Namoskar ini adalah sejenis sembah yang mana anga atau bahagian tubuh menyentuh tanah. Jenis namoskar sebegini ada beberapa cabang pula misalnya seperti dandakara namoskaram, udandam namoskaram dan lain-lain.
Perkataan danda maksudnya "kayu". Dandara namoskaram bermaksud seseorang itu meniarap atas tanah seperti kayu yang jatuh. Ia adalah perlambangan bahawa seseorang itu lemah dan menyampaikan kepada Tuhan bahawa seseorang itu perlu bantuan, lemah bagaikan kayu yang jatuh dan memohon perlindungan. Ia juga merupakan lambang sharanagati pada "kaki" Tuhan.
Namoskara juga merupakan satu bentuk pemusnahan ego. Apabila seseorang jatuh daripada kedudukan berdiri, dia akan terluka. Apabila jatuh semasa duduk, orang itu akan cedera juga. Lihat kepada kedudukan sashtanga namoskar, apabila berada di bawah kita tak akan jatuh lagi dan tak ada persoalan sama ada kita akan tercedera lagi akibat terjatuh. Makin tinggi kedudukan, maka kesan dia jatuh pun akan makin teruk. Nasib orang yang berkedudukan tinggi pun begitu lah juga halnya. Sedikit sahaja tersilap, tergelincir dan jatuh maka payah lah hendak bangun atau kembali ke kedudukan tinggi tadi. Bebanan terbesar bagi seseorang itu adalah deria ego nya sendiri iaitu sikap ke'aku'an nya. Buangkan sikap ego dari diri, maka aman lah hidup.
Namoskar kriyam merupakan bantuan terbaik bagi membuang bebanan ego tersebut dari diri. Oleh itu, sashtang namoskar merupakan satu proses membuang ego dan mengembangkan sikap merendah diri. Jika kepala direndahkan oleh orang lain secara paksa, maka ia adalah suatu penghinaan. Tapi jika kita merendahkan sendiri diri kita, maka ia adalah satu penghormatan. Ia dikenali sebagai vinaya sampath iaitu kerendahan diri itu merupakan satu kemewahan.
Tujuannya merendahkan kepala adalah untuk melepaskan diri dari "bebanan kepala" dan keangkuhan pemikiran. Apabila menjalankan namoskar ini di hadapan orang tua, sannyasin, guru dan orang alim, yang kali keduanya itu adalah "wahana" puja kita kepada Tuhan. Orang yang menerima namoskar pula tak boleh beranggapan bahawa namoskar tersebut adalah hak miliknya. Sebaliknya namoskar tersebut bukan ditujukan kepada dirinya. Dia cuma wahana pembawa namoskar tersebut kepada Tuhan dan memuja Tuhan pula bagi pihak orang yang bernamoskar di hadapannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan