Mula-mula duduk dalam sebarang kedudukan yang selesa bagi anda. Selepas itu, boleh lah tumpukan kepada sebarang rupa Guru yang anda ikuti dan cuba bayangkan rupanya itu berada pada ajnya chakram anda. Ajnya chakram terletak antara kedua-dua bulu kening anda.
Sambil mata anda tertutup, sebut nama Guru anda dalam hati dalam masa yang sama kekalkan bayangan "rupa" guru di chakra anda itu. Sebelum bermula, minta Guru supaya memberi kebenaran kepada anda untuk bertapa dalam masa yang anda sendiri tentukan, misalnya mungkin selama setengah jam atau 15 minit. Jika anda memohon selama setengah jam, maka anda akan sedar sendiri dari keadaan bertapa lepas setengah jam tanpa perlu sebarang alat penggera.
Jika anda mempunyai penyakit atau ketagihan yang sukar disembuhkan, cuba mohon kepada Guru dengan sepenuh hati supaya anda dibebaskan dari penyakit dan ketagihan. Pujaan anda akan sampai kepada Guru dan kuasa-Nya akan bergerak di seluruh tubuh anda bagi membebaskan anda dari masalah rohani dan jasmani. Semasa bertapa dengan rupa Guru anda, anda akan secara tak sengaja melakukan pergerakan yogi kerana cetusan sakti ibu Kundalini menerusi restu Guru. Jangan panik atau terkejut pula kerana ibu Kundalini yang mengawal pergerakan tersebut dari dalam tubuh anda sekaligus menyucikan tubuh anda.
Pergerakan yogi tersebut boleh jadi dari pelbagai asana, mudra, bandh, dan pranayam. Anda mungkin berasa keinginan yang kuat sama ada untuk ketawa, menangis atau pun menggegarkan badan anda. Biar saja dan jangan cuba lawan atau kawal badan anda untuk menghentikannya. Tubuh anda memang memerlukan gerakan-gerakan tersebut bagi membersihkannya dari dalam dan menyembuhkan penyakit. Teruskan saja japam anda dalam hati dengan rupa Guru anda pada cakra yang disebut itu semasa badan anda melakukukan pergerakan tersebut.
Semasa tapa, anda boleh juga nampak cahaya ghaib, mendengar naad atau suara ghaib, merasai sentuhan ghaib, merasai rasa manis pada lidah selain mendengar atau melihat kejadian masa lampau atau masa depan tanpa batasan. Ini semua adalah tanda bahawa anda sedang melalui perjalanan rohani atas perkenan Guru anda.
Sesuai sekali bertapa waktu awal pagi selepas perut anda dikosongkan atau sekurang-kurangnya dua atau tiga jam selepas anda ambil hidangan berat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan