Resi Agasthya merupakan resi pertama dari India Utara yang melintasi pergunungan Vindhya untuk berdiam di India Selatan. Nama sebenarnya adalah Kumbha Sambhava. Maksudnya yang keluar dari kendi. Dikatakan bahawa beliau ini pendek sahaja orangnya.
Dari ceritera, pergunungan Vindhya dikatakan pernah bertumbuh dan jika dibenarkan terus bertumbuh, pasti lah gunung Kailash akan kehilangan kepentingannya sebagai tempat berdiam para dewa. Jadi Tuhan memilih resi Agasthya dan mengutuskannya untuk menakluki pergunungan Vindhya. Biasanya orang yang mahir mendaki dan memanjat pendek-pendek sahaja orang nya. Contohnya seperti orang Sherpa yang mendaki gunung Himalaya pun pendek-pendek sahaja.
Semasa mendaki gunung, nampak seperti gunung itu membesar seolah-olah ia cuba mengecewakan pendaki. Disebabkan pengalaman tersebut, resi Agasthya meletakkan kakinya di atas gunung dan mengarahkannya supaya jangan membesar sehingga beliau keluar dari kawasan selatan.
Secara usulnya, perkataan agasthya berasal dari ayat agam sthyayathi ithi agasthyah bermaksud orang yang tinggal di pergunungan. Agam maknanya gunung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan