Ajaran Guru Sri Vira Brahmendra tentang Shatchakra menyatakan bahawa walaupun cahaya mentari jatuh pada lumpur dan kotoran serta 50 mata benda, matahari yang mengeluarkan cahayanya masih tidak disentuh apa-apa, langsung tak kotor.
Sama lah halnya dengan benda-benda berbau busuk dari sthula deham atau kama krodha (kemarahan dan nafsu), jenis-jenis kemaksiatan atau sukshma deham atau agyana (kejahilan) atau dengan karanna deham langsung tak menjejaskan kehadiran-Nya dengan kita. Dia Yang Maha Agung masih kekal tidak tergugat pun dengan benda-benda itu walaupun Dia hadir sekitar tubuh kita. Seseorang yang menjalankan Sri Guru Seva dengan bakti dan meneliti atau mengkaji hikmat-hikmat dari kitab suci, akan mendapat sukshma drushti (pandangan penuh teliti).
Tubuh kita ini tediri daripada lima jenis tatvam, tujuh dhatu dan 10 jenis nadi yang mengandungi tujuh padma dalamnya...
1. Muladhara Chakra
Chakra ini terletak di dekat lubang dubur. Warnanya merah dan ada empat kelopak iaitu va, sa, sha, sa. Ia dari bentuk konsonan na dan mantram nya na. Ia merupakan ciri kepada tanah atau prudhvi tatvam atau prudhvi nilayam. Empat sudut. Sini ada adhara lingam bersama dengan iksha shakti atau kuasa keinginan. Dalam chakra ini dalam satu ghadiya (menit), 40 vidhadiya (saat), 600 kali dalam paramahamsa japam terjadi. Dewa Vinayaga merupakan dewata pelindung di chakra ini.
2. Svadhishthana Chakram
Terlatak pada jarak dua jari atas muladhara chakram. Mengandungi enam kelopak dan ada tiga sudut. Ia dari bentuk konsonan ma dengan mantramnya ma. Warnanya putih dan ia merupakan diwakili oleh jalasthanam atau jalatatvam unsur kepada air. Bentuknya jihvakaara dan pakshiakara. Ada enam kelopak dikenali sebagai ba, bha, ma, ya, ra, la. Di situ guru lingam berada dengan kriya sakti (kuasa tindakan). Pada chakra ini, dibaca kepada dewa Brahma 6000 paramahamsa japam selama 40 menit dan 40 saat. Dewa pelindung adalah dewa Brahma.
3. Manipuraka Chakram
Terletak atas daripada svadihisthana chakram jaraknya tiga jari. Ia berada dekat dengan nabhi (pusat) melingkar sekitar nadi (saraf). Ia bersinar seperti mani (permata) dan biru warnanya. Ia dari bentuk konsonan shi dengan mantramnya shi. Mengandungi 10 kelopak, iaitu da, dha, ana, ta, tha, da, dha, na, pa, pha. Ia mempunyai tejam (aura) hebat dan bentuk seperti netrakaram (mata) dan pithakakruti. Dewa Vishnu menjadi pelindung adhishthana dewata kepada chakra ini. Sivalingam sini berada bersama dnegan gyana sakti atau kuasa pengetahuan. Tempat ini disebut sebagai agnimudra nadodhbhavasthanam atau lambang agni dan pemula kepada nadam atau bunyi. Bacaan 600 paramahamsa japam dalam enam menit dan 40 saat.
4. Anahata Chakram
Letaknya 10 jari atas manipuraka dekat dengan hdrudaya sthanam atau hati bersinar cemerlang warna kuning. Mengandungi 12 kelopak dan merupakan tempat asal semua ayat atau samasta vakyodh bhavasthanam.
12 kelopaknya itu dengan aksara ka, kha, ga, gha, inya, cha, chha, ja, jha, nya, ta, tha. Ia tempat berdiam Vayu atau vayusthanam. Ia mempunyai tvagindriya karannam dan berada dalam bentuk lingakruti. Dewa Rudra merupakan adhisthana devata di chakram ini dan charalingam bersama dengan bijasakti. Dalam 16 menit, 40 saat berjalannya paramahamsa japam di sini.
5. Vishuddha Chakram
Atas dari anahata chakram 12 jari jaraknya. Warnanya putih. Ada 16 kelopak iaitu a, aa, i, ii, u, uu, r', ru, lre, lri, ae, ai, o, ou, ang, aha... Bentuknya matchakruti iaitu bentuk ikan dan rupanya rupa ya. Mantram nya aksara ya.
Chakram ini adalah srotrasthanam dan berada dekat dengan kanthasthanam atau peti suara. Warnanya macam warna cetusan api iaitu jiyothi varnam. Di sini juga ada jivatma (roh). Dewi Saraswati berjaga di sini kerana dewi Saraswati adalah Vagadevi. Prasadalingam dan Adisakti berada sama situ dan mudranya angkasa mudra. Dua menit 40 saat 1000 kali paramahamsa japam berlaku...
6. Agneya Chakram
Jarak 12 jari dari vishuddhana chakram pada bhrumadhyasthanam tengah-tengah kening. Ada dua kelopak pada chakram iaitu hrim dan ksham. Bentuknya seperti aksara om pemula ongkara brahmana mantram. Ia tempat kepada anthahkarannam. Warna nya emas svarnavarnam. Sinarannya bak api. Sang Eswara menjadi dewata penunggu di chakram ini.
Chakram ini tempat mulanya segala ciptaan atau sarvasrushtisthanam. Ia ada prakasha mudram dan mahalingam serta parasakti bersama. Dua menit, 46 saat, 1000 kali paramahamsa japam terjadi.

7. Sahasrara Chakram
Sangka mahkota chakram atas daripada visuddha chakram itu ada satu liang dikenali sebagai brahmarandhram iaitu tempat letaknya chakram ini. Ia mengandungi 1000 kelopak dan sinarannya cemerlang.
Bentuknya seperti aksara suara om secara senyap dalam mantram. Ini tempat segala buddhinilayasthalam atau pengetahuan. Ia lah penyebab kepada perjalanan alam semesta. Tapi tiada titik pemula. Ia dari sakshidananda rupam. Dewata penunggu menjaga chakram ini adalah sri guru murthi iaitu dewa panchamugi sadasivam.
Ongkaralingam berada sama dengan Jiyotirmayi. Ia tempat kepada pranavasthanam dan mudranya wimalagyanamudram. Paramahamsa japamnya berlaku 1000 kali dalam dua menit 46 saat.
Angin yang melalui semua shapta chakram ini dinamai prannam.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan