Pembukaan Ibukota Angkor: Jayawarman II
Raja Jayawarman II (pada singgahsana 790-850) dianggap ramai sebagai raja yang memulakan tapak bagi kota Angkor dalam itihasa bangsa Kemboja. Ia bermula dengan upacara perletakan batu dasar yang gilang-gemilang dijalankan baginda Seri Maharaja Jayawarman pada 802 di Gunung Suci Mahendra Parwata yang kini dipanggil sebagai Phenom Kulen bagi merayakan kemerdekaan Kambuja Desam dari penjajahan wangsa Sailendra dari Jawa Tengah. Aku kurang pasti bangsa apa wangsa Sailendra itu, tapi berdasarkan penyiasatan dan pembentukan semula itihasa samaya moden ini pastilah wangsa Sailendra itu mempunyai pertalian dengan Kambuja Desam atau terbuang sampai ke Jawa Tengah akibat pergelutan lampau. Jika tidak dengan pengetahuan mengenai tempat itu, pastilah mereka tidak akan senang-senangnya sampai ke huluan di utara sana.
Pada upacara tersebut, Phra Kumara Jayawarman II membuat omkara Kamraten Jagatta Raja di Kambuja Desam lantas memakai gelar Dewaraja dan menjadi adiraja sejagat. Menurut kepada sumber-sumber setengahnya, Phra Kumara Jayawarman II ini pernah beberapa ketika dikurung di Jawa Tengah pada pemerintahan wangsa Sailendra yang memegang tampuk kemaharajaan samrajiya Seriwijaya. Maka bhawana Dewaraja ini mungkin juga dibawa ke huluan utara dari Jawa. Pada ketika itu, wangsa Sailendra ini memegang kuasa di Pulau Jawa, Pulau Sumatera dan Semenanjung Malaya serta beberapa bahagian di Kambuja Desam. Samacara mulaan mengenai Phra Kumara Jayawarman II ini datang dari prasasti K.235 di piring tembaga Pura Sĕdok Kok Thom di rantau Timur Laut Thailand kini pada tanggal tahun 1053. Prasasti itu menceterakan mengenai keluarga Brahmana yang memberikan sewah kepada istana Kambuja Desam dengan upacara Hindu aliran Saiwa.
Menurut kepada penafsiran lama yang lebih kukuh, dikatakan bahawa Phra Kumara Jayawarman II merupakan seorang putera raja yang tinddal di istana wangsa Sailendra di Jawa (kini Indonesia) dan membawa pulang bersama dengannya kesenian dan juga kebudayaan wangsa Sailendra di Jawa itu ke Kambuja Desam. Teori klasik ini kemudian disemak semula sarjana moden seperti Claude Jacques dan Michael Vickery yang menyedari bahawa negara Chempa bersebelahan Kambuja Desam itu pun dipanggil oleh orang Khemir sebagai Chĕwea atau Jawa. Tambahan pula, kerjaya baginda Phra Kumara Jayawarman II ini bermula di Wiyadhapuram yang kemungkinannya di tapak Banteay Prei Nogor di Timur Kemboja yang menunjukkan bahawa kemungkinan juga baginda berhubungan lama dengan orang Chempa jika dibandingkan dengan tinggal di Pulau Jawa yang jauh ke selatan.
Akhir sekali, banyak pura awal di Phĕnom Kulen menunjukkan pengaruh Chempa contohnya seperti di Prasat Damrei Krap dan pengaruh Jawa di pura gunungan Aream Rong Cen dan Prasat Thĕmar Deap. Mungkin juga ada percampuran senibina tempatan tapi pengaruh-pengaruh luar itu pun ada. Selepas baginda Jayawarman II berpulang ke Kambuja Desam di kerajaan Chenla, baginda segeralah membangunkan pengaruh, menakluki beberapa kawasan yang diperintah raja-raja lain yang bersaingan, dan pada 790 M baginda menjadi raja di anacakra yang digelar sebagai Kambuja oleh segala puak Khĕmir. Dalam tahun-tahun berikutnya pula, baginda memperluas mandalam sehingga terbangunnya ibu kota baru Hariharalaya di pekan Kemboja moden, Roluos.
Baginda oleh itu, meletakkan dasar bagi Angkor yang kemudian terbangun 15 km dari Barat Laut Kemboja kini. Pada 802, baginda membuat omkar menyatakan bahawa baginda itu Cakrawarti dengan upacara Hindu Brahmana. Maka baginda bukan sahaja menjadi pemerintah yang dilantik secara diwiya dengan pemujaan kepada dewata dan Sang Hiyang, sebaliknya juga menyebabkan raja-raja lain tidak dapat membantah serta menyatakan bahawa rantau itu bukan jajahan wangsa Sailendra di Jawa lagi.
Cakrawarti Jayawarman II ini mangkat pada 834 lalu digantikan anakanda baginda Phra Kumara Jayawarman III. Phra Kumara Jayawarman III pula mangkat pada 877 lalu diganti oleh Phra Raja Indrawarman I.
Kota Yasodhapuram
Pengganti Phra Raja Jayawarman II terusan memperluas negara mereka. Phra Raja Indrawarman I (s. 877-899) berjaya memperluas kuasa tanpa sebarang perang. Baginda kemudian memulakan projek pembinaan yang besar menerusi kekayaan dana negara dari kegiatan perdagangan dan pertanian. Utama sekali, Pura Preah Ko dan juga saliran air dibina lagi. Kemudian, anakanda baginda Phra Kumara Yasowarman I (s. 899-915) membangunkan ibu kota baru iaitu Yasodhapuram. Kota ini merupakan kota pertama dalam negara kota Angkor. Pura Raya Yasodhapuram adalah di Phĕnom Bakheng. Ia adalah sebuah bukit yang mencancang setinggi 60 m dari tanah datar di negara kota Angkor. Dalam pemerintahan baginda ini lah, Baray Timur dibina dengan takungan air sebanyak 7.5 sebesar 1.8 km.
Pada permulaan abad ke-10 M, kerajaan Kambuja Desam mula berpecah-pecah. Raja Jayawarman IV membangunkan ibu kota baru di Koh Ker kira-kira 100 km di Timur Laut Angkor. Hanya dengan pemerintahan maharaja Rajendrawarman II (s. 994-968) sahaja istana diraja kembali ke Yasodhapuram. Baginda kembali membangunkan pura-pura besar di kawasan Angkor di Mebon Timur, di atas pulau di tengah-tengah Baray Timur serta beberapa wihara Buddha dan cetiya. Pada 950, perang pertama terjadi antara Kambuja Desam dengan Chempa Desam di sebelah timur (dalam Vietnam).
Anakanda Phra Raja Rajendrawarman II, Phra Kumara Jayawarman V bersinggahsana pada 968-1001 kemudian menjadi maharaja baru memerintah di atas putera-putera raja lain. Pemerintahan baginda ini sentosa sahaja, ditandai dengan kegemilangan dan kebudayaan yang berkembang. Baginda membangun ibu kota baru ke Barat sedikit daripada ibu kota yang dibangun ayahanda baginda lalu dinamakannya Jayendranagari. Pura negeri itu dinamakan sebagai Pura Ta Keo di sebelah selatan ibu kota itu.
Dalam istana baginda maharaja Jayawarma IV, ada para joṃ dreśti, sarjana dan juga karyawan. Pura-pura baru juga dibangunkan dan yang utama sekali di Banteay Srei. Pura itu dianggap sebagai hasil kesenian terindah sekali di Angkor selepas pura pertama dari batu pasir iaitu Pura Ta Keo. Kemudian Kambuja Desam diperintah oleh Jayawarman V dan selepas itu baginda mangkat. Berlaku lagi pergelutan perang. Raja-raja cuma bertahan beberapa tahun sahaja sebelum dijatuhkan dengan pemberontakan oleh putera raja yang merebut kuasa. Selepas itu naik pula baginda Suryawarman I (s. 1010-1050). Pemerintahan baginda ini banyak kali juga menghadapi percubaan dan ramai putera lain cuba menjatuhkan baginda menerusi pemberontakan dan ketenteraan. Kuasa baginda tersebar sampai ke sebelah Lopburi dan Segenting Kra di Siam selain baginda ini keturunan puak Melayu (pra-Islam) dari negara Sri Dharmaraja. Di Angkor, baginda mengarahkan pembinaan Baray Barat yang kedua dan lebih besar lagi dengan keluasan 8 oleh 2.2 km. Tak diketahui pula jika baginda ini ada anak atau isteri-isteri.
Suryawarman II: Angkor Wat
Pada satawarsa ke-11 M, berlaku lagi pergelutan kejam merebut kuasa. Kemudian Kambuja Desam disatukan kembali oleh baginda Suryawarman II yang bersinggahsana 1113-1150. Dengan pemerintahan baginda ini, terbinalah Angkor Wat dalam tempoh 37 tahun yang disemahkan untuk Betara Wisnu Narayana. Phra Raja Suryawarman II menakluki negara Haripunjaya yang kini terletak di dalam Thailand sebelah utara. Seterusnya baginda mara ke Bagan di Myanmar kini dan masuk ke kerajaan Grahi di sebelah selatan Thailand (kini dikenali sebagai Negara Sri Darmaraja) dihuni oleh puak Melayu. Baginda turut masuk ke negara-negara kota di Champa Desam dan sampai ke sempadan selatan Laos kini.
Tak diketahui bagaimana penghujung hidup baginda Suryawarman II. Prasasri terakhir sekali menyebut nama baginda berkaitan dengan rencana penaklukan rantau di Vietnam pada tahun 1145. Baginda mangkat ketika kempen ketenteraan yang gagal di rantau Dai Viet sekitar 1145 dan 1150. Selepas itu berlaku lagi kejadian pemberontakan demi pemberontakan yang menimpa pengganti baginda. Pada 1177, Kambuja Desam kalah dalam perang air di tasek Tonle Sap apabila berperang tentera Champa Desam. Rantau Angkor dimasukkan ke dalam Champa Desam.
Jayawarman VII: Angkor Thom
Raja seterusnya Jayawarman VII (s. 1181-1219) sudah pun memegang tampuk adhipati laksamana tentera dengan gelar Phra Kumara sebelum melalui kenaikan menjadi raja. Selepas kejadian negara mereka dijajahi oleh orang Chempa, maka baginda mengumpulkan segala bala tentera dan cuba mendapatkan ibu kota. Baginda menyerang ayahanda baginda sendiri dengan harapan untuk naik ke singgahsana dan meneruskan perang dengan jiran timur mereka itu. Selama 22 tahun berperang maka kalahlah negara Chempa pada 1203, dan banyaklah rantau mereka dijajah oleh orang Khemir.
Jayawarman VII menjadi raja agung yang terakhir bagi kotaraya Angkor. Bukan sahaja sebab kejayaan baginda melawan orang Chempa, tetapi juga disebabkan pemerintahan kejam baginda dalam menyatukan samrajiyam mereka dan projek-projek besar dijalankan dalam pemerintahan baginda. Kota baru iaitu Angkor Thom dibuka oleh baginda dengan pembinaan Pura Bayon yang mewakili agama baginda iaitu ajaran Buddha Mahayana serta gopuramnya menunjukkan muka Bodisattwa Awalokiteswaram yang tertonjol keluar pada batu berukir.
Pura lain yang penting dibina baginda adalah Ta Prohm (Datuk Brahma), Banteay Kedei dan Neak Pean selain takungan air di Sereah Serang. Bersama dengan itu, ada jaringan jalanan yang panjang diturap, menyambungkan setiap pekan dalam samrajiyam itu. Ada juga 121 rumah singgah bagi pedagang, pegawai dan pengembara disediakan. Ada juga 102 rumah sakit.
Raja Jayawarman VIII: Yang Terakhir Berkuntum
Selepas kemangkatan Jayawarman VII, naiklah Phra Kumara Indrawarman II (1219-1243). Sama seperti ayahanda, baginda itu seorang penganut ajaran Buddha dan meneruskan pembianaan pura-pura yang dimulakan ayahandanya. Sebagai kesatria pula, baginda ini kurang berjaya. Pada 1220, disebabkan oleh tekanan dari kemaharajaan Vietnam di utara serta perikatan orang Chempa, maka banyaklah terpecah rantau-rantau yang dijajahi mereka dari Chempa sebelum ini.
Di Barat, orang Tai-Kadai yang merupakan sebahagian daripada rakyat Kambuja Desam memberontak lalu membentuk kerajaan sendiri dipanggil kerajaan Sukhothai. Mereka menolak orang Khemir masuk ke selatan. Selama 200 tahun seterusnya, orang Tai-Kadai kemudian menjadi saingan utama pula bagi Kambuja Desam. Baginda Phra Raja Indrawarman II digantikan baginda Jayawarman VIII (1243-1295). Berlawanan dengan raja sebelumnya, baginda ini mengikut ajaran Saiwa. Baginda didapati membenci ajaran Buddha dan menghapuskan segala rupa Buddha dalam samrajiyam Kambuja Desam. Dianggarkan para pencarigali purwa bahawa melebihi 10,000 rupa Buddha dipecahkan atas perintah baginda. Baginda turut menukar dengan paksa cetiya Buddha menjadi pura-pura Hindu.
Dari luar, samrajiyam Kambuja Desam diancam oleh ketenteraan Mongol yang diperintah oleh Kubilai Khan yang menghantar laksamananya, Sogedu. Sogedu ketika itu juga memegang jawatan sebagai adhipati Guangzhou dalam wangsa Yuan. Baginda raja mengelakkan peperangan dengan orang Mongol dengan membayar bunga pahar kepada maharaja wangsa Yuan. Pada 1295, baginda Jayawarman VIII dihapuskan oleh menantu baginda, raja Sri Indrawarman (1295-1309). Raja ini menganuti ajaran Buddha aliran Therawada yang banyak diikuti orang sebelah Barat Indo-China mengadap ke lautan Andaman.
Pada Ogos 1296, rajaduta China Zhou Daguan tiba di Angkor. Raja Sri Indrawarman masih memerintah di istana Angkor sehingga Julai 1297. Zhou Daguan bukan rajaduta pertama dan terakhir melawat Kambuja Desam. Tapi beliau menulis secara panjang lebarnya mengenai kehidupan di Angkor. Catitan beliau inilah yang penting kini bagi memahami keadaan sejarah di Angkor. Bersama dengan penerangan beliau tentang gopuram-gopuram batu di Pura Bayon, Pura Baphuon dan Angkor Wat sebenarnya pernah disaluti dengan emas berkilauan.
Dari 1327, tak ada lagi pura besar dibina. Sejarawan berpendapat bahawa keadaan itu terjadi disebabkan raja mula menganut ajaran Buddha aliran Therawada. Jadi tak perlu lagi kepada rupakara Dewaraja dan tak perlu juga membangunkan pura-pura besar untuk memuja dewata pelindung wangsa kerana kerajaan sudah dilindungi oleh ajaran baginda Buddha. Keadaan ini juga menyebabkan keluarga diraja hilang kekuasaan dan juga mula kekurangan pekerja. Pengurusan saliran air tak terurus dan penuaian berkurangan disebabkan oleh banjir dan kemarau. Sebelum itu, padi boleh dituai tiga kali setahun pun dan keadaan itu yang menjana kuasa Kambuja Desam. Disebabkan kurang hasil tuaian maka Kambuja Desam pun menjadi lemah.
Di sebelah Barat pula, kerajaan Tai-Kadai pertama kerajaan Sukhothai selepas daripada menyahkan kekuasaan Angkor di atas rantau itu, dijajahi pula oleh kerajaan kerjasama Tai-Kadai dengan bangsa lain di sebelah Lembangan Chao Phraya iaitu kerajaan Siam atau kerajaan Seri Ayuttaya pada 1350. Pada abad ke-14 M, kerajaan Siam menjadi saingan bagi Kambuja Desam. Menurut laporan, Siam pernah beberapa kali melancarkan serangan ke Kambuja Desam. Disebut juga, bahawa Kambuja Desam pernah dikalahkan juga tapi tak dijajahi oleh Siam. Kambuja Desam masih lagi diperintah oleh bangsawan tempatan yang setia dengan Siam. Lepas itu maka cetera Kambuja Desam pun hilang dari laporan sampai kepada jajahan Barat masuk ke Timur.
Ada bukti juga terjadi "Kematian Hitam" yang mempengaruhi keadaan di Kambuja Desam. Wabah ini dipercayai muncul di China pada 1330 dan sampai ke Eropah pada 1345. Kebanyakan kota pelabuhan yang berhubungan dengan China ke Eropah pun turut menerima kesan penyakit itu yang mempengaruhi pula kehidupan di kota pelabuhan di Asia Tenggara. Kematian Hitam ini disebabkan oleh kuman yang disebarkan oleh kutu tikus.
Pusat baru Kambuja Desam kemudian dipindahkan ke Oudong di rantau dalam Phenom Penh kini. Tapi ada juga peristiwa yang menunjukkan Angkor tak ditinggalkan sepenuhnya. Dalam senarai raja-raja Kemboja ada satu bahagian yang tak berpindah. Yang bahagian kedua berpindah ke Phenom Penh dan membentuk satu lagi kerajaan yang selari dengan yang di Angkor. Kejatuhan Angkor seterusnya itu disebabkan oleh pemindahan kegiatan ekonomi ke Phenom Penh. Kemudian berlaku percakaran antara keluarga diraja dan juga pembinaan-pembinaan projek membazir maka jatuhlah samrajiyam Kambuja Desam.
Kegagalan ekologi dan juga gangguan dalam pembinaan prasarana menjadi jawapan baru pula kepada kejatuhan samrajiyam Kambuja Desam. Projek Angkor Raya percaya bahawa orang Kemboja mempunyai rupakara takungan yang besar serta saliran yang digunakan bagi perdagangan, mengembara dan juga saliran tanaman. Saliran ini diguna untuk penuaian padi. Bila kependudukan meningkat maka perlu lah kepada lebih banyak air. Kegagalan ini disebabkan oleh kekurangan air dan banjir. Untuk menyesuaikan dengan kependudukan yang bertambah maka pokok-pokok ditebang di Bukit Kulen dan tanah ditebas sampai habis bagi penanaman padi. Kejadian ini menyebabkan saliran air sedia ada berkeladak apabila hujan turun. Sebarang kerosakan pada rupara air pastilah memberi kesan besar kepada ekologi. Baru-baru ini terjadi malapetaka jerebu yang melanda juga negara seperti Singapura dan Malaysia. Kejadian ini berlaku akibat pembakaran terbuka. Di sini tidak patut orang ramai salah menyalahkan sebaliknya harus diberitahu bahawa penebasan pokok dan pembersihan tanah secara terusan boleh membawa kepada kerosakan alam dan ia adalah dosa yang tersebut dalam pancha maha petaka!!! Lihat saja kejadian lampau di Kambuja Desam dan bandingkan sahaja dengan keadaan kini apabila ajaran para resi dan dewata ditinggalkan!
Dalam sebarang peristiwa juga ada tersebut Angkor masih diperguna sebagai tapak perayaan. Dalam pemerintahan raja Brahmaraja I (1566-1576), istana raja kembali ke Angkor semula selepas orang Siam kembali ke rantau mereka. Dalam satawarsa 17 M, ada prasasti mencatatkan penempatan orang Jepun sepanjang kawasan itu bersama dengan orang Khemir yang masih bersaki-baki di situ. Yang terutama terdapat cetera seorang tokoh bangsa Jepun bernama Ukondafu Kazufusa yang merayakan Tahun Baru Sakranti di situ pada 1632.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan