Khamis, 17 Januari 2013

Siddha


Siddha maksudnya seorang yang sempurna. Ia merujuk kepada guru-guru yang menurut pemahaman orang Hindu sudah melepasi ahamkara (ego), menakluki minda mereka untuk berkhidmat kepada Kesedaran mereka, dan merubah tubuh (terdiri daripada guna-guna rajotama yang tebal) kepada tubuh lain yang dikuasai oleh sattva (kemurnian). Biasanya seseorang menjadi siddha menerusi pertapaan yang berterusan.   

Menurut kepercayaan Jina, siddha merupakan jiwa-jiwa yang dibebaskan kerana sudah menghapuskan semua ikatan karma (hukum perbuatan). Siddha tak mempunyai sebarang tubuh, tapi hanya berada dalam bentuk jiwa yang murni. Mereka berdiam di siddhashila yang terletak di atas sekali daripada alam semesta.

Seorang siddha ditakrifkan juga sebagai siddhi orang yang mendapat pengetahuan dari alam ghaib. Mereka mempunyai kebolehan kerohanian yang dianggap sebagai kebolehan yang timbul dari seorang yang dalam perjalanan menuju ke arah dunia siddha. Mereka bukan siddha yang tetap yang sudah berada dalam keadaan pranava atau aum iaitu asas kepada penciptaan.

Siddhi dalam bentuk murninya bermaksud pencapaian jati diri tiada cela dengan Hakikat atau Brahman. Roh yang sempurna. Menurut falsafah Kashmir Saiva, siddha boleh merujuk kepada siddha guru yang menerusi saktipat mengangkat pelajar masuk ke dalam yoga. Caranya mungkin menerusi pembacaan mantra-mantra, sentuhan, melihat, atau menerusi pemikiran melalui ajnachakram atau mata ketiga.       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan