Rabu, 2 Januari 2013

Cakera Senjata Tajam XI


100. Makanya walaupun demi untuk satu makhluk berperasaan lain, moga kita dengan sukacitanya mengambil kelahiran dalam tiga tahap terendah. Dengan Perilaku Mencerahkan yang tidak pernah lemah, moga kita menunjukkan jalan kepada seluruh makhluk dalam sengara kelahiran semula supaya keluar dari derita dan penyebab kesakitan.

101. Sebaik sahaja kita menempatkan diri kita dalam alam mereka, moga penjaga-penjaga neraka datang dan melihat kita sebagai para guru. Moga senjata yang menyeksa dipegang mereka bertukar menjadi bungaan; Moga segala kesakitan dijadikan aman tenang dan bertumbuhlah kesukaan.

102. Makanya, moga semua makhluk neraka memperoleh ketajaman hati nurani dan mengambil kelahiran semula yang lebih tinggi sebagai manusia atau sebagai dewa-dewa. Dengan cara berkembang dengan kuatnya menurut kehendak segala Buddha. Moga mereka membalas semula kebajikan kita dengan mematuhi memberi perhatian kepada ajaran-ajaran. Dan menganggap kita sebagai guru dengan keyakinan sebenarnya. 

103. Makanya, moga semua makhluk berperasaan dari tiga jelmaan teratas, pertapaan sempurna atas tiadanya diri lagi. Dengan cara ini moga mereka menyedari ketidakwujudan diri dari penglibatan keduniaan dan juga kebebasan. Moga mereka menempatkan tumpuan mereka pada kedua ini secara saksama, melihat sifat-sifat mereka itu sebagai kosong. 

104. Jika kita mengamalkan segala cara ini kita akan dapatlah menguasai musuh-musuh utama kita iaitu keinginan peribadi yang mementingkan diri serta sikap cintakan diri sendiri. Jika kita mengamalkan cara-cara ini, maka mampulah kita mengatasi pemahaman-pemahaman salah tentang diri yang kita anggap sebagai hakikat, makanya melalui tapa kesama tentang ketiadaan diri dan juga hikmat ketidakduaan kekosongan dan nikmat, bagaimanakah seseorang itu tidak mendapat penyebab untuk memenangi tubuh kasar seorang Buddha dan hasilnya, iaitu Pencerahan?

105. Wahai pemikiran, pahamilah bahawasanya perkara-perkara yang dibincangkan di sini merupakan kejadian-kejadian yang saling bergantungan antara satu sama lain. Kerana mata benda itu mesti bersandar kepada timbul yang terikat, baginya untuk wujud itu makanya ia tak berdiri sendiri. Proses perubahan itu menarik bagaikan suatu keajaiban, bagi tubuh kasar itu rupa pemikiran. Bagaikan obor api berputar bagaikan putaran api.

106. Tiada satu pun yang lebih besar daripada kuasa hayat seseorang, ia runtuh sebagiannya bagaikan batang kayu yang direndami air. Dan tiada satu pun yang lebih besar daripada jangka hayat seseorang, ia membengkak dalam sekelip mata sahaja bagikan buih-buih. Semua benda dalam dunia ini cuma lah rupa yang bagaikan kabus. Apabila diperiksa dekat, nyatalah ia sebenarnya tiada di penglihatan. Bagaikan fatamorgana, nampak di jauh benda-benda itu menyeronokkan, namun apabila kita mendekat, tiada ditemui pun. 

107. Semua benda itu bagaikan bayangan yang terdapat pada sebuah cermin. Namun kita masih lagi berkhayal bahawa ia adalah benar, sangat hakikat. Semua benda itu bagaikan kabus pagi atau pun awan di atas gunung. Namun, kita masih lagi ingat semuanya kukuh dan tegap berdiri. Musuh kita, itulah desakan dan jati  diri yang salah. Yang benar-benarnya dari diri kita, yang ingin kita pastikan selamat. Dan penyembelih kita, iaitu kepentingan diri bagi kesenangan kita sahaja. Seperti semua benda yang nampak benar-benar wujud, walaupun sebenarnya ia tak pernah wujud langsung.

108. Walaupun rupanya benar dan kasar, namun tidak lah benar dan hakikat, sebarang masa, sebarang tempat. Ia bukan benda yang patut kita bebani pada diri dengan nilai terakhir, tidak juga kita menafikan kebenaran terwujudnya. Kerana jati diri salah menggenggam dan cinta pada diri kita, kurang asas besarnya dengan kemerdekaan sebenar. Bagaimana ia menghasilkan tindakan yang wujud dengan sendirinya? Dan kemudian bagaimana pula putaran ganas penderitaan yang kejam, yang merupakan buah kepada tindakan-tindakan ini, menjadi hakikat dari dasarnya???

109. Walaupun semua benda itu kekurangan kewujudan kekal, namun bagaikan muka bulan yang boleh dilihat dalam secawan air jernih menampakkan bayangannya. Pelbagai ciri penyebab dan akibat muncul dalam dunia kewujudan sebagai bayangan-bayangan. Maka, biarlah dalam dunia berupa ini sahaja, kita pastikan perlakuan kita itu adalah pada dasar kebajikan. Dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang menyebabkan kita kesakitan hebat.

110. Apabila tubuh kita terhangus dalam mimpi buruk yang menakutkan, oleh api meliputi dunia akibat letusan bercahaya terang, walaupun kepahitan ini bukanlah benar-benar terjadi. Kita masih lah terasa seram dan menjerit. Keadaan yang sama juga dengan penjelmaan yang malang dalam neraka atau sebagai hantu itu sebenarnya bukan hakikat. Namun kita masih boleh terasa kesakitannya. Takut akan penderitaan itu bagaikan kita terbakar hidup-hidup. Haruslah kita hentikan segala tindakan yang menghasilkan keputusan ini.                    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan