Siddhi merupakan kata nama bahasa Sanskrit yang diterjemahkan sebagai sempurna, pencapaian atau kejayaan. Istilah ini pertama kalinya disaksikan dalam kitab Mahabharata. Dalam Panchatantram, seorang siddhi digambarkan mempunyai kemahiran atau cabang kemampuan luar biasa. Dalam Manusmrthi, ia merujuk kepada selesainya hutang piutang.
Dalam Sangkhya Karika dan Tattva Samasa, ia merujuk kepada pencapaian lapan siddhi yang menjadikan seseorang itu tidak sakit lagi sebab kejahilan, untuk menambahkan pengetauan dan merasai nikmat. Dalam ajaran Buddha Tantra, ia merujuk kepada kuasa sakti menerusi psikik atau mempunyai makna kuasa ajaib menerusi kebolehan luar biasa yang diperolehi.
Kuasa yang diperolehi misalnya boleh melihat jarak jauh, terangkat di udara, menjadi kecil sekecil zarah, menjadi benda, boleh melihat kejadian masa lampau, kelihatan berada di tempat-tempat berlainan dan lain-lain. Istilah ini ada juga diguna dalam ayat sarvadarshanasamgraha oleh Mathavacharya pada kurun ke-12 masehi.
Dalam Yoga Sutram dari Patanjali IV.1 dinyatakan:
"Janma aushadhi mantratapah samadhijah siddhayah".
Janma : kelahiran
Aushadhi: tumbuhan berubat
Mantra: bacaan, jampi
Tapah: haba, membakar, sinaran, amalan bakti orang alim, membakar nafsu demi mencapai kesempurnaan, amalan pembakaran segala yang tak murni
Samadhi: serapan penuh, tapa bersangatan
Jah: lahir
Siddhayah: kesempurnaan, pencapaian, pemenuhan
Terjemahan ke bahasa Melayu oleh Northern Gate, dari bahasa Inggeris oleh Iyengar (1966,2002: m.s 246):
"Pencapaian boleh terjadi melalui kelahiran, penggunaan barangan berubat dari tumbuhan, jampi bacaan suci, disiplin diri atau semadhi".
Lima Siddhi Yogatapa
Dari Bhagavat Puran...
1. trikalajnyatvam mengetahui yang lampau, kini dan ke depan.
2. advandvam ketahanan terhadap haba, sejuk dan lain-lain yang berlawanan.
3. paracitta aadi abhijnyata membaca pikiran yang lain dan seterusnya.
4. agni, arka, ambu, visha aadiinaam pratishtambhah memeriksa pengaruh api, surya, air, racun dan lain-lain.
5. aparaajayah kekal tidak terjajah oleh sesiapa.
Lapan Siddhi Awalan
Ashta Siddhi menurut ajaran agama Hindu....
1. Annimaa mengecilkan tubuh sampai jadi seperti zarah.
2. Mahima membesarkan tubuh sebesar yang boleh.
3. Garima menjadi berat seberatnya.
4. Laghima menjadi tak ada berat.
5. Praapti boleh ke mana-mana sesuka hati.
6. Praakaamya menyedari keinginan orang lain.
7. Ishtva mempunyai ketuanan mutlak.
8. Vasytva mampu menakluki yang lain.
Lapan punca Siddhi digariskan oleh Kapila dalam sutranya seperti ayat 51 dalam Samkhyakarika....
1. Uuha berdasarkan kepada samskara kelahiran lampau, pencapaian pengetahuan kira-kira 24 tattva menerusi pemeriksaan salingkaitan makhluk yang berkesadaran dan tak berkesadaran sama ada yang boleh diteka atau tak boleh diteka.
2. Shabad pengetahuan diperolehi dengan belajar dan berapat dengan orang yang dicerahi iaitu menjadi upadesha guru.
3. Addhyyan pengetahuan menerusi pengajian kitab veda dan lain-lain kitab sokongan.
4. Suhritprapti pengetahuan diperolehi dari orang berhati bersih, semasa berhubungan dengan mereka dalam usaha penyebaran pengetahuan.
5. Daan pengetahuan diperolehi tidak mengira keperluan seseorang apabila dia sebenarnya sudah memenuhi keperluan orang yang berada dalam pencarian kepada kebenaran tertinggi.
6. Aadhyaatmik dukkhaan kebebasan dari kesakitan, kekecewaan dan lain-lain akibat munculnya keluputan sebab kurangnya pengetahuan kerohanian, pengetahuan dari alam ghaib dan pengalaman hidup.
7. Aadhibhautik dukkhaan kebebasan dari kesakitan serta yang berkaitan akibat timbulnya keterikatan kepada punya dan terikat dengan pelbagai faedah kebendaan.
8. Aadhidaivik dukkhaan kebebasan dari kesakitan dan lain-lain disebabkan oleh nasib atau disebabkan oleh terlalu terkesan dengan aliran nasib.
Pencapaian lapan jenis siddhi ini membuatkan seseorang itu bebas dari penyebab kesakitan akibat kejahilan melalui pengetahuan dan pengalaman menikmati nikmat pemberian-Nya dalam hidup. Tujuan samkhya adalah bagi menghapuskan segala jenis kesakitan di jiwa dan tubuh seterusnya mencapai keselamatan dan kebebasan dari kesakitan.
Sepuloh Jenis Siddhi Menengah
Dalam Bhagavata Puran, Krishna menggambarkan sepuloh jenis ini sebagai....
Anurmi mattvam tidak terganggu dengan kemarahan, dahaga, dan lain-lain gangguan tubuh badan. Dura sravann mendengar benda dari jauh. Duura darsannam melihat benda dari jauh. Manah javah menggerakkan tubuh ke mana sahaja difikirkan hendak pergi atau meraga sukma. Kama rupam mengambil rupa diingini.
Parakaaya praveshanam memasuki tubuh yang lain. Svachanda mertyuh mati bila-bila diingini. Devaanaam saha kriidaa anudarsanam menyaksikan dan mengambil bahagian dalam kegiatan senggang para dewa (makhluk kayangan). Yathaa sankalpa samsiddhih pencapaian sempurna dari azamnya. Aajnyaa apratihataa gatih arahan atau permintaan tiada pernah terhalang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan