula. Moga kita mampu membantu yang lain juga bagi menjaga matlamat kita mencari tepian Pencerahan!
Tuan puan yang dihormati sekelian, aku ada meletakkan iklan di atas tu. Minta tolong sahabat-sahabat pembaca tulung tekan supaya aku dapat terus memasukkan untuk hangpa maklumat-maklumat dharmma bagi kebaikan sejagat. Anggap lah hangpa berbuat pahala belaka kepada diri hangpa dan kepada yang lain. Aku bukan mengambil untung sebaliknya aku bertindak menurut dharmma belaka dengan menggunakannya untuk penyelenggaraan laman dan ruangan. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan