Jumaat, 5 Julai 2013

Kambuja Desam


Angkor ini merupakan ibu kota samrajiyam yang membentuk Kambuja Desa dan merupakan salah satu kuasa kemaharajaan yang agak kuat juga suatu ketika dahulu. Ia bermula dengan pecahan kerajaan Chenla, dan kemudian memerintah serta menjadi mandala pusat bagi kawasan rantau dalam Laos, Thailand dan selatan Vietnam moden.

Tatkala pembentukan samrajiyam ini, orang Khemir mempunyai hubungan kebudayaan, politik dan perdagangan yang rapat dengan Jawa dan seterusnya dengan samrajiyam Seriwijaya yang sempadannya berada di sempadan selatan wangsa Angkor. Warisannya itu adalah Angkor yang berada dalam Kemboja hari ini dan merupakan tapak kepada ibu kota pada samaya kegemilangannya. Angkor membayangkan bahawa samrajiyam itu melindungi beberapa rupakara kepercayaan menurut samaya tertentu. Agama resminya termasuklah agama Hindu dan ajaran Buddha aliran Mahayana. Kemudian, ajaran Buddha aliran Therawada mula menjadi terkenal dalam kalangan rakyat jelata bawahan selepas diperkenal dari Seri Lanka pada satawarsa ke-13 M. Baru-baru ini, imej satelit menunjukkan bahawa kota Angkor ini merupakan pusat sebelum kemunculan kota di loka ini. Ia sudah wujud dari satawarsa ke-9 M sampai ke satawarsa ke-13 M.

Yang ada bukti bertulis untuk Angkor pun cuma prasasti berbahasa Sanskerta sahaja. Pengetahuan mengenai Angkor itu diperolehi dari:
  • Carigali purwa, pembentukan semula dan penyiasatan.
  • Prasasti atau piring tembaga yang diletakkan di pura melaporkan kejadian politik dan juga dana keagamaan raja-raja.
  • Tinggalan ukiran pada dinding-dinding pura yang menunjukkan perbarisan tentera, kehidupan di istana, keadaan di pasar dan kehidupan harian penduduk.
  • Laporan dan babad yang dicatit oleh rajaduta Cina, pedagang dan pengembara.
Pada permulaan samrajiyam Khemir ini yang dicatit bermula pada 802 M, raja Jayawarman II membuat omkar bahawa baginda itu adalah Cakrawartin atau Maharaja di Phenom Kulen.

Kebudayaan dan Kemasyarakatan

Banyak laporan mengenai orang Khemir purwa diperolehi dari prasasti dan juga dari laporan Zhou Daguan. Semua ini memberi samacara tangan pertama untuk satawarsa ke-13 dan yang awal lagi. Orang Khemir purwa sangat bergantung kepada penanaman padi. Petani menanam padi di tebing Tonle Sao atau berhuma di atas bukit-bukit bila tanah rata banjir.

Ladang-ladang disaliri oleh baray-baray atau simpanan air besar serta saluran air kecil. Pokok nira nipah, pokok buah-buahan dan sayuran ditanam di kampung-kampung. Perikanan memberikan sumber protein utama kepada penduduk. Mereka akan membuat Prahok atau ikan pekasam, ikan bakar, ikan kering atau Pais Ikan. Nasi merupakan makanan utama yang dimakan bersama ikan. Babi, lembu dan ternakan seperti ayam itik dibela di bawah rumah petani yang dibina atas tiang-tiang sebab lembangan selalu dilanda banjir. Rumah petani biasanya terletak dekat dengan sawah padi di hujung kota, dengan dinding rumah dianyam daripada buloh-buloh, bumbung dari dedaunan nipah dan bahagian rumah di atas tiang. Rumah terbahagi kepada tiga bahagian. Satunya bilik ibu bapa, yang lainnya untuk anak perempuan dan yang terbesar sekali untuk ruang tamu. Anak lelaki boleh tidur di mana-mana seperti kebiasaan orang Hindu lain. Dapur terletak di belakang rumah atau di bahagian yang berasingan.

Orang bangsawan dan raja pula tinggal di istana atau rumah-rumah yang lagi besar dalam kota. Keadaan binaan rumah samalah seperti rumah petani cuma bumbungnya dari tatal kayu dan mempunyai lebih banyak bilik dan berhiasan ukiran. Orang biasa memakai pakaian dikenali sebagai sampot. Raja memakai pakaian yang lebih baik lagi dan memakai kain songket. Wanita memakai bengkung di dada manakala wanita bangsawan memakai bengkung yang lagi panjang sampai melimpasi bahunya. Semua laki-laki dan wanita memakai Krama. Agama utama itu agama Hindu yang memuja Betara Wisnu dan Siwa. Kemudian ajaran Buddha diikuti orang awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan