Isnin, 4 Februari 2013

Upanishad Sri Vajrasucika


Harih om
Vajrasucim pravaksymi sastram-ajnana-bhedanam. 
Dusanam jnanahinanam bhusanam jnana-caksusam.

Kini, akan terus ku sambung menerangkan tentang Vajrasuci iaitu senjata menghapuskan kejahilan. Ia adalah musuh bagi barangsiapa yang menentang ilmu pengetahuan dan ia menghiasi seorang itu dengan pandangan kedewataan.

Brahma, ksatriya, vaisya, sudra iti catvaro varnas tesam varnanam brahmana eva pradhana iti veda, vacanu, rupam smrtibhirapyuktam. 

Empat kasta lah semuanya, brahmana, kesatria, vaisya, dan sudra. Daripada semua ini, brahmana itu lah yang terkedepan. Ini diisytiharkan lah melalui smriti-smriti dan veda-veda.

Tatra codyam asti ko va brahmano nama kim jivah kim dehah kim jatih kim jnanam kim karma kim dharmika iti.

Dalam persoalan yang dibangkitkan, "Siapakah yang dipanggil brahmana itu?" Dalam kalangan jiwa, deha (tubuh), jati, jnana (pengetahuan), karma (kerja), dan tugasan (dharma), apakah yang membentuk brahmana itu?"

Tatra prathamo jivo brahmana iti cet tanna. atitanagatan eka dehanam jivasyaika rupatvat eksyapi karma vasadan eka deha sambhavat sarva, sariranam jivasyaika rupatvacca. Tasmat na jivo brahmana iti.

Pertamanya, sejak jiwa itu bahagian daripada Brahman, dan ia hidup, adakah itu yang menjadikan seseorang itu brahmana? Tidak. Jiwa itu bukan seorang brahmana. Tiada terbilang lah jiwa yang menerima tak terkira banyaknya tubuh menurut karma mereka, oleh itu jiwa itu tiada boleh dipanggil sebagai seorang brahmana.

Tarhi deho brahmana iti cet tanna. acandaladi paryantanam manusyanam pancabhautikatvena dehasyaika rupatvajjaramarana dharmadharmadi samya darsanat brahmanah sveta varnah ksatriyo raktavarno vaisyah pitavarnah sudrah krsnavarnah iti niyambhavat. Pitradi sarira dahane putradinam brahmahatyadi dosa sambhavacca. tasmat na deho brahmana iti.

Jadi, adakah tubuh itu seorang brahmana? Tidak. Tubuh (yang terbentuk daripada lima unsur) seorang candala begitu juga dengan manusia lain pun tertakluk kepada usia tua dan kematian. Brahmana itu dipanggil lah puteh, kesatriya itu merah, vaisya itu kuning dan sudra itu hitam hanya kepada tahap-tahap kesederan yang berbeza sahaja. Dengan membakar tubuh itu, tidak lah membebaskannya daripada dosa membunuh seorang brahmana, dan bukan juga tindakbalas kepada dosa itu berpindah kepada anaknya. Sama juga halnya, kedudukan brahmana itu bukan berdasarkan kepada keadaan tubuh seseorang itu, dan tidak juga kedudukan itu dipindahkan hanya dengan melepaskan air benih dan membuat anak-anak. Makanya, tubuh itu tidaklah menjadikan seseorang itu brahmana.   

Tarhi jati brahmana iti cet tanna. Tatra jatyantarajantusuvanekajatisambhavat maharsayo bhavah santi. Rsyasrngo mrgyah kausikah kusat jambuko jambukat valmiko valmikat vyasah kaivarta kanyakayam sasaprsthat gautamah vasisthah urvasyam agastyah kalase jata iti srutatvat etesam jatya vinapyagre jnanapratipadita rsayo bahavah santi. Tasmat na jati brahmana iti.

Jadi, adakah jati kelahiran itu yang menjadikan seseorang itu brahmana? Tidak. Kerana sejak banyak jiwa itu muncul dari kedudukan-kedudukan lain. Risyasrnga dilahirkan dari seekor rusa. Kausika dari rumput kusa. Jambuka dari seekor serigala, Valmiki dari busut anai-anai, Vyasa anak kepada puteri nelayan, Gautama dilahirkan dari belakang seekor arnab, Vasistha dilahirkan dari seorang Urvasi iaitu gadis bidadari dalam istana Betara Indera, dan Agastya pula dilahirkan dari kendi. Itu lah yang kita dengari. Ada ramai lah resi-resi yang berdiri dahulu dalam kalangan guru-guru yang mendapat pengetahuan ghaib, namun tidak mengetahui keadaan kelahiran mereka. Makanya, kelahiran tak membuat seorang itu menjadi brahmana.

Tarhi jnanam brahmana iti cet tanna. Ksatriyadayo'pi paramartha darsino'bhijna bahavah santi tasmat na jnanam brahmana iti. 

Apakah ilmu itu yang menjadikan seorang itu brahmana? Tidak. Kerana ramai daripada kesatriya dan lain-lain yang belajar pun mengetahui hikmat kedewataan. Makanya, bukan ilmu yang menjadikan seorang itu brahmana.      

Tarhi karma brahmana iti cet tanna. Sarvesam praninam prarabdha sancitagami karmasa dharmya darsanat karmabhiperitah santo janah kriyah kurvantiti. Tasmat na karma brahmana iti. 

Jadinya, apakah karma itu yang menjadikan orang itu brahmana? Tidak. Kerana semua makhluk itu pun dipenuhi dengan karma dari kelahiran lampau dan hidup di masa hadapan dengan karma lampau dan dharma lampau dalam dunia perbuatan dan tindakbalas. Menurut kepada kehendak-kehendak karma, ia akan tetap terkait dengan nasib kesan karmanya dan terus hidup dalam dunia perbuatan dan tindak balas. Seorang brahmana itu lebih lah daripada itu. Makanya karma bukan penyebab kebrahmanaan seseorang. 

Tarhi dharmiko brahmana iti cet tanna. Kastriyadayo hiranyadataro bahavah santi. Tasmat na dharmiko brahmana iti. 

Jadi, adakah pelaksana dharma itu seorang brahmana? Bukan. Kerana ramai juga kesatriya yang kuat beragama dan memberi dana sumbangan emas berkodi-kodi. Jadinya, perbuatan dharma itu bukan penyebab seorang itu menjadi brahmana.

Tarhi ko va brahmano nama. Yah kascid atmanam advitiyam jati guna kriyahinam sadurmisad bhavetyadi sarva dosa rahitam satya jnanandananta svarupam svayam nirvikalpam asesa kalpadharam asesabhutaryamitvena vartamanam antarbahis cakasavadanu syutama khandananda svabhavam aprameya manu bhagai kavedyam aparoksataya bhasamanam karatalamalakavat saksad aparoksi krtya krtarthataya kamaragadi dosa rahitah sama damadi sampanni bhava matsarya trsna asa mohadirahito dambhahankaradi bhira sampsprsta ceta vartata eva mukta laksano yah sa eva brahmaneti sruti smrtitihasa puranabhyam abhiprayah.

Jadi siapakah brahmana itu??? Brahmana itu adalah yang terserap dalam Diri yang Maha Tinggi. Dia bebas daripada segala sifat-sifat biasa jati, karma dan nilai kebendaan. Sifatnya itu adalah dia berbahagia dengan ilmu tentang Kebenaran Tertinggi yang tiada terbatas. Brahmana sebenar itu adalah dia yang benar-benar terserap dalam ruangan tiada terbatas, tiada batasan, orang yang tertinggi mutlak yang hadir dalam hati setiap orang. Tuan yang Maha Tinggi itu tidak terbahagi-bahagi dan sifat-Nya itu mencakupi keseluruhan. Brahmana begini bebas daripada segala kesilapan hawa nafsu, kemaharan, ketamakan, takbur, berkhayal dan dengki khianat. Dia mempunyai 12 ciri-ciri seorang brahmana yang bermula dengan sikap tenang aman dan mengawal diri. Dia tidak pernah cemburu dan bebas daripada maya dan daripada sikap takbur bongkak serta bebas sikap tidak sedar diri. Barangsiapa yang bersikap dengan ciri-ciri ini, maka dia lah brahmana. Inilah pendapat sruti, smrti, itihasa dan purana segala. Tiada sebarang pemberian dari kesempurnaan pun yang mampu memindahkan kedudukan brahmana ini.  

Anyatha hi brahmanatva siddhirnastyeva

Selesai sudah lah Upanishad Sri Vajrasucika.... Dari Sama Veda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan