Ahad, 21 Julai 2013

Guru Wiyasa Purnima

Om Swastiastu!


Hari bulan purnama dalam bulan Ashad (Julai-Ogos) merupakan hari suci bertuah bagi Sri Guru Purnima. Tahun ini, ia jatuh pada Wara Chandra tanggal 22 Julai 2013. Pada hari ini, peringatan suci mengenai Maharesi Weda Wiyasa dijalankan dengan para Sannnyasa bertempat tinggal di beberapa tempat untuk belajar dan berbincang tentang Brahma Sutram yang tiga kali direstui dan dikarang oleh Begawan Maharesi Weda Wiyasa. Mereka juga melibatkan diri dalam pembacaan Wedanta dan penyelidikan dresti.

Maharesi Weda Wiyasa telah menjalankan sewah yang tak terhingga nilainya kepada kemanusiaan pada sepanjang yugam apabila beliau menyunting Caturweda, mencatit 18 puranam, Mahabharata dan Srimad Begawadgitam. Tak terbalas oleh kita akan jasanya itu melainkan dengan kita berhutang budi kepadanya, mempelajari segala karyanya dan mengamalkan segala ajaran catitannya selain menurunkan pula kepada turunan masa depan dalam Yugam Besi ini.

Satu cara menghormati beliau, diadakanlah Wiyasa Puja pada hari ini. Pelajar-pelajar akan memuja pemandu kerohanian mereka. Orang suci, pedanda dan orang-orang yang berkebaktian kepada Sang Hiyang dihormati dan dihiburkan menerusi amalan-amalan kebajikan tuan-tuan rumah yang ikhlas hati.

Gururbrahma gururwisnuh gururdewa maheswarah... Guru saksyat parabrahma tasmai sriguruwe namahah!

Masa Caturmasa atau empat bulan bermula dari hari ini. Sannyasa atau ajar-ajar sekelian akan tinggal di satu tempat semasa musim hujan empat bulan ini, belajar Brahma Sutram dan mengamalkan tapa semadhi. Makanan mereka cumalah susu dan buahan serta dibaca selalu japa mantram dan tapa. Belajar Brahma Sutram dan Guru Japa Mantram selepas perayaan Guru Purnima ini. Jika tuan budiman pun melaksanakannya seadanya turutlah akan menerima kebaikannya.

Sruti menyebut, "Bagi jiwa yang tinggi citanya, yang besar baktinya pada Sang Hiyang dan kebaktian pada gurunya itu mendalam bagaikan baktinya kepada Sang Hiyang maka rahasia yang tersirat di sini pasti bersinar gemilang pada pandangannya".

Guru itu Brahman, Yang Mutlak dan Dia lah sendiri. Dia lah yang memandu dan memberi wangsit kepada mu dalam kedalaman diri mu itu. Dia di mana-mana sahaja. Biar ada di dalam pandangan mu itu sudut pandangan baru. Perhatilah seluruh jagat raya ini sebagai rupa Sang Guru. Lihatlah tangan yang memandu jalan, suara yang menyedarkan, sentuhan Sang Guru yang mencerahkan dalam segala benda dalam ciptaan yang ini. Seluruh lokamaya ini akan berubah sebelum engkau menukar pandanganmu. Lokamaya sebagai Guru akan mendedahkan segala rahasia berharga kehidupan ini kepadamu, dan mengaruniai mu dengan hikmat kewicaksanaan atas mu. Guru Agung, sebagai yang terjelma dalam alam semulajadi yang tampak di matamu, akan mengajarkan mu pelajaran berharga dalam hidup. Pujalah Guru kepada Guru itu dalam pujai harian mu. Dia lah Guru yang mengajarkan Sang Awadhuta Dattatreyam.

Sang Dattatreyam dianggaplan sebagai Guru kepada Guru, pun masih menganggap Jelmaan Jagat sebagai Guru Nya dan mempelajari pelbagai pelajaran patham daripada 24 ciptaan-Nya dan dia dikatakan mempunyai 24 guru lah semuanya.

Ingatilah dan pujalah Guru Sri Wiyasa dan para guru semuanya yang kukuh berdiri dalam pengetahuan Jiwa Agung. Moga restu mereka sampai kepada mu! Moga kamu terputus dari kejahilan dan bersinar sebagai resi-resi yang mendapat ketenangan, kesukaan dan cahaya di mana pun!

Guru meri puja, guru gowindah guru mera para brahma guru bhagawan!

Lepas mandi merendam dirimu dalam air, maka pujalah padmapadam Guru mu, atau rupa Nya atau gambar Nya dengan bungaan, buahan, colok wangian dan kapur barus. Puasalah atau minum hanya susu dan buah-buahan seluruh hari. Pada rembang tengah hari, duduk bersama dengan anak bakti Guru yang lain dan berbincanglah dengan mereka tentang kegemilangan dan ajaran Guru mu!

Bolehlah juga kamu menjalankan wratam berdiam diri dan membaca pustaka-pustaka ikat atau tulisan Guru mu atau secara mental cuba menyemak ajaran para Guru. Ambil kesempatan pada hari suci ini untuk mencapai jalan kerohanian menurut jalan Guru mu. Pada malam hari, berkumpullah bersama anak bakti lain, bacalah puja nama Guru mu contohnya jika Guru mu itu Sang Sambu maka bacalah nama Nya... Om Nama Siwaya.... Pottrii... Pottri... 

Bentuk puja terbaik sekali dan kebaktian tertinggi pada Guru mu itu adalah mengamalkan ajaran Nya. Cuba menyerlahkannya dalam segenap jalan kehidupan mu dan menyebarkan kegemilangan pesanan titipannya itu ke serata lokamaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan