Ini adalah nyanyian Maharaja Rawana pada kalanya baginda sedang tapa semadhi meminta darsana dari Sang Sambo dewa Siva. Muzik video lama ini diambil dari wayang gambar berjudul Bhuukailasa yang berbahasa Telugu dari wilayah Andhra Pradesh. Penyampai lagu adalah encik Ghantasala.
Judul lagu ini adalah Nilakantha Raa yang bermaksud mari lah wahai yang bertekak biru merujuk kepada dewa Siva Maheswara. Kisah dari wayang ini menceriterakan tentang perang Amaravati iaitu peristiwa peperangan antara Rawana sebelum menjadi maharaja dan melawan Betara Indera... Penghujung nyanyian gita ini Betara Indera bersembang dengan Resi Narada tentang bagaimana mereka dapat menghancurkan tapa semadhi Sang Rawana kerana bimbang dewa Siva muncul di hadapannya dan memberi pahala...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan