Negara-negara kota Pyu ini merupakan rentetan negara kota purwa yang sudah ada sejak satawarsa ke-2 SM lalu bertahan sama pertengahan satawarsa ke-11 M di Myanmar Atas. Negara kota ini semua dibangunkan selepas pergerakan ke selatan suku kaum Pyu yang berbahasa Tibeto-Burma. Setakat ini mereka merupakan penduduk terawal di sebelah rantau ini yang mempunyai rekod yang agak banyak. Tempoh 1000 tahun selalunya dirujuk sebagai Milenia Pyu yang dihubungkan dengan Samaya Gangsa sampai ke permulaan negara-negara klasik apabila Kerajaan Bagan muncul pada lewat satawarsa ke-19.
Negara kota ini mempunya kota-kota sebanyak lima buah dan semuanya bertembok. Pekan-pekan kecil lain ada ditemui dari pengkajian sejarah dan semuanya terletak di rantau pengairan utama rantau Myanmar Atas seperti di lembah Mu, lembangan Chauk Se dan rantau Min Bu dalam lingkungan aliran sungai Irrawaddy dan Chin Duin. Sebagai sebahagian daripada jalan perdagangan darat antara India dan China, kawasan penempatan bangsa Pyu sedikit demi sedikit mengunjur ke selatan.
Ha Lin dibangunkan pada satawarsa pertama masehi di hujung sempadan Myanmar Atas. Ia merupakan kota terpenting dan terbesar sehinggalah sampai satawarsa ke-7 dan ke-8 M apabila ia disaingi oleh kota Sri Ksetram yang dekat dengan Piyay di samaya moden ini. Sri Ksetram ini dua kali lebih besar daripada Ha Lin dan menjadi pusat berpengaruh dan terbesar pula kemudiannya dalam kalangan orang Pyu.
Kebudayaan orang Pyu ini sangat dipengaruhi oleh perdagangan dengan benua India. Mereka turut menerima ajaran Buddha di samping dengan konsep rekabentuk bangunan serta konsep politik. Kemudian unsur-unsur budaya ini yang meresap masuk dalam pertubuhan politik dan juga kebudayaan Burma yang terkemudian. Penanggalan Pyu pula menurut kepada cara pengiraan berdasarkan tahun Sakawarsa dan kemudian diterima pakai juga oleh orang Burma terkemudian. Kesarjanaan terbaru ini walaupun masih belum diselesaikan teorinya mencadangkan bahasa aksara bahasa Pyu dikatakan berasal dari aksara Brahmi dan mungkin juga menjadi punca kepada perkembangan aksara Burma.
Ketamadunan berjuta tahun ini kemudian dihancurkan pada satawarsa ke-9 M apabila negara-negara kota Pyu dimusnahkan dalam penaklukan berulang dari kerajaan Nanchao dari selatan China. Orang Burma atau orang Mranma kemudian turun bersama dengan bala tentera Nanchao lalu membuat pekan sempadan di Bagan dalam lingkungan sungai Chin Duin dan Irrawaddy. Penempatan suku bangsa Pyu ini tetap kekal di Myanmar Atas tetapi untuk tiga satawarsa kemudiannya, mereka mula diserap ke dalam empayar Bagan yang diperintah orang Burma. Bahasa Pyu masih wujud sampai lewat satawarsa ke-12 M. Menjelang satawarsa ke-13, orang Pyu beramai-ramai mengambil jati Burma sebagai pengenalan suku bangsa mereka. Kimwadanti suku bangsa Pyu turut diserap masuk menjadi kimwadanti hak milik orang Burma.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan